Monday, May 30, 2011

Rahsia Warna Kegemaran


Buat pbaca semua, kali ni kita lihat apakah rahsia warna kegemaran wanita. Kita cuba kaji sama ada apa yg dkatakan oleh pengkaji bahawa wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya....betul ataupun tidak?

Ok di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH (Tk dpt bubuh warna putih...nanti tk npk pula pkataan putih tu)
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

So...mana satu pilihan warna anda.

Mawar berduri VS pohon semalu..


mawar berduri VS pohon semalu ku melihat pada bunga mawar.. lalu ku petik ia.. namun kemudian ia layu begitu sahaja.. mudahnya..benda yang senang diperolehi, akan senang hilangnya.. cinta yang senang diperolehi adalah cinta dunia, dan ia tidak akan berkekalan.. ku melihat pada semalu.. "erm..bunga apa ini" "kat tapak kaki aje ia" lalu ku mahu petik ia.. namun ia menutupi dirinya dan aku tidak bisa melihatnya.. masya Allah..benda yang sukar diperolehi, akan sukar hilangnya.. wanita solehah adalah wanita yang merendahkan diri sehingga kita melihatnya tiada satu pun yang indah, dan malu wanita ini sehingga tidak terlihat dirinya sebenar.. masya Allah..subhanallah..wallahua'lam.. wallahua'lam.. di antara Mawar Berduri dan Pohon Semalu.. ada satu perbezaan dan ia boleh dijadikan satu panduan utk muhasabah diri... sesungguhnya setiap apa yang Allah ciptakan di sekeliling kita, sebenarnya ada panduan yang tersembunyi, dan sebab itulah kita dianugerahkan akal dan hati untuk menilai dan merasai setiap panduan tersebut, dan seterusnya beriman kepada-Nya...amin..(^_^) apa perbezaan tu? Mawar ~ sebuah pohon bunga indah.. keindahannya menarik mata manusia.. juga makhluk lain yang dicipta-Nya.. begitulah kagum makhluk-Nya pada keindahannya.. mawar punyai batang berduri.. sungguh sukar untuk menyentuhnya.. tetapi keindahannya lebih menarik hati.. maka berlumbalah orang memetik dirinya.. namun benda yang indah.. sudah pasti akan mengusik hati sendiri.. bahawa aku ini indah.. maka keindahan tersebut hanyalah dipandang sepi.. pohon semalu ~ sebuah pohon yang adanya batang dan daun.. tiada pun keindahan padanya menarik perhatian.. berada di celahan lalang dan daunan.. begitu kerdil dirinya sehingga tiada yang perasan.. namun perasankah kita.. apabila menyentuhnya.. dia akan terus menyembunyikan dirinya.. begitu tinggi nilainya.. hanya insan yang "terpilih" yang bisa di hatinya.. namun perasankah kita.. pohon semalu ada keindahanya.. kerana dia juga ada bunganya.. namun bunga itu hanya diperolehi oleh insan yang sah untuknya..(^_^) hayatilah sebaiknya.. dunia kini sudah berbeza.. wanita yang indah semakin ramai.. wanita sebegini memang mahal dirinya.. sukar untuk didekati andai tiada cara.. apabila cara mengena diri.. maka tunduklah wanita.. itulah ia mawar berduri.. walaupun berduri, tetapi keindahannya menjadi buruan sehingga dia boleh berada dalam bahaya dan fitnah pada dirinya.. tetapi... wanita solehah.. adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya.. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai.. menyimpan keindahan dirinya untuk sang suami yang dirindui.. wanita solehah.. akan bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam.. sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya.. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah.. wanita solehah.. apabila sudah memiliki suaminya.. maka setialah ia kepada suaminya.. disinilah dia menunjukkan keindahan sebenarnya.. itulah pohon semalu.. hanya kelihatan daun dan batang berduri.. tiada satu pun indah untuk melihatnya.. namun apabila tiba masanya.. ia bisa mengeluarkan bunga.. yang selama ini disembunyikan. subhanallah..wallahua'lam..

Wanita Yang Cerdik dan Matang

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, " Seorang yang dianggap sempurna akalnya ialah yang mengoreksi diri (munasabah) diri dan menyiapkan bekalan (amalan) untuk hari selepas mati (hari akhirat) dan orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsu jahat dan berangan-angan dengan pelbagai alasan baik (tanpa usaha)- Riwayat At-Tirmizi-

Apa guna memiliki ijazah yang tinggi kalau budaya kehidupan harian sama seperti kehidupan binatang? Apa erti memiliki ratusan universiti dan jutaan graduan yang lahir dari pelbagai bidang kalau dalam masa yang sama ribuan pula ke pusat maksiat, ramai yang berkelulusan tinggi terlibat dengan kes-kes keruntuhan akhlak, penyalahgunaan kuasa.penipu, terlibat dengan kes rogol, zina dan sebagainya?

Wanita yang akalnya cerdik belum tentu dianggap matang. Kerana sekarang wanita cerdik, berpelajaran tinggi, aktif di tengah masyarakat tetapi mereka menjadi punca mencetuskan banyak fitnah dan kerosakan. Apakah oranga yang menjadi punca pencetus fitnah dan kerosakan boleh kita letakkan di tempat yang cerdik atau mengatakan mereka cerdik?

Di antara buah dari kematangan yang hakiki melahirkan sifat-sifat yang cerdik dan matang mengikut ukuran Islam ialah ;

a) Tahu menilai dan meletakkan dirinya sesuai dengan tempat, watak dan kebolehan serta selaras dengan syariat Islam.

b) pandai melayan suami dan mengatur rumah tangga.

c) pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi orang bertaqwa dan boleh berkhidmat dalam masyarakat.

d) peka dan berstrategi.

Ciri di atas tidak mungkin ada pada mana-mana wanita, kecuali setelah dahulu memiliki iman dan taqwa serta diiringi dengan ilmu dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang dan tugasnya. dengan iman dan taqwa serta ilmu dan pengalaman, maka barulah membuahkan sifat-sifat tersebut.

Wanita atau isteri yang matang adalah sumber segala-galanya dalam rumah tangga. Sebagai pendorong perjuangan, pencetus idea, sebagai penyubur semangat, tempat menghilangkan letih lesu, tempat berbincang, dan sebagainya.

Dunia ini memerlukan wanita yang cerdik dan matang. Dalam erti kata lain, memiliki ilmu, pengalaman dan iman. Bagi mencapai matlamat itu, wanita perlu dididik agar memiliki ilmu, pengalaman dan iman yang sempurna agar dengan ketiga-tiga faktor itu, mereka ;

1) Menjadi wanita cerdik dan matang yang pandai menjaga maruah diri dan maruah suami, anak-anak dan rumah tangga serta maruah sesama mereka. Pandai mengatur dan mengurus rumah tangga dengan sempurna.

2) Menjadi wanita yang cerdik dan matang yang bergerak mengikut strategi dan tidak bertindak melulu tanpa menggunakan panduan sehingga memusnahkan dirinya sendiri. Pandai membatasi diri di atas garis panduan syariat. Kalau terlanjurm cepat-cepat sedar dan bertaubat serta kembali ke pangkal jalan (kepada iman dan Islam) dan tidak mengulanginya lagi.

3) Manjadi wanita yang cerdik dan matang yang sanggup berkorban apa sahaja bagi membantu suami untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sanggup mengorbankan perasaan dan nafsu melayan suami, demi kerana menginginkan suami terhibur, Setelah itu, suami dapat hebat berjuang dt tengah masyarakat.

4) Menjadi wanita cerdik dan matang yang berfikir dahulu sebelum bertindak, bukan bertindak dahulu berfikir kemudian. Kalau tersalah, tidak malu meminta maaf. Bukan meminta maaf setelah terlanjur atau setelah nasi menjadi bubur. Kembali ke pangkal bukan setelah terjerumus ke dalam gaung. Tetapi sentiasa berada di hujung pangkal dalam kebenaran.

5) menjadi wanita cerdik dan matang yang hatinya merdeka bebas daripada belenggu nafsu dan syaitan serta runtuhan duniawi.

Ciri wanita cerdik dan matang demikianlah yang amat dirindui dunia hari ini. Merekalah sebenarnya wanita sejati yang layak menjadi sayap kiri kepada kaum lelaki yang mampu membantu menyusun rentak dunia ke arah raga yang lebih baik.

Sabda Rasulullah SAW," Orang yang paling cerdik adalah yang sentiasa mengingati mati," (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya)

Sabda Rasulullah SAW," Jangalah kamu mengahwini wanita disebabkan kecantikannya, kerana kecantikan mencelakakan(merendah dan menghina) dirinya dan juga jangan kamu mengahwini wanita kerana kekayaan, kerana kekayaannya menjadikan ia sombong dan berani membuat maksiat, Oleh itu, kahwinlah wanita kerana agamanya..." ( Riwayat Ibnu Majah, Al-Bazar dan Al-Baihaqi dari Abdullah bin Amar)

Maka, adakah kita wanita yang cerdik dan matang yang didambakan seluruh alam??

