Sunday, October 31, 2010

Air Mata Malam Pertama



Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan.Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudaraduduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukupbermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidakpernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluargaini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadapbapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapatmendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentakdengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakanlelaki itu. ....“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupukusewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugurkeribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana akusudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawabmereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami.Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kaminanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang.Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu akutunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan ituberdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapatmelaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. ....“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi.Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masihtidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihatkakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buatlelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini.Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku. ....“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai danmemujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkatmuka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, laludisarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku. ....“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tanganlelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruhkehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya iniseikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidupini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kalipertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripadasekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku. ....Kenduri perkahwinan kami diadakan secarasederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dansahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk jugaaku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai jugateman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua.Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dariuniversiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak.Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantinputih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Diakurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalanketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupunpangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku.Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami. ...... ..********** ....“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan denganAna”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minumpetang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yangmemulakan bicaranya. ....“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruhsebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagipihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut.Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Akumahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengansebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincangdengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yangmembelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelummembuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku. ....“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kamimembincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Anamasih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayahmengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amatberharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang bolehmelindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “ApakahAna fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidupsendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskantanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tuamencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi. ....“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahanrasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebabkami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satukotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang.Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima danbersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkancita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak,bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yangtelah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir danmustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma.Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan makdan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalutakut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkatiTuhan. ...... .. ********** .... .... ........http://farm4.static.flickr.com/3070/2801407385_9a62aecdf9_o.jpg...... .... ....Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dahmasuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belumdikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Marisolat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dansejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solatberjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siapsedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepatmengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai jeiqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Diakelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Akuhanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Makadengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami padamalam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yangjelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkintepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikanseorang arab yang menjadi imam. ....“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jikakami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kamidengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepadaorang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkaupikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlahkesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriatketurunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripadagolongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohonkepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. ....Aku mendekati suamiku sambil menghulurkantangan.“Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Diakemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak adaapa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepasberwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke manatu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.”Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesianmelihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampukayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujuisarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Diamasih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapaperalatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudiankeluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatanasyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Akumencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. ....“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelapmeja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagisambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngelengsebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambilmenghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malukita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahlikeluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum.“Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih daricium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abangni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagiadisayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnyacinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. ....Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku diuniversiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan.Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikitrasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawabsebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteriyang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalanitu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalamtaman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni,terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamikumemujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malamni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyumdengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. ....“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasalhoneymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikutaje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayangnak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nakbeli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nantisayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nakberapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin.Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?”Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.“Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyaklelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.”Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abangtambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasabahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasadilindungi. ....“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang!Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringanmasuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la jugakerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untukmakan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembiradianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkanpasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi denganlelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang bolehdiambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahamandan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalanihidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumahtangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan.Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.“Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakanseluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanyananti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Akurasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga,tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya. ....“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah akujalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukanmasa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orangtuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah akuredha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Akusendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yangbergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkankhidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandangdalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertamaini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilikmembuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di biraikatil. ....“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuaraperlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintubilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapaasyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangkasoalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitumembanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apajawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayangmenungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagimenjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nakditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-samabina keluarga kita.” Pujuk suamiku. ....” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteriabang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang.Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telahmeletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskanbicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya. ....” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abangterima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayangrisaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di ataspenerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasamacam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tualaserta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Diatersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudianaku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatangelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah,membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajaiketandusannya. ...... .. ********** .... ....“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktukami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membacaakhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudianberpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkankepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ”Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Merekamemberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telahkubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masadepan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redhadengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktumeluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya denganhujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukanemak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukanuntuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yangtahu hakikatnya. ....” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Akuterpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupunhatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakanhatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia padaAna.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ”Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebihbaik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selaindaripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itusebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akanmenyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapapula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayahmempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan makdengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhipermintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalamkeadaan tercengang dengan permintaan ku itu. ...... .. ********** .... ....Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaianpersalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu denganpenuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyumke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanyasambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, nibaju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu diruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ”Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samarcahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masakdan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasanamalam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sanakadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malamyang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik,kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamittanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atasmeja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Akumenghulurkan gelas air kepadanya. ....“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat akutersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untukkuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ”Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malusendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya,abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Akuhanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dankemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yangmampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu. ....“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ”Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelapkehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkankepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanyakeatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahandan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan danRasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yangtelah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalahpeladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membacabeberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawabseorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cubauntuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadiyang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku inginmenjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. ....Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapatmenenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamuperintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtanggasuaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yangmulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat didunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanitayang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadapkeluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diriterhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabilabersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminyaitu.” ....Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatuyang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatuikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman,tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hatidan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dansikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan inibersama-sama. Ia amat mustahil sekali. ....Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasukigerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan,ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untukmenghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentangtanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suamiataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kitasemua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinyaakan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun dihadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perluditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan akutersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihatsuamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. ....Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turundari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengankeadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakittertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikitkot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagibergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semuaorang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambiltersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamikumenyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangunmencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengarbatuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapisuamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayahmasih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya.Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti ataumengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengankeadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahantapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. ....Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalkusewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagini..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkinsebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampukmak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalamrak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Inibagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambilsebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agakberkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaancuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.”Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkanbadannya ke atas tilam. ....“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abangcakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hatitengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakansayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tubang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpasedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsingdengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakansayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpamenghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahajahatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atassegalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.”Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya.Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumatkamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnyakelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnyayang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengankumis dan jambang yang nipis dan terjaga. ....Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalanbersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan.Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhansemenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hambayang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapatahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yangbaru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telahmeninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankantugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlahdia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untukbersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih takmenjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuhtangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Airmataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorangsuami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihatapa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapirupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. ...... ..********** .... ....” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusakatinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukanemak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidurdisebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagimenduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itutelah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selainsebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlahrohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlahdia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepadaperjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yangmembahagiakan aku dan seluruh keluargaku. ....