Friday, May 27, 2011

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH

Analogi Harimau dan Nyamuk
Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)
Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).
Nyamuk-nyamuk Ikhtilat
Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya. Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسكوآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسولالله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفسواطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)
“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,
فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.
Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah
Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,
عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

FATIMAH AZ-ZAHRA, KETUA BIDADARI SYURGA


Terlalu banyak kemulian dan jasa Fatimah r.ha binti Muhammad yang tidak termampu untuk dinukilkan semuanya. Beliaulah puteri kepada penutup segala Nabi yang banyak mewarisi keindahan akhlak ayahandanya.
Lahirnya Si Puteri Bongsu
Saat Ummul Qura (Makkah) menyaksikan orang-orang Quraisy membaiki Kaabah, lahirlah puteri bongsu Rasulullah SAW. 5 tahun sebelum kenabian. Beliau sangat mirip dengan ayahandanya yang mulia. Disusui sendiri oleh bondanya. Tatkala masyarakat jahiliyah malu besar setiap kali menerima berita lahirnya anak perempuan, namun Rasulullah SAW sangat gembira dengan kelahiran puterinya. Mencintai dan menyayanginya dengan penuh tulus.
Didikan di Rumah Kenabian
Sekolahnya di rumah kenabian. Berguru langsung dengan penghulu segala murabbi, seorang Nabi. Daripada kecil sehinggalah menginjak remaja, beliau sentiasa menjadi yang terbaik. Sumber rujukannya adalah sumber yang terbaik. Ayahnya insan terbaik. Ibunya wanita terbaik. Mengalir daripada asuhan ibu bapa yang agung.
“Ibu Ayahnya”
Ketika masyarakat jahiliyah hidup dalam lumpur kejahatan yang hina, menyembah patung, mabuk arak, membunuh anak perempuan, namun Fatimah menyaksikan ayahnya tetap bersih terpelihara. Fitrah insan bencikan kejahatan. Apabila terbit sinar Islam menerangi tanah Arab dengan terutusnya Nabi akhir zaman, maka Fatimah tidak teragak-agak menyertai ibunya untuk menjadi generasi yang pertama beriman.
Kewafatan bonda tercinta, Khadijah al-Khuwailid, menyebabkan remaja puteri itu berperanan mengambil alih tugas ibunya. Apatah lagi kakak-kakaknya Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum sudah berumah-tangga. Perjuangan ayahnya didokong habis-habisan. Kematangannya terserlah hinggakan para sahabat menggelarkannya, “Ibu ayahnya.” (Rujuk Nisaa ahlil bait, 533-534).
Imam Zarqani berkata, “Sehingga, tidak diperlukan pernyataan khusus untuk membuktikan bahawa mereka adalah generasi pertama yang memeluk Islam, kerana mereka tumbuh dalam bimbingan kedua orang tua yang penuh kasih sayang dan akhlak mulia. Dari ayahnya, Fatimah belajar semua akhlak mulia. Dari ibunya, Fatimah belajar kejernihan fikiran yang tidak dimiliki wanita lain.”
Berani Membela Nabi
Ibnu Ishaq berkata, “Orang-orang Quraisy benar-benar memusuhi Rasulullah dan orang-orang yang memeluk Islam. Mereka tidak henti-henti mendustakan Rasulullah, mengganggu dan melemparinya dengan batu. Mereka juga mengejek baginda sebagai tukang sihir, bomoh dan orang gila. Namun Rasulullah tetap menyebarkan kebenaran.” (Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 1/238).
Abdullah bin Umar berkata, “Ketika Rasulullah SAW berada di halaman Kaabah, Uqbah bin Abu Mu’ith mendekati dan menarik bahu Rasullah SAW. Dicekik leher Rasulullah SAW dengan selendangnya. Abu Bakar datang lalu menarik bahu Uqbah supaya ia menjauh daripada Rasulullah SAW.” (Rujuk HR Bukhari, 3856).
Saidina Ali r.a. berkata, “Demi Allah tidak seorang pun dari kami yang berani mendekat kecuali Abu Bakar. Beliau menghalau orang-orang Quraisy itu dan menjauhkan daripada Baginda. (Rujuk Ghafir: 28).
Selain Saidina Abu Bakar r.a., Fatimah r.ha. tidak berpeluk tubuh tatkala melihat ayahnya diganggu dan dianiaya. Suatu kisah menyayat hati diceritakan oleh Abdullah Ibnu Mas’ud, saat Rasulullah SAW sedang solat berdekatan Kaabah, Abu Jahal dan teman-temannya duduk berhampiran. Mereka saling mencabar,
“Siapa yang berani meletakkan najis unta di punggung Muhammad saat dia sujud?” Maka bergegaslah orang yang paling sengsara di antara mereka iaitu Uqbah bin Abu Mu’ith. (Rujuk Bukhari, 3186 dan Muslim 1794.)
Mereka ketawa berdekah-dekah. Rasulullah SAW tetap bersujud. Tiada siapa berani membela saat itu sehinggalah Fatimah r.ha. dengan beraninya datang membuang najis unta.
Rela Menahan Lapar, Iman Tidak Pudar
Tragedi pemulauan kaum muslimin amat menguji iman. Ketika itu kebencian kaum kafir Quraisy terhadap Rasulullah SAW kian memuncak. Sejarawan Suhaili merekodkan:
Jika ada rombongan pedagang datang ke Kota Makkah, beberapa orang Islam pergi ke pasar Makkah untuk membeli makanan buat ahli keluarga mereka. Namun Abu Lahab berkata dengan suara lantang,
“Wahai para pedagang, jika teman-teman Muhammad ingin membeli sesuatu, berikan harga yang sangat mahal agar mereka tidak dapat membelinya. Jangan takut tidak laku, aku yang akan membeli barang dagangan kalian.”
Lalu para pedagang itu menaikkan harga sangat tinggi. Orang-orang Islam pun tidak mampu membeli. Mereka tidak memperolehi makanan dan pakaian.
3 tahun orang-orang Islam melalui hari-hari yang penuh kelaparan di perbukitan. Fatimah r.ha. sabar dan teguh melalui kesulitan tempoh itu. Namun, parahnya ujian kelaparan membuatkan Fatimah r.ha jatuh sakit. Bondanya juga tenat menahan sakit.
Sakit Fatimah belum pulih, bondanya pula dijemput Ilahi. Kesedihan bertali arus. Gadis tabah itu tidak tenggelam dalam emosi. Beliau menggagahkan diri untuk terus bangkit mendokong perjuangan ayahanda tercinta habis-habisan.
Mengagumi Keberanian Ali r.a.
Penyiksaan demi penyiksaan makin tidak kenal belas kasihan. Selepas beberapa siri penghijrahan, akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Baginda menyusul kemudian, ditemani oleh Saidina Abu Bakar r.a. Peristiwa hijrah yang agung itu diatur dengan penuh strategi.
Fatimah r.ha tidak dapat melupakan keberanian Saidina Ali r.a. menggantikan tempat tidur ayahandanya. Peranan yang sangat penting dalam strategi hijrah kerana taruhannya adalah nyawa. Allah SWT juga tidak melupakan keberanian Saidina Ali r.a. menggantikan tempat tidur Nabi hingga menganugerahkan Fatimah r.ha. sebagai teman tidur hidupnya. Alangkah bertuahnya Ali.
Pernikahan yang Barakah
Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wanuzhatul Musytaqin, karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah menyebut, puteri Nabi, Fatimah az-Zahra pernah dipinang oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar namun kedua-duanya ditolak oleh Rasulullah SAW. Kenapa ya? Rupa-rupanya, Rasulullah SAW tidak mahu semua puterinya dimadukan.
Pada tahun ke-2 hijrah, Saidina Ali r.a. menikahi Fatimah r.ha. Pernikahan barakah ini berlangsung setelah perang Badar. Demi memiliki cinta penghulu bidadari syurga, Saidina Ali r.a. menjual sebahagian barang miliknya termasuk peralatan perang. Semuanya bernilai 480 dirham.
Daripada jumlah itu, Rasulullah menyuruh menggunakan 2/3 daripadanya untuk membeli wangi-wangian dan 1/3 daripadanya untuk membeli pakaian. Rasulullah memasukkan wangi-wangian itu ke dalam bekas mandi dan menyuruh pengantin mandi dengan air itu.
Fatimah r.ha rela malah bahagia dinikahi oleh Saidina Ali r.a. meskipun hidup miskin. Biarpun maharnya rendah, dihadiahkan pula mahar itu kepada suami tercinta. Berpindahlah pengantin baru ke rumah suaminya yang tidak memiliki perabot. Rumah yang sangat sederhana. Hanya terdapat kulit biri-biri sebagai alas tidur, bantal berisi serabut tamar, penggiling gandum, ayakan dan sekantung susu. Letak rumah itu pula jauh daripada rumah Rasulullah SAW. (Rujuk Nisa’ Mubassirat bil Jannah: 209).
Rasulullah SAW berperanan sebagai mentua terbaik apabila memberikan nasihat yang panjang sebelum meninggalkan anak menantunya mengharungi bahtera rumah tangga bersama. Didekatkan pula anak menantu dengan keluarga baginda apabila memindahkan mereka berdekatan dengan rumah baginda iaitu di salah sebuah rumah pemberian Haritsah r.a. (Rujuk Suwar min hayatis sahabah, 40)
Rumah tangga suaminya diuruskan sendiri. Terserlah peribadinya sebagai seorang wanita yang sabar, taat beragama, baik, menjaga kehormatan, qana’ah dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. (Rujuk al-Siyar: 2/119).
Zikir Fatimah
Kelelahan menguruskan tugas rumah tangga seharian, mendidik anak-anak, ditambah pula dengan tugas-tugas dakwah menyebabkan Fatimah r.ha teringin mempunyai seorang pembantu. Lagipun, kebetulan pada masa itu Islam mempunyai banyak tawanan perang.
Kelelahan Fatimah r.ha. bukan sedikit. Jika pada zaman ini, kita hanya perlu ke kedai untuk membeli sebuku roti namun Fatimah r.ha. perlu menggilingnya daripada biji-biji gandum, mengayak, mengadun dan membakarnya sendiri.
Dipendamkan dahulu niat memiliki pembantu biarpun beberapa kali menziarahi Rasulullah SAW kerana sangat pemalu untuk meminta daripada ayahandanya. Begitu juga suaminya. Namun lantaran berat beban ditanggung, Fatimah r.ha terpaksa meluahkan keperluannya itu pada suatu hari.
Kebetulan, kaum muslimin mempunyai beberapa orang tawanan perang yang boleh dijadikan hamba atau pembantu. Fatimah r.ha memohon salah seorang daripadanya. Permintaan itu tidak dikabulkan oleh Rasulullah.
Hal ini bukan kerana tidak elok memiliki pembantu rumah kerana semua isteri Rasulullahpun mempunyai pembantu rumah. Namun, selaku pemimpin yang adil, Rasulullah SAW lebih mengutamakan untuk memberi makan kepada golongan suffah (golongan merempat yang menumpang tinggal di masjid) dengan duit hasil jualan para tawanan tersebut. Fatimah r.ha. dan suaminya pulang dengan redha.
Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pula datang ke rumah puterinya. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Baginda bersabda,
“Mahukah ayah ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta? Jika hendak tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Ini lebih baik daripada seorang pembantu.” Lalu, zikir ini terus menemani hayat Fatimah r.ha. Beliau dan suaminya memilih hidup zuhud dan sangat sederhana. (Rujuk Nisa’ Ahlil Bait: 550).
Membuktikan Wanita Berhak Mengizinkan atau Minta Dibebaskan Jika Suaminya Ingin Berpoligami
Suatu hari Saidina Ali r.a. dipinang oleh Abu Jahal untuk puterinya. Hal itu amat menyakitkan Fatimah r.ha. Apabila diadukan kepada ayahandanya, ternyata Rasulullah SAW juga terasa disakiti dengan apa yang menyakitkan puterinya. Baginda berdiri lalu berpidato, “Aku telah nikahkan Abu Ash bin Rabi’. Dia berkata kepadaku dengan jujur. Fatimah binti Muhammad adalah sebahagian daripadaku. Aku tidak suka orang-orang menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki.”
Mishwar bin Makhramah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar, “Bani Hasyim bin Mughirah memintaku merestui pernikahan puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Aku tidak izinkan, dan aku tidak izinkan. Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Puteriku adalah bahagian daripadaku. Apa yang membuatnya gelisah juga membuatku gelisah, dan apa yang menyakitinya juga menyakitiku.” (Rujuk HR Muslim, 2449). Maka Ali r.a. menolak pinangan Abu Jahal.
Imam Nawawi berkata, dari hadis ini para ulama mengambil kesimpulan, “Tidak boleh menyakiti Rasulullah SAW walaupun pada perkara yang harus. Seperti peristiwa di atas, perkahwinan puteri Abu Jahal dengan Ali sebenarnya harus dilakukan tetapi Rasulullah SAW melarangnya dengan dua alasan: 1. Pernikahan itu akan menyakiti Fatimah, dan itu menyakiti Rasulullah. 2. Khawatir terjadi hal-hal yang tidak baik pada Fatimah yang timbul dari rasa cemburu.” (Rujuk Syarhun Nawawi: 16/4).
Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW bersabda dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibn Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."[1]
Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling terkenal iaiatu Fathul Bari 86/7, karangan Ibnu Hajar al-Asqalani. Antara tafsirannya ialah:
1. Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.
2. Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah r.ha. Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji mereka. Jelas sekali bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali r.ha., jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah (untuk mengingatkannya). Ataupun mungkin tidak berlaku pun syarat seandainya tidak dijelaskan bahawa itu suatu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).
3. Meraikan hak Fatimah r.ha. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tidak tinggal seorangpun yang dapat ia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya jika nanti dia cemburu.
Realiti hari ini, masih wujudkah bapa sewibawa Rasulullah SAW dalam memahami dan membela rasa hati puterinya?
Setiap Yang Berhak Boleh Menyuarakan Haknya
Setelah kewafatan ayahandanya, Rasulullah SAW, Fatimah r.ha meminta daripada Abu Bakar r.a. sebahagian harta warisan Nabi. Walaupun Rasulullah telah mengkhabarkan awal-awal kepadanya bahawa usianya paling dekat menyusuli kematian baginda namun hak tetap hak. Fatimah masih menuntutnya walaupun tahu beliau sudah dekat hendak mati.
Abu Bakar menegaskan bahawa, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kami para Nabi tidak mewariskan harta. Apa yang ditinggalkan adalah untuk disedekahkan.” (Rujuk HR Bukhari).
Abu Bakar berpegang dengan hujah ini. Manakala Fatimah juga mempunyai hujahnya yang tersendiri. Kedua-duanya dalam daerah pahala kerana mempertahankan sesuatu dengan hujah yang benar bukan mengikut nafsu. Perbezaan pendapat itu lumrah. Fatimah al-Zahra tetap lantang menyuarakan haknya kepada Abu Bakar untuk mewarisi sebidang tanah.
Ketika Fatimah r.ha jatuh sakit, tidak lama selepas kewafatan ayahandanya, Abu Bakar datang meminta redhanya sehingga Fatimah meredhainya. (Ibnu Hajar menyebutkan hadis ini yang disandarkan ke Baihaqi yang berkata, “Meskipun hadis ini mursal, tapi sanadnya ke Sya’bi tetap sahih. (Fathul Bari: 6/139).”
Teladan kita ini menunjukkan contoh bahawa walaupun dalam Islam, menunaikan tanggung jawab lebih utama daripada menuntut hak, tapi, itu tidak bermakna Islam menghalang menyuarakan hak. Maka, berlumba-lumbalah kita menunaikan tanggung jawab. Dalam masa yang sama, menghargai hak kita dan menghormati sesiapa yang menuntut haknya.
Perginya Bunga Agama
Pada hari Selasa, 3 Ramadhan tahun ke-11 Hijriah, selepas enam bulan kewafatan Rasulullah SAW, Fatimah r.ha pulang ke rahmatullah dengan tenang dan bahagia. Suaminya mengalirkan air mata. Begitu juga anak-anaknya yang amat mencintainya, Hassan, Hussain, Zainab dan Ummu Kulthum. (Ada riwayat mengatakan puteri-puterinya bernama Zainab al-Kubra dan Zainab al-Asghar).
Umat Islam membanjiri Masjid Nabawi. Solat jenazah dipimpin oleh Saidina Ali r.a. dan kali kedua dipimpin oleh Abbas bin Abdul Mutallib r.a. Bunga agama itu lalu dimakamkan di perkuburan Baqi’ bersebelahan dengan makam saudara-saudaranya, Zainab r.a., Ruqayyah r.a. dan Ummu Kalthum r.a. (Rujuk Nisa’ Ahlul Bait: 601-603).
[1] Hadis sahih dan diriwayatkan oleh Imam Muslim (2449), Abu Daud (2071), Turmudzi, Ibnu Majah (1998), Nasa`i di dalam al-Fadhâ`il (265) dan di dalam al-Khashâ`ish (130), dan Imam Ahmad (4/328), dan di dalam kitab Fadhâ`il al-Sahabat (Keutamaan Sahabat) (1328).