penting!!!



Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADUMadu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMISMengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :i)Menghadap Kiblatii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)iii)Baca doa penerang hatiiv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGARSusu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malamii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELURBermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIAIanya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU ORENBerkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMAUntuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

Cool DAGING BURUNG MERPATIIanya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAMBoleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAMBerbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRIMenambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATITerutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANGBeberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAMUntuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBISTerdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEHDitumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABUBerfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPIDimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGARJuga membantu meningkatkan akal dan memori

Tips/Panduan Atasi Zina Hati


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Saturday, October 30, 2010

HADIAH YANG DILUPAKAN...




1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

BICARA KAKAK DAN ADIK...


'Wahai kakakku'
'Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?'
'Asyik berteman tangis dan sendu sahaja'

'Wahai adikku'
'Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya'
'Tetapi disitulah adikku, kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki'
'Menjadi izzah yang paling gah'
'Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki'
'Kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun'

'Duhai adikku'
'Lembut wanita itu bukan kerana lemah'
'Tetapi senjata'

'Namun, wahai kakakku'
'Wanita itu fitnah dunia'

'Pernahkah adikku dengar?'
'Pesanan Ilahi pada hamba-Nya?'
"Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu..."

'Cuba adik nilai'
'Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?'
'Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal'
'Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya'
'Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitah pada dirinya'
'Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita'
'Agar memelihara auratnya, kerana disitulah kehormatannya'
'Bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu'
"Sesungguhnya wanita yang beriman solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh"

'Tapi kakakku'
'Kenapa wanita itu menjadi peragaan?'
'Tidakkah mereka merasa malu?'

'Wahai adikku sayang'
'Al-Haya'(sifat malu)'
'Ada dalam diri setiap insan'
'Wujudnya seiring nafas insani'
'Dan Al-Haya' itulah pakaian iman'
'Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri'
'NAMUN'
'Bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh'
'Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?'
'Kerana mereka sebenarnya paranoid'
'Merasakan diri belum cukup menarik'
'Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi'

'Namun adikku'
'Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu'

'Wahai adikku'
'1001 keindahan penciptaan wanita'
'Pandai-pandailah dikau menilai'
'Antara permata dan debu-debu kilauan pasir'

'Wahai adikku'
'Janganlah adik gusar'
'Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu'
'Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu, menyembah tanah'
'Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabat...'
P/s: Semoga diri kita berada dalam lindungan_Nya. AMIN... Islam itu indah, maka indahkanlah ia dengan akhlak yang mulia^^...

Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.

"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.

taubat sebelum terlambat


dunia kini amat pantas
memutarkan waktu yang tidak pernah cukup
semua untuk dunia
kepentingan diri dan peribadi

dunia ini adalah landasan yang berpenghujung
akan menuju destinasinya
namanya adalah akhirat
akan dibuka mahkamah ALLAH
menimbang amal dalam hisabNYA

serba pantas kita meneroka harta dunia
amal diselenggara penuh remeh
dipupuk dalam kelalaian
ditinggal suruhan NYA
dinikmati larangan NYA..
SUBHANALLAH!!!

YA TUHANKU
tunjukilah hambaMU ini jalan keampunan
jangan dipaling hati-hati kami yang kehitaman
redhalah atas kami
perbuatan kami dan amal kami
matikanlah kami dalam iman dan islam..
bertaubat padaMU...

RINDUNYA

Bentangkan sejadahmu wahai insan
Di waktu sepertiga malam
Sujudlah pada penciptamu
Sujudlah sebagai tanda syukurmu
Janganlah engkau menjadi kufur
Sujudlah, adu pada DIA yang mendengar
ALLAH rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Dialog antara engkau dengan tuhan
Hanya DIA yang selalu setia mendengar
Bangunlah berqiam
Akhir hidupmu, Dialah tempat yang kan dituju
Serahkan seluruh jiwa ragamu
Ah, indahnya andai kau dapat kecapi saat itu
Saat fikiranmu berpusat
padaNYA yag satu
bangunlah insan, bangunlah
tinggalkan selimutmu
bersihkan diri dan pakaianmu
demi mencapai kebahgiaan hakiki
bersama ILAHI...

Thursday, October 28, 2010

Tiada Kekuatan Selain Allah


alt

'"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."

"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar (r.a.) memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w).

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah (s.w.t).

Malahan kuasa tersebut dikurniakan oleh Allah (s.w.t), bukan untuk kita kufur kepada-Nya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. Jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah (s.w.t) menyebut 'Kun', maka 'Yakun' lah apa yang dikehendaki-Nya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. InsyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

Insaf Sekejap

Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.

Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.

Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

Saya juga tidak terkecuali.

Kisah Hanzalah

Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.

Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.

Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.

Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Manusia Biasa

Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.

Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!

Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

Taubat Yang Berulang

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.

Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.

Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

Mahu Kekal

Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.

Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.

Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.

Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

Ya, harus banyak berdoa!

Kesimpulan

Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.

Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.

15 Ciri Wanita Syurga


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

10 pembasuh dosa penawar hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

resepi syawarna

Bahan A:

250 ml dadih asli
2 camca
teh perahan limau susu
1 biji bawang merah - cincang halus
4 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 sudu teh sos Tabasco
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
600
gram daging - hiris nipis


Bahan sos:

200 ml tahini
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu teh perahan limau susu
2 sudu teh parsli cincang
125 ml air


Bahan sampingan:

8 keping
roti pita
Hirisan tomato
1 biji bawang besar - dihiris
2 helai daun salad


Cara penyediaan:

1) Satukan kesemua bahan A kecuali daging. Kacau hingga rata.

2) Masukkan daging, gaul rata dan perap selama 1/2 hari. Gaul sekali sekala.

3) Panggand daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.

4) Untuk sos, satukan kesemua bahan sos kecuali sos tahini dan kacau rata. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

5) Sapu sos tahini pada roti pita. Isikan roti pita dengan daging
yang telah dipanggang persama bahan sampingan.

Sedia untuk dihidangkan

perkongsian untuk semua :))


Assalamualaikun sahabat yang ana kasihi kerana allah ....ni ada sedikit perkongsian untuk sahabat yang skarng ni musim exam kan....
da doa untuk p berjuang dalam medan belajar ..
belajar pun perang jugak toi tak
hehehe

Allahhumma nuril qalbi binu ri hidayatika kama naw war tar ar di binu ri syamsika abadan abada..
maksudnya allah terangkan hatiku degan cahaya hidayahmu seperti terangnya bumi degan matahari selama- lamanya..

selamat beramal

Wednesday, October 20, 2010

,,SaLam SaYanG,,


Sajak buat sahabat seperjuangan…


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...