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

Anda Buat Dia Cemburu?
Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram tanpa urusan penting?
Anda sedang ternanti-nanti panggilan tanpa keperluan dari si dia?
Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya dan saling menikmati pandangan?
Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar ‘dating’?
Err, jika jawapannya ya, anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu.
Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”
Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasul SAW. Daripada Mughirah RA katanya: Saad bin Ubadah mengatakan :
“Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya (Saad bin Ubadah yang takut isterinya berzina). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta
Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.
Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.
Tapi kita?
Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.
Dia faham kalau kita mempunyai rasa cinta sesama mahkluk malah Dialah yang menganugerahkan perasaan cinta itu. Ianya membelai setiap hati tanpa ada siapa yang terkecuali. Namun, Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat keagungan cinta.
Firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165).
“Mereka mencintainya sebagaimana atau sama dengan mereka mencintai Allah,” Inilah yang dimaksudkan meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana lebih memberi perhatian, fokus dan kesediaan berkorban kepada makhluk, bukan kepada Allah. Namun, jika mencintai makhluk kerana Allah, bukan bersama Allah, ia adalah perkara fitrah yang boleh menghantar kepada redha Allah jua. Patutlah, Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah mengkategorikan cinta kepada 3 jenis:1.Cinta kepada Allah.2.Cinta kerana Allah.3.Cinta bersama Allah.
Cinta-Nya cinta utama.
Cinta-Nya mebuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.
Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan dunia bersama kita.
Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.
Di Mana Tingkat Cinta Kita?
Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah al-Taubah, ayat 24, iaitu:
1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.
Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak we? Hmm, tidak masuk senarai pun.
Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum halal lebih daripada cinta Allah SWT? Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah.
Oh diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!
Bila Kita Tak Kisah
Apabila kita tak ambil kisah tentang kecemburuan Allah SWT, terus mengagungkan makhluk lebih daripada-Nya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Teringatkan makhluk itu lumrah namun melebihkan ingatan kepada makhluk berbanding kepada Allah, itu yang mengundang fitnah.
Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah SWT memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi?
Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu kepitusan bijak.
Pernah dilaporkan di dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya di perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci-maki dirinya,
“Memang sah, kamulah yang curi handphone saya,” tuduhnya. Gadis itu membela diri sambil terpaksa bertebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu,
“Hey, saya tak tahu apa-apa.”
“Kalau kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis.”
Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ.
Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?
Syariatullah, Allah mahukan kita cinta kepada-Nya dan mencintai makhluk hanya kerana-Nya. Allah mahukan kita tidak melebihkan sesuatu melebihi-Nya. Itu yang Allah mahukan dan itulah target hidup yang kita perjuangkan.Sunnatullah, hukum alam pula menyaksikan manusia mudah lalai, mudah alpa, lupa dan lena. Lantaran itulah kita perlu sentiasa menghiasi diri dengan taubat, bermujahadah setiap masa sehingga tiba saat bertemu dengan-Nya. Sama-samalah kita mencontohi sensitifnya Rasulullah para sahabat menjaga cinta mereka. Hinggakan ada sahabat yang berasakan dirinya munafiq saat berada jauh dari Rasul tatkala leka bergurau senda dengan keluarga, padahal para sahabat bukanlah ahli dosa. Kita pula bagaimana? Pernahkah kita berasa hati kita sensitif untuk dalam memelihara iman kepada-Nya?
Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta
Ya, ketertarikanmu pada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makanpun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta?
Oleh itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan?
Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa perturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajaku sayang,
Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tak kan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?
Ibnul Qayyim menukil indah di dalam bukunya Raudhatul Muhibbin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali, “Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat menganguminya.”
Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata, “Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”
Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir, “ Tak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kanda.”
Kisah ini menjadi alah satu bukti jelas pada kita bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali. Mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.
Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur ‘dating’ di belakang pohon kurma? Membonceng unta kekasihnya?
Begitu juga Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meminta-minta sesuatu daripada Fatimah dengan ayat ‘power’,
“Sayang tak percayakan abang?”
“Kalau sayang mana buktinya?”
Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?
Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?
bOX
LELAKI SOLEH PUN CEMBURU KERANA IA LUMRAH CINTA
1) Rasulullah mencemburui Mariah al-Qibtiyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi’ah dari Yazid bin Abi Habib dari Abdur Rahman bin Syamasah al-Mahri dari Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya daripada Mesir kerap datang menizarahinya. Suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasulullah pendam. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah. Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Dia mahu membunuhnya. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata, “Jibril telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku.” (Riwayat Bazzar).
2) Umar Cemburukan Isterinya Ke Masjid
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat berjamaah di masjid. Dari riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata. “Jika kanda melarang, dinda tak pergi.” Umar diam sahaja kerana ingat pesan Nabi, “Janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid.” (HR Bukhari, Ahmad dan Abu Daud).
3) Cemburu Diambil kira Untuk Meringankan Hukuman
Pernah ada kes di zaman Umar, seorang lelaki membunuh isterinya dan seorang lelaki lain kerana melihat mereka sedang berzina. Sekelompok ahli fiqah berpendapat dan di antaranya Imam Ahmad bahawa jika seorang pemuda menemui lelaki lain sedang berzina dengan isterinya, lalu dia membunuh keduanya maka tiada qishas baginya, serta tiada wang diyat. Kecuali jika dia membunuh isterinya yang sedang diperkosa, maka perlu diqisas. Namun, ucapan suami semata-mata tidak boleh diterima kecuali dengan saksi oleh walinya dan bukti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Ibnul Qayyim berkata, cemburu yang membuat pencinta menghukum kekasihnya dengan sangat berat begini adalah cemburu yang tidak terpuji.
4) Ibnu Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya
Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Ibnu Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Di antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. Namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya hingga si isteri berteriak kesakitan.
5) Cemburu Muaz Bin Jabal Saat Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut dari Muaz bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Muaz rasa cemburu. Dia lalu memukul isterinya.
End box

Tuesday, May 17, 2011

pengajaran


Assalamualaikum Wrm Wbrkth..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, masih tegak berdiri berpijak dibumi. Syukur pada Allah swt atas nikmat yg disandarkan kepada kita. Kekuatan, kelemahan, kelebihan dan kekurangan yg diberikan. Kadang2 kita juga terlepas pandang atau terleka dengan nikmat yg diberikan oleh Allah swt ke atas kita. Nauzubillah.. Sentiasa muhasabah dan merendah diri dengan apa yang kita miliki di dunia ini..


hari ni tetiba teringat diminda kenagan di firma syariah dulu...

bertapa ramainya pasangan yang bergelar ibu dan ayah hadir untuk menuntut cerai

sebagai seorg pekerja di sana ana diminta mengambil keterangan pasangan barula

dibenarkan untuk membuat laporan mereka..

..pertanyaan ana kepada pasangan tersebut...

apa sebab puan dan tuan menuntut cerai..

si isteri menjawab..

sebab suami saya nak kawin sorg lagi...

si suami jawab ...

ok la 2 awak tak blh buat ape2 untuk saya...


telan air liur ana dengar...

takut pun ade

jadi seram sejuk..

tibe-tiba si suami mencelah..

biar sy cerita detail kat cik ape sebabnye...

berdebar rasanya..tetibe suasana sepi..

timbul tanda tanya ..

ok silakan jawab ana...

sya nak cerai sebab isteri saya tak pandai bab agama...

terpikir di minda....ape tugas seorg suami kalo dia tak mendidik isteri dia..
dan2 mintak cerai..tak logik akal...

ana tya lagi ape sebabnya dia jawb hanya 2...

mengucap banyak2 tuan..,maaf la kalo ape yang sy perkatakan ni menyingung perasan tuan..( allah je tau bertapa berdebonye)

tuan tau tugas suami..
dgan berasa hairannya dia menjawab tau..

mendidik isteri 2 tanggungjawab siapa tuan..
tanggungjwab sy..

tuan sayang lg isteri tuan
syang tpi dia tak pandai dalam ilmu agama

dh syang nape nak cerai...n nape tuan tak bimbing isteri tuan
isteri kalo suami yang mendidik lg la mudah.. coz suami tercinta yang mendidik..
kalo tuan tak mampu n tak ada masa untuk mendidik isteri tuan..
hantar la isteri tuan ke kelas fardu ain sekarang dh banyak dah..

ana cakap lg tuan balik pikir masak..

minggu depan mai balik..

sy rasa sedih kalo mahligai yang tuan n puan bina ni berkecai disebabkan ilmu agama tak de pada isteri tuan nak tuntut cerai...

tanggungjawat tuan mendidik isteri tuan
bukan cara ni tuan..

pas 2 suami isteri 2 balik..
kena membebel dgn ana diorg balik

seminggu selepas 2 depa datang bagitau ana yang diorg tak jadi bercerai..

ana rasa senangnya hati ana..
dpa tak jadi bercerai...
nak menagis tapi tahan je..


Yang penting,bagi muslimah yang belum berkahwin tu,sentiasalah berdoa agar mendapat bakal suami yg SOLEh ..InsyaAllah dapat membimbing isteri ke jalan yang Allah redhai...

bagi yang dah kawen pulak yang dah memang dapat suami yang baik,alhamdulillah tetapi perlu jugak senantiasa berdoa agar Allah letakkan di landasan yang betul kerana bagi orang yang SOLEH & SOLEHAH bentuk ujiannyer lagi hebat..

Dan bagi yang memiliki suami yang kurang soleh dan suka mengalakkan perkara-perkara LAGHO kenalah pertingkatkan/melipatgandakan DOa agar tidak tergelincir dari garis + etika pakaian + adab yang Allah perintahkan..InsyaAllah aan selamat di dunia menuju akhirat..

alhamdulillah
wassalam

PUISI DAKWAH

Jalan dakwah panjang,
Terbentang jauh ke depan,
Duri dan batu terjal selalu menganjal,
Lurah dan bukit menghadang hujungnya bukan di usia,
Bukan pula di dunia Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Redha Allah Cinta adalah sumbernya,
Hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia,
Ajaklah ke jalan Rabbmu,
Nikmati perjalanannya,
Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu, Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…

Pergilah ke hati-hati manusia,
Ajaklah ke jalan Rabbmu,
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam, Risalah anbiya dan warisan ulama.
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku, dan matiku semata bagi Rabb semesta". ” Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal,
Membangun kejayaan ummat bila-bila masa, di mana saja kamu berada,
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu
Apalagi lamunan.
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga terbangunnya sebuah daulah Islamiah.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,
Tinggikan kalimat Allah,
Rendahkan dugaan syaitan durjana,
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan..

Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa.
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,
Kerananya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan.
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud,
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’ie,
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh.
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya.
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah.
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya, itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cintaNya.
Berjumpa karena taat kepadaNya.
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah.
Saling berjanji untuk menolong syariatNya.

MENGAPA MEREKA LEBIH BAIK? - USTAZ PAHROL MOHD JUOI

Usai solat Subuh Jumaat sering menghadiahkan detik terbaik untuk bermuhasabah. Kita undur selangkah ke belakang, untuk melonjak beberapa langkah ke hadapan. Merenung kesilapan dan kesalahan silam, betapa dungunya dan terburu-burunya sikap kita yang selalunya sangat merugikan.



Akibatnya, sering kita kehilangan sahabat terapat. Renggang dengan orang tersayang. Dan yang paling tragis kehilangan rasa hati yang lembut, halus dan beradab.



Namun, segera teringat kata-kata pengukuhan yang bersemi dalam hati (terutamanya akhir-akhir ini), “sebaik sahaja mengambil pelajaran daripada masa silam… lupakan dan pandanglah masa depan – yesterday ended last night!



Jika punya kesempatan carilah ruang untuk memohon maaf, memohon doa dan melakukan amalan-amalan baik sebagai penebus kesalahan silam. Jika tidak, bertekadlah untuk tidak mengulanginya. Jangan jadikan ia trauma yang menghalang pencapaian kita hari ini dan esok. Menyesal itu baik, tetapi ia bukan belenggu yang menghalang kita untuk mencipta kebaikan dan kecemerlangan baru.



Ya, pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may… pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.



Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.



Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.



Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.



Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!



Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok? Belum tentu kita masih ada!



Oh, bagi sahabatku yang beberapa minggu dulu telah bertanya, aku hulurkan tulisan ini seadanya. Soalnya lewat SMS, “mengapa orang bukan Islam kekadang lebih jujur dan baik?” Dan inilah jawapanku sekadarnya…



“Aku hairan mengapa orang bukan Islam lebih jujur dan amanah daripada orang Islam?” kata seorang sahabat saya yang juga seorang jurutera. Saya diam. Memang ada kebenarannya jika dilihat selayang pandang.



“Awak lihat di negara-negara Barat, surat khabar dibeli hanya dengan meletakkan wang di dalam bekas di tepi jalan. Tidak ada orang mengelat untuk membayarnya.”



Cerita yang sama pernah saya dengar daripada kawan-kawan yang pulang dari London. Saya teruja dengan topik perbualan pagi itu. Mengapakah orang bukan Islam lebih baik perilakunya berbanding orang Islam? Jika benar, benarkah itu yang sebenarnya?



“Itu di Barat, cuba awak perhatikan di Jepun sewaktu dilanda tsunami baru-baru ini. Rakyatnya berbaris sewaktu menerima bantuan makanan. Peniaga menjual bateri yang sangat diperlukan sewaktu terputus bekalan elektrik dengan separuh harga. Nilai kemanusiaan mereka terlalu tinggi. Tidak ada sikap mengambil kesempatan dan mementingkan diri walaupun pada saat-saat kritikal. ”



“Kalau di negara-negara Islam?” tanya saya untuk menyemarakkan perbualan.



“Kita boleh lihat sendiri bagaimana umat Islam berebut-rebut mendapatkan bantuan makanan di kawasan yang dilanda bencana alam. Malu kita melihatnya. Di negara kita pun, apa kurangnya. Apabila ada kenderaan membawa makanan terlibat dengan kemalangan, penduduk sekitarnya berebut mengambil makanan yang bertabur. Itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang dan etika tetapi haram di sisi agama.”



Saya terus mengangguk-angguk, mengiakannya. Saya masih teringat bagaimana seorang mufti pernah memberi amaran agar wang yang diambil dari sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan suatu ketika dulu dipulangkan kerana perbuatan mengambil wang yang bukan milik kita adalah haram.



“Mengapakah sikap orang bukan Islam lebih baik daripada kita orang Islam?” Sekali lagi pertanyaan itu diajukan kepada saya. Dalam diam, saya terus berfikir.



“Secara fitrahnya manusia dicipta dengan potensi kebaikan. Setiap insan dibekalkan Allah dengan benih kebaikan secara tabii. Cuba kita lihat dalam realitinya… ada individu yang secara semula jadinya pemurah, mudah simpati, penyayang berbanding individu yang lain. Manakala ada pula yang lebih berani, tahan lasak, gigih…”



“Tidak kira orang Islam dan bukan Islam?”



“Ya. Tidak kira sama ada dia orang Islam atau bukan Islam, sama-sama Allah bekalkan benih kebaikan yang ada dalam diri setiap manusia… ”



“Kalau begitu, manusia boleh jadi baik tanpa Islam? Jadi apa gunanya diutus para Rasul jika tanpa agama pun manusia sudah boleh jadi baik?” soalnya bertalu-talu.



“Para Rasul terutamanya Nabi Muhammad diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. Begitu yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Benih kebaikan yang diberikan sebelum ini ialah bekalan asasi daripada Allah untuk seorang insan menerima seruan kebenaran yang dibawa oleh para Rasul.”



“Menyempurnakan? Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘menyempurnakan’ itu?”



“Maksudnya, benih kebaikan pada diri manusia memang sudah ada. Kedatangan Rasulullah s.a.w. adalah untuk lebih menyuburkan benih kebaikan itu.”



Melihat dia termenung, saya menambah, “umpama sebiji benih, untuk membesar ia perlu diberi air, baja, cahaya dan dijaga daripada serangga perosak. Jika semua itu dibuat, barulah ia boleh membesar menjadi pohon yang baik, berdaun, berdahan dan akhirnya berbuah. Itulah maksudnya dengan menyempurnakan.”



“Tanpa kedatangan Rasulullah?”



“Benih itu boleh tumbuh juga tetapi tidak sempurna. Mungkin terbantut, tidak hidup lama dan mungkin mati sebelum berbuah. Maka begitulah sikap baik manusia tanpa pimpinan agama, akan mudah terhakis, tidak holistik, tidak tahan lama dan tidak tahan uji.”



“Maksud awak?”



“Mungkin ada orang yang baik dalam perkara-perkara tertentu, tetapi dalam perkara yang lainnya tidak. Orang Barat mungkin jujur dalam soal kewangan, tetapi tidak jujur dalam pergaulan lelaki perempuan. Perzinaan, homoseksual, lesbian dan bersekedudukan sudah menjadi kebiasaan, ” kata saya.



“ Orang Jepun pula mungkin baik daripada hubungan sosial dan kemanusiaan, tetapi kecundang daripada segi spiritual. Kejadian bunuh diri, buli dan stres berleluasa di kalangan masyarakat mereka. Tetapi konsep akhlak dalam Islam itu lebih menyeluruh dan sepadu, akhlak dengan Allah, dengan manusia, dalam ekonomi, sosial dan seluruh sistem kehidupan,” dia menambah.



Kemudian dia terus termenung. Keningnya berkerut, lantas berkata “tetapi…”



“Tetapi masyarakat Islam hari ini tidak begitu bukan?” ujar saya menangkap apa yang sedang difikirkannya.



“Ya. Kenapa?”



“Banyak dan besar bezanya antara masyarakat Islam dengan masyarakat umat Islam. Sekarang ini hanya ada masyarakat umat Islam.”



“Saya masih keliru, apa maksud awak?”



“Percayakah awak ramai orang Islam yang tidak mengamalkan sifat kejiranan, pentingkan diri, hidup nafsu-nafsi, minum arak, bergaul bebas, makan riba, tidak solat dan mengamalkan lain-lain kemungkaran? Kita nak namakan apa mereka tu, orang Islam?”



“Ya, memang tetap beragama Islam. Selagi mereka bersyahadah kita tidak boleh menuduh mereka kafir.”



“Betul, mereka tetap orang Islam. Jika mereka bermasyarakat, masyarakat mereka dinamakan masyarakat umat Islam. Tetapi bukan masyarakat Islam. Masyarakat Islam hanya terbentuk apabila setiap anggotanya mengamalkan hidup berpandukan syariat yakni peraturan Allah dalam semua bidang kehidupan…”



“Tadi awak kata sikap baik yang dibentuk berdasarkan tabii sahaja tidak tahan uji…cuba jelaskan,” ujarnya mengalih fokus perbualan kepada persoalan asal – mengapa orang bukan Islam lebih baik?



“Ya, mungkin atas dasar tabii seseorang boleh melakukan kebaikan selagi dibalas dengan kebaikan tetapi jika kebaikannya dibalas dengan kejahatan, dia tidak mampu lagi untuk bertahan atau ketulusannya akan terjejas.”



“Apa kaitannya semua ini dengan persoalan saya tadi, mengapakah orang bukan Islam lebih jujur daripada orang Islam sendiri?”



“Itu kerana faktor tabii individu yang lama-kelamaan menjadi budaya sesuatu bangsa, kelompok atau negara. Misalnya, orang Inggeris terkenal dengan budaya bersih, menepati waktu dan berterus terang. Itu budaya bangsa yang pada asalnya ialah tabiat individu. Namun apabila ramai individu dalam bangsa itu yang bersikap demikian dan diamalkan pula pada setiap masa dan keadaan, maka jadilah budaya bangsa tersebut. Al-hasil, budaya bangsa itu pun tersentuk secara ‘evolusi ‘dan ‘gradually’. Misalnya, bangsa Inggeris itu bersih, menepati waktu dan berterus terang.”



“Seperti budaya bangsa Arab yang cekal, menghormati tetamu dan berani. Bangsa Melayu yang sinonim dengan sikap lemah lembut, pemalu, ramah mesra dan mengenang budi. Bangsa Cina yang tahan menyimpan rahsia, sabar dan gigih berusaha. Bangsa Jepun yang terkenal dengan berani, berdisiplin dan bekerjasama. Itu semua berasal daripada sifat tabii individu yang kemudiannya membentuk budaya sesuatu bangsa. Itu maksud awak?” tambahnya.



Saya hanya mengangguk, alhamdulillah, dia cepat menangkap apa yang saya maksudkan.



“Namun, harus diingat, tanpa Islam budaya bangsa walau sebaik mana pun tidak akan mampu bertahan. Tambahan pula dalam arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini. Penyebaran budaya Barat menerusi teknologi maklumat serta dasar neokolonialismenya yang terus-menerus melancarkan proses “homogenisasi” agar budaya hidup liberal diamalkan di seluruh dunia.”



“Saya terbaca, semangat generasi muda Jepun kini tidak sekental nenek moyang mereka dahulu. Generasi Cina yang ketiga juga khabarnya sedang mengalami kelembapan. Begitu juga generasi muda Melayu, sudah kurang adab dan rasa malunya… Budaya punk, rock dan lain-lain melanda remaja seluruh dunia. Nilai-nilai ini dianggap maju, moden dan dinamik. Nilai-nilai tradisional dianggap mundur, jumud dan statik.”



“Semua bangsa hakikatnya sedang mengalami hakisan budaya. Budaya kuning. Sekarang sedang berlaku ‘coca-colonization’, budaya hidup popular mengambil sempena jenama minuman popular Amerika, Coca-cola. Dengan ini, budaya hidup berdasarkan isme liberal kapitalis tajaan Amerika bercita-cita untuk melunturkan nilai-nilai tradisi semua bangsa di dunia. Penjajahan pemikiran dan budaya ini akan memberi keuntungan kepada Barat yang menjadi pengeluar utama produk-produk hedonisme ini.”



“Bagaimanakah kita menahannya?”



“Kembali kepada agama. Kita sempurnakan akhlak kita dengan wahyu dan hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, utusan Allah. Amalkan ajaran Islam bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ayuh kita tegakkan hukum-hakam Allah bermula dari bidang sekecil-kecilnya, sampailah kepada yang sebesar-besarnya.”



“Ya, tetapi seperti yang saya katakan tadi, ada orang Islam yang lebih teruk perilakunya. Kadar rasuah negara Islam lebih tinggi daripada negara bukan Islam.”



“Maaf, negara umat Islam bukan negara Islam,” saya cuba mengingatkan.



“Ya. Maaf… negara umat Islam. Ini kerana kita orang Islam sendiri tidak berpegang dan mengamalkan ajaran Islam dengan serius. Kita cuma ada benih kebaikan, tetapi tidak menyubur dan menjaganya. Akhirnya, benih itu layu dan hampir mati. “



“Bagi orang bukan Islam?”



“Bagi bukan Islam, kekadang budaya bangsa atau tabiat baik individunya tetap dipelihara melalui kaedah penyuburan rasa cinta kepada nilai-nilai tradisi dan pengamalan disiplin hidup yang tinggi sejak kecil lagi, sama ada di dalam keluarga, sekolah-sekolah, organisasi atau masyarakat. Walaupun tidak sekukuh dan sesempurna kaedah Islam, namun itu lebih baik berbanding tidak ada usaha langsung.”



“Ya, masalah kita umat Islam, kita lepas kedua-duanya. Berpegang kepada ajaran agama pun tidak serius, berpegang kepada nilai tradisi bangsa pun tidak. Jadi benih kebaikan dalam umat Islam yang terbiar begitu sahaja,” ujar saya lagi.



“Jadi kebaikan orang bukan Islam hanya disebabkan kecintaan terhadap budaya mereka yang mampu dipertahankan hingga setakat ini?”



“Ya. Dan kelemahan kita umat Islam kerana budaya bangsa kita telah terhakis dan gagal memanfaatkan prinsip agama untuk membina dan menyuburkan semula budaya yang baik itu.”



“Maksud awak agama Islam itu satu budaya?”



“Tidak. Islam bukan ciptaan manusia. Jadi, ia bukan budaya. Tetapi jika hukum-hakam Islam diamalkan sebagai satu cara hidup, maka tertegaklah apa yang dikatakan budaya Islam. Contohnya, budaya Islam dalam menghormati tetamu, makan-minum, berpakaian, bergaul dan lain-lain. ”



“Budaya Islam tahan uji?”



“Ya, selagi orang yang mengamalkannya berpegang teguh kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Bukankah budaya itu lahir daripada karakter masyarakat? Manakala karakter pula dilazimkan oleh kelakuan. Dan kelakuan lahir daripada sikap. Sikap dibentuk oleh sistem nilai yang berpunca daripada set minda atau pandangan hidup. Dan pandangan hidup itu lahir daripada keyakinan. Maksudnya, selagi keyakinan kukuh, selagi itulah budaya yang baik itu utuh. Keyakinan dalam ajaran Islam itulah iman atau akidah. Itulah asas dan teras budaya Islam.”



“Jadi budaya Islam kini terhakis kerana lemahnya iman?”



“Ya, lemah iman, lunturlah budaya Islam. Hanya orang beriman mampu menegakkan budaya hidup Islam. Sebab itulah dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 14, Allah menegur orang yang mengaku beriman dengan firman-Nya yang bermaksud: “Katakan kamu belum beriman tetapi katakan kami telah tunduk yakni Islam kerana iman itu belum masuk ke hati kamu.”



“Jadi inilah yang menyebabkan kadangkala bukan Islam lebih baik kelakuannya daripada orang Islam sendiri…” katanya sambil mengangguk-angguk kepala.



“Jika umat Islam berpegang teguh kepada iman, karakter peribadi dan budaya yang terhasil lebih hebat daripada apa yang diamalkan oleh mana-mana bangsa pun di dunia sebelum, semasa dan sesudahnya.”



“Kenapa?”



“Kerana akar budaya kita lebih kukuh. Budaya Islam tertegak bukan kerana prinsip-prinsip luaran seperti keuntungan komersial, fanatik bangsa, kepentingan puak, kemegahan nama atau kuasa, tetapi atas dasar keyakinan kepada Allah dan hari Akhirat. Kita amalkan kebaikan kerana mengharapkan keampunan Allah dan syurga. Itu lebih ikhlas dan jujur. Berbanding kita buat baik kerana mengharapkan keuntungan ekonomi atau kuasa politik!”



“Maksudnya?” dia menyoal pendek.



“Ada orang jujur kerana dengan kejujuran, produknya akan lebih laku. Ada pekerja yang diminta senyum semasa melayan pelanggan kerana itu ada nilai komersial. Perkhidmatannya akan lebih laris. Ada yang menjaga kebajikan rakyat, hanya untuk mendapat undi dan mengekalkan kuasa. Itu tidak sejati. Jika produk tidak laku, perkhidmatan tidak laris, undi tidak bertambah? Bagaimana? Kita berhenti dan tawar hati untuk terus melakukan kebaikan?”



“Saya faham. Saya faham sekarang. Budaya kerja yang baik dan konsisten hanya didorong dari dalam. Bukan hanya soal ganjaran dan hukuman sahaja. Dan perbuatan baik kerana keimanan yang mendalam itu lebih tulus, konsisten, tahan uji,” katanya bersetuju.



“Sebenarnya, pernah muncul generasi Islam yang terbaik hasil didikan iman ini. Hingga kini mereka masih terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kaum, bangsa dan negara.”



“Siapa? Bagaimana? ”



“Generasi sahabat Rasulullah. Dalam perang Yarmuk misalnya, beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. mengalami luka yang cukup parah. Seorang sahabat yang bernama Ikrimah memberikan air kepada seorang sahabat yang rasa haus dan sakit walaupun dia mengalami rasa yang sama. Namun ketika sahabat itu mahu minum, terdengar suara rintihan dari seorang sahabat lainnya, maka dia mengisyaratkan agar memberikan air tersebut kepada sahabat yang lain. Begitulah, air itu diserah kepada seorang kepada seorang lain kerana merasakan orang lain lebih memerlukan, sehinggalah kesemuanya meninggal dunia kerana mengutamakan saudaranya yang lain.”



“Wah, itu lebih hebat daripada apa yang berlaku di Jepun!”



“Itu hanya tinggal sejarah. Tetapi itu satu fakta penting menunjukkan budaya hidup Islam lebih hebat. Bagaimana Umar Ibnu Aziz memadamkan lampu minyak kerajaan apabila anaknya hendak bercakap soal keluarga bukan soal negara, bagaimana Sayidina Abu Bakar memuntahkan susu yang dibeli daripada sumber yang syubhah. Ah, terlalu banyak…”



“Tapi kita hanya Islam pada nama… tidak pada jiwa. Iman belum masuk ke hati. Hingga dengan itu tidak menimbulkan keyakinan yang akan merubah pandangan hidup, sistem nilai, sikap, kelakuan, karakter dan personaliti seterusnya budaya umat Islam. Budaya Islam belum ada, budaya Melayu semakin layu… Padahal jika budaya Melayu yang baik disempurnakan oleh faktor iman, maka kita akan berjaya mengatasi mana-mana pun bangsa di dunia seperti yang dibuktikan oleh umat Arab dahulu. Bukankah mereka itu asalnya jahiliah tetapi akhirnya menjadi umat pembina empayar…”



“Jadi tugas kita sekarang memasukkan iman ke dalam hati umat Islam?”



Saya diam. Ya, itulah jalan yang paling benar,walaupun jalan yang paling sukar. Itulah jalan yang paling singkat,walaupun terasa amat berat….teringat ungkapan perjuangan yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu.

~C I N T A~

Assalamualaikum Wrm Wbrkth..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, masih tegak berdiri berpijak dibumi. Syukur pada Allah swt atas nikmat yg disandarkan kepada kita. Kekuatan, kelemahan, kelebihan dan kekurangan yg diberikan. Kadang2 kita juga terlepas pandang atau terleka dengan nikmat yg diberikan oleh Allah swt ke atas kita. Nauzubillah.. Sentiasa muhasabah dan merendah diri dengan apa yang kita miliki di dunia ini..

C I N T A..

Bila berbicara tentang cinta, ia satu perkataan yang mempunyai makna yang cukup luas sehingga tanpa disedari kita akan terdiam memikirkan tentang cinta ini.

KUASA CINTA...

Fitrah manusia dikurniakan Allah swt sifat cinta dan kasih sayang. Ia kuasa halus yg Allah sandarkan pada kita. Jatuh bangunnya kita kerana cinta yang ada. Hebatnya kuasa cinta.

NILAI CINTA..

Orang yang tahu apa sebenarnya cinta akan tahu nilai cinta yg ada disekelilingnya.. Jangan biarkan cinta dikuasai nafsu, kelak akan binasa. Jadikanlah cinta sebagai pendorong motivasi diri untuk hidup sebagai hamba Allah swt, bukan hamba kepada cinta.

UNTUK SIAPA CINTA?

Kata org 'Cinta itu buta' tdk mengenal siapa ia akan rasa cinta itu menapak dalam hatinya, tetapi doronglah ia dalam redha Allah swt. Cinta yg paling utama ialah pada pencipta yang menjadikan kita dan meletakkan rasa cinta yg ada pada kita. Alhamdulillah..

Cintailah Nabi Muhammad saw, kerana atas rasa kecintaan ini baginda terus berdakwah menyebarkan agama Islam kepada umatnya walaupun hakikatnya ia perintah Allah swt. Tetapi baginda amat menyangi umatnya sehingga wafatnya baginda masih mengingati kita umat akhir zaman.. Siapalah kita andai kita tidak tahu apa itu Islam. Nauzubillah. Hidayah milik Allah..

Cintailah Islam dan Para Ulama', rasa kemuliaan dengan Islam dan Syariatnya.. Rasa tinggi dengan Islam yang dibawa.. Dimana jua kita, peliharalah hukum dan hak Allah walaupun anda seorang yang berpendidikan tinggi, pangkat yang tinggi, seorang pencuci, walau apa jua status diri dan pekerjaan anda, kehormatan Islam perlu dipelihara. Tanggungjawab kita sebagai seorang yg beragama Islam. Bukan dr agama yg lain.

Cintailah Ibu dan Ayah yang banyak berkorban utk kita.. Harta dan kekayaan yg kita miliki sekalipun tdk akan menyamai pengorbanan dan kasih sayang mereka.. Jika tiada mereka dan cinta yg hadir antara keduanya, maka tiadalah kita di dunia ini..

Seorang sahabat bertanya 'Bila hendak mendirikan Masjid'. Hanya menjawab, 'Bila Allah swt dah tentukan masanya, akan sampai masa itu'. Berpegang pada firman Allah swt, "Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik2". Tetapi sebelum itu, mestilah mempersiapkan diri kita untuk menjadi yg terbaik kerana pengharapan pada Allah agar memberikan pasangan yg terbaik utk kita. Yakinlah pada Allah akan jodoh kerana DIA tahu apa yg terbaik utk kita.. ~Cinta Manusia~

Kadang2 kita terlupa, Allah swt memberikan kita nikmat hidup dalam keadaan 'bujang' tetapi jgn ada niat utk terus membujang kerana Baginda suka umatnya yg ramai.. Waktu ini kita lapang dr memikirkan tanggungjawab kita sebagai suami, isteri, sebagai seorang ibu dan ayah. Gunakanlah sebaik2nya nikmat hidup 'bujang' ini utk mndekatkan diri kepada Allah, mencari ruang dan peluang menimba ilmu dan pengalaman.

Rasailah cinta yg diberi dengan mata hati.. anda akan merasai manisnya iman..
Tetaplah teguh berdiri dengan cinta yg suci.. penuh ketaqwaan..
kelak dirimu akan dicintai sekalian makhluk ciptaan Tuhan..

~ Muhasabah CINTAKU~ wallahua'lam..

Make-Up Kecantikan Pakar Cinta

⊰♥⊱ Untuk kecantikan anda, bermake-up lah ke salon Iman

⊰♥⊱ Hiasi mata dengan menundukan pandangan,
⊰♥⊱ nescaya mata semakin bening dan jernih

⊰♥⊱ Warnai bibir dengan lipstik kejujuran,
⊰♥⊱ nescaya bibir semakin manis

⊰♥⊱ Merahkan pipi dengan rasa malu,
⊰♥⊱ nescaya semakin menawan

⊰♥⊱ Cucilah rambut dari ketombe pandangan liar dengan jilbab penutup yang rapat,
⊰♥⊱ nescaya akan aman

⊰♥⊱ Bersihkan diri dari dosa dan kesalahan dengan sabun istigfar,
⊰♥⊱ nescaya semakin putih jiwa anda

⊰♥⊱ Terapkan lulur kasih sayang, nescaya semakin lembut hati anda



Dari Abdullah bin Amru bahawasannya Rasulullah Saw bersabda :
”Dunia adalah perhiasan, sebaik – baik perhiasan adalah wanita solehah”.
( HR Muslim )

huhuhuhu

Kala menatap hamparan dunia hatipun bertanya..
Seberapa luaskah CINTA itu??
Selapang jiwa menerimanya..
Kala ku menatap langit hatipun bertanya
Seberapa tinggikah CINTA??
Setinggi keluhuran budi n keikhlasan jiwa
Kala di tengah samudera hatipun bertanya kembali
Seberapa dalamkah CINTA itu??
Sedalam ukiran kisah terlukis di dinding kalbu..



Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu kepada yang lain.

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak.

Jika kau mencintai seseorang ada 2 kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah, pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang merampas Allah.

Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu.

Kecuali engkau sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah. . .

Cinta kepada Allah Azza Wa Jalla..♥
WaLlahu a'lam.. :)

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )



Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"



Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.



Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..



Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.



Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

~ Tempat Tinggal Iblis ~

Salah seorang sahabat Anas bin Malik ra berkata: “Iblis laknat telah bertanya kepada Allah swt antaranya:

Berkatalah Iblis kepada Allah swt : “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepada ku tempat kediamanku.”

Firman Allah swt yang bermaksud : “Wahai Iblis, tempat kediamanmu ialah dalam bilik air (tandas).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau). Dimanakah tempat bagiku berkumpul?”.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar (dipusat-pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis-majlis maksiat, tempat-tempat hiburan dan sebagainya).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan pada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca (Al-Quran). Tunjukkanlah kepada ku apakah bahan bacaanku?.”

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah Syair (sajak dan yang bersangkutan dengannya).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, cerita bagimu ialah kata-kata dusta (bohong dan yang bersangkutan dengannya).”

Berkata Iblis: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan pada anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang untuk sembahyang berjemaah). Apakah azanku (untuk mengumpulkan orang)?”

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, azan untukmu ialah seruling.”

Berkata Iblis : “Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusanmu (para Nabi dan para Rasul) kepada anak-anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagiku.”

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, para utusanmu ialah terdiri dari para dukun (dan yang lebih kurang sama dengannya).”

Berkata Iblis: “Ya, Tuhanku, Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al-Quran) kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagiku?”.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, tulisan mu ialah tulisan gincu yang palsu di badan (seperti lukisan-lukisan di lengan, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya).”

Berkata Iblis: “Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak-anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku.”

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, perangkapmu untukmu ialah wanita-wanita.”

Berkata Iblis: “Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan (yang disebut dengan namaMu) kepada anak-anak Adam. Apakah makanan untukku?.”

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”

Berkata Iblis: “Ya, Tuhanku, Engkau telah berikan minuman (minuman yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan bismillah) kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?”.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Wahai Iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan (seperti arak, yang lebih kurang sama dengannya dan minuman yang tidak dimulakan dengan bismillah).”

Berkata Ibnu Mas’ud ra : “Kalau seseorang itu makan dengan tidak membaca bismillah, maka syaitan akan makan bersamanya. Apabila seseorang itu makan dan dimulai dengan bismillah maka syaitan tidak akan dapat makan bersama bahkan syaitan akan memuntahkan kembali apa-apa yang sudah dimakannya.

Berkata Ibrahim Annakhaai: “Kalau seseorang itu masuk ke rumahnya dan memberi salam, maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat bagiku disini.” Dan kalau seseorang itu hendak makan atau minum lalu dimulai dengan bismillah maka syaitan akan berkata: “Tidak ada tempat dan tidak ada makanan dan minuman untukku di sini.” Akan keluarlah syaitan dengan rasa kecewa.”

WaLlahu a'lam..

SAYYIDAH KHADIJAH AL KUBRA

Alhamdulillah, beribu-ribu kesyukuran sy pnjatkan kpd Allah s.w.t kerana berpeluang memperingati ketokohan Sayyidati Khadijah Al-Kubra,, insyaAllah suka sekali sy mahu berkongsi apa yg sy dapat , Sayyidah Khadijah lebih tertonjol sebagai seorang isteri kpd rasulullah s.a.w dan ibu kepada zuriat baginda saw..



Rasulullah saw bersabda:

“Ada 4 wanita yang paling mulia dan penghulu segala wanita, mereka adalah Asiah bt. Muhazim, Maryam bt. Imran, khadijah bt. Khuwailid dan Fatimah bt. Muhamad”



Sayyidah Khadijah Al-Kubra:

■Nama penuh beliau ialah Sayyidah Khadijah bt. Khuwailid ibn Asad ibn Abdul ‘Uzza ibn Qusay al Asadiyyah
■Tetapi salasilah keturunannya bertemu dengan keturunan nabi Muhammad saw pd moyangnya Qusay.
■Beliau merupakan wanita Quraisy yg desegani dan dihormati kerana Allah memelihara dan menjaganya daripada kekotoran jahiliah pada ketika itu.
■Sayyidah Khadijah sangat kaya kerana mewarisi harta kekayaan ayahnya dan bekas suaminya yg telah mninggal dunia.
■Setelah berkahwin dgn Rasulullah saw, beliau telah mggunakan segala dan semua harta kekayaannya pada jalan Allah, subhanallah, bisakah dicari orang sptnya sekarang nie, shingga beliau miskin, betapa besarnya jasa beliau shingga Islam smpai kat kita skrg nie.. smga Allah merahmati sayyidah khadijah. Amin…


Kenapa sayyidah Khadijah wajib dicintai? =)

■Kerana Sayyidah Khadijah dicintai Allah- Allah dan malaikat pernah memberi salam kepada beliau
■Orang yg pertama dicintai rasululllah saw
■Wanita yg sangat berjasa kpd Islam.
Kepada kaum adam:

■ Penceramah ada menceritakan tentang kaum adam perlu melayani isteri dan anak-anak dgn baik.
■“Sekiranya mahukan isteri sebaik khadijah jadilah seorang yang sehebat Rasulullah saw”


Di antara tips dan cara2 ntuk menjadi spt Khadijah ialah:

■ Bagi para remaja, sayyidah khadijah merupakan contoh terbaik kerana sebelum berkahwin beliau sgt menjaga diri beliau dr segala aspek spt menjaga akhlak, mempunyai tingkah laku dan peribadi yang baik.
■Apa yang penting ialah beliau memilih suami yg betul2 hebat iaitu rasulullah saw wlaupon rmai yg kaya dan berharta datang melamar beliau tetapi sebaliknya, beliau yg meminang rasulullah saw yg ketika itu tidak berharta.
■Membina keluarga mawaddah wa rahmah (penuh dgn kasih sayang & rahmat)
■Hormat menghormati
■Berlaku adil
■Allah sayang pd orang kaya yg merendah diri
■Sentiasa bermesyuarat dan berbincang
■Pembahagian masa yang seimbang
■Bertimbang rasa


Ganjaran mencontohi Sayyidah Khadijah:

■Mendapat ganjaran syurga yg terdapat istana yg dibuat drpada intan dan permata
■Mendapat kebahagiaan di dunia & di akhirat


Penceramah:

1. Ustazah Datin Hajjah Aminah bt. Hj. Zakaria

Beliau ada bg satu doa “ya Allah berikanlah kepadaku rezeki untuk merebut 5 perkara sblum datang 5 perkara..amin..”



2. Al Habib Ali Zeinal Abidin Al Hamid

Subhanallah…mukanya sgt tenang

Beliau trtinggal flight ats sebb2 tertentu, tetapi setelah smpai di seminar, beliau memberi ceramah dgn fasih, jelas dan bersemangat selama 1 jam lebih tanpa henti.masyaAllah..

Doanya bisa membuatkan diri menitis air mata…



3. Ustazah Halimah Alaydrus

Beliau diterbangkan khas dari Jakarta dan beliau penulis buku ‘Bidadari Bumi’ kata-katanya lembut dan sangat menyentuh perasaan “ ibu-ibu, kamu mengahwini suami mu satu paket, trima la suami mu sapaket itu”… dengan doanya yg sgt2 menyentuh hati mmbuatkan 1 dewan menangis & rmai yg naik ke pentas bersalam dan mencium beliau…



4. Ustazah Asni bt. Abu Mansor

Sy x sempat dengar ceramah ustazah ni sebab ada program ilmu lain tp sempat jgk mendengar beliau berzikir di akhir slot beliau, subhanallah, suaranya sedap mcm xcaya gak blh tgk secara live, dia slalu handle rancangan ‘usrah’ di tv9.



5. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj

Beliau mmg sgt keibuan, beliau telah mndapat tokoh sayyidah khadijah smpena maulidurrasul tahun ni, rumah Raudhatus Sakinah diasas oleh beliau.banyk maklumat yg diberikan termasuklah pasal kesihatan wanita sebab beliau merupakan doktor sakit puan.



Alhamdulillah semoga Allah memberkati seminar ini, memberkati penceramah-penceramah yg hadir yg memberi ilmu dan termasukla kpd smua yang terlibat dengan seminar nie.. amin ya rabbalalamin….



Mohon maaf andai ada salah silap saya dalam nota nie=)

Wassalam.. salam sayang ...

bolehka wanita haidh masuk masjid

Pertanyaan:

Bagaimana hukumnya wanita yang sedang haidh masuk masjid untuk suatu keperluan, misalnya mengikuti taklim? Sementara ada hadits yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, bahwa Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid kepada wanita yang haidh dan orang yang junub.”

‘Athiyyah, Purwokerto

Jawab :

Dalam permasalahan ini ada perselisihan pendapat di kalangan ulama, ada yang mengatakan boleh dan ada pula yang berpendapat tidak boleh. Kata Imam Asy Syaukani: “Zaid bin Tsabit berpendapat boleh bagi wanita haidh masuk ke dalam masjid kecuali bila dikhawatirkan darahnya menajisi masjid. Al Imam Al Khaththabi menghikayatkan kebolehan ini dari Malik, Asy Syafi`i, Ahmad dan Ahlu dzahir. Sedangkan yang berpendapat tidak boleh adalah Sufyan dan Ashabur Ra’yi, dan pendapat ini yang masyhur dari madzhabnya Al Imam Malik.” (Nailul Authar, 1/320).



Namun yang kuat dari pendapat yang ada, wallahu ta‘ala a‘lam bisshawwab, wanita haidh dibolehkan masuk masjid. Pendapat ini dikuatkan oleh Ibnu Hazm dalam kitab beliau Al Muhalla (2/184-187), karena tidak ada dalil yang menunjukkan larangan akan hal ini, sementara Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalamtelah bersabda :

“Sesungguhnya orang mukmin itu tidaklah najis.” (HR. Al Bukhari no. 283 dan Muslim no. 371)



Di masa hidupnya Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam ada seorang wanita hitam bekas budak yang biasa membersihkan masjid Nabi dan ia memiliki tenda di dalam masjid. Sebagai seorang wanita tentunya ia mengalami haidh namun tidak didapatkan adanya perintah Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalamagar dia keluar dari masjid ketika masa haidhnya. (Haditsnya disebutkan Al Imam Al Bukhari dalam Shahihnya no. 439).



Sementara hadits yang anda tanyakan adalah hadits yang dha’if (lemah), dijelaskan pula oleh Ibnu Hazm sisi kelemahan hadits ini, sebagaimana dalam Al Muhalla. Demikian pula Asy Syaikh Al Albani dalam Tamamul Minnah (118-119).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...