Monday, July 4, 2011

Bila Jiwa Kacau


http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/solat.jpg

Hidup ini penuh suka dan duka, penuh dengan watak yang mewarnai laluan perjalanannya. Kita pasti selalu mengharap agar perjalanan yang kita lalui sentiasa ceria tanpa duka tanpa menyedari jika itu yang berlaku, kita sebenarnya bakal menjadi manusia yang tidak punya pengalaman dan penuh dengan kebosanan. Kita sering berharap supaya kita bahagia namun kita lupa kekecewaan dan kebahagian itu bukan terletak di luar diri. Ianya datang bersumber dari dalam diri kita sendiri. Kitalah yang sebenarnya memilih keadaan diri samada duduk dalam erti kebahagian sebenar ataupun sebaliknya. Hal ini jarang sekali kita peduli kerana bagi kita kebahagian itu sebenarnya datang dari keadaan luaran dan keadaan luaran adalah penentu utama kebahagian.

Jika kita seorang yang bahagia secara dalaman maka kita tidak akan peduli bagaimanakah keadaan luaran kita, biarpun buruk atau pun tidak. Kita melihat segala sesuatu dengan persepsi yang positif. Kita tidak merasakan sesuatu masalah itu sebagai bebanan tetapi melihatnya sebagai satu maklumbalas yang kita terima yang memerlukan pembetulan atau pencorakkan semula. Mereka yang bahagia secara dalaman sentiasa mempunyai tidur yang lena, sentiasa segar dan mempunyai semangat yang tinggi untuk hidup. Mereka pasti akan hidup penuh dengan kasih sayang. Kasih sayang ini bukan sahaja untuk sesama manusia tetapi ianya juga untuk makhluk keseluruhan. Itulah faktor yang ada pada generasi datuk dan nenek kita. Biarpun kelihatan kurang berharta tetapi mereka cukup bahagia. Keadaan ini jelas kelihatan dari tuturkata mereka dalam perbualan dan perlakuan mereka sesama makhluk. Justeru mereka gemar untuk memelihara binatang dan mereka hidup penuh dengan kesopanan, kelembutan dan kasih sayang.

Hari ini ramai diantara kita yang tidak bahagia secara dalaman. Mereka hidup penuh dengan kebencian dan paling memualkan adalah persepsi negatif yang mereka ada dalam melihat kehidupan. Mereka sentiasa mempunyai sangka buruk dan memikirkan kejadian yang buruk lebih dari melihat kebaikan sesuatu peristiwa. Mereka ini cukup meletihkan kerana mereka sentiasa mahu bahagia tetapi tidak pernah faham apa itu kebahagian. Mereka berpendapat kebahagian itu perlu datang dari luar. Orang bijak pernah berkata “ jika kamu tidak menjumpai kebahagaian dalam diri kamu … janganlah kamu mencarinya di luar kerana pasti tidak akan bertemu.” Bagi orang sebegini saya mengkategorikannya sebagai mereka yang berada dalam jiwa yang kacau. Jiwa kacau ini menyebabkan mereka suka benar membuat tanggapan tanpa diminta dan lebih buruk pula, tanggapan itu hampir semuanya negatif. Mereka akan lebih melihat keburukan dan hampir tiada kebaikan. Merekalah penyebab hilangnya kebahagian. Kebahagian datang dari dalam diri sendiri dan jika diri mereka penuh dengan kebencian dan negativiti maka secara hukum alam mana mungkin mereka akan bahagia.

Mereka sering berkata yang jika sesuatu keadaan berlaku barulah mereka akan bahagia atau jika mereka pergi ke satu-satu tempat barulah mereka akan bahagia. Sebenarnya ke mana sahaja mereka pergi, biar apa keadaan sekalipun mereka tidak akan bahagia dan mereka akan melihat keadaan yang mereka katakan itu kelak sebagai keadaan negatif. Ada satu perkara yang mungkin perlu untuk kita lihat dengan penuh perhatian iaitu sangka buruk mereka itu dapat membuatkan suasan harmoni menjadi negatif. Mereka lupa bahawa sangka buruk mereka itu adalah satu doa yang mungkin boleh terjadi satu hari nanti. Bukankah lebih baik jika mereka melihat sesuatu itu secara positif kerana sangka baik itu juga merupakan satu doa. Jika buruk sangkaannya maka dia akan selalu memikirkan yang buruk dan akhirnya mereka melepaskan emosi mereka kepada mereka yang positif. Mereka mungkin tidak tahu atau tidak perasan yang perbuatan mereka itu menyebabkan kebahagian yang dibina bakal luntur akibat energi negatif yang disalurkan. Mereka menyebabkan tekanan luar biasa bukan sahaja kepada diri mereka tetapi kepada orang yang berada disekeliling mereka. Akhirnya mereka akan kehilangan teman dan taulan dan itu lebih membuat mereka lebih negatif. Mereka mula mendendami keadaan itu namun tidak pula mengakuinya melainkan meletakan kesalahan itu pada orang sekeliling.

Jiwa kacau satu penyakit yang perlu diubati dan untuk mengubatinya secara efektif, mereka yang mengalaminya perlu secara sukarela untuk berubah. Langkah pertama, mereka perlu membersihkan diri dari segala sangka buruk. Mereka perlu tahu sangka buruk itu dilarang baginda saw. Keduanya, mereka perlu membuang segala peristiwa negatif yang tersemat dalam memori mereka. Seterusnya mereka perlu bergaul dengan mereka yang positif untuk jangkamasa sekurang-kurangnya enam bulan. Mereka boleh menyertai persatuan atau membuat kebajikan secara berterusan. Ingatlah jiwa yang kacau bukan sahaja membunuh jiwa mereka tetapi bakal menyebabkan mereka kehilangan orang yang kononnya mereka cintai dan sayangi. Hiduplah dalam persepsi positif dan berkasih sayang dengan Allah swt menyebabkan kita lebih positif dan tenang kerana Allah swt tahu segalanya dan serahkan kehidupan kita kepada Allah swt dan bukan kepada serakah jiwa. Wallahu a’lam


Wanita Solehah Lebih Cantik Daripada Bidadari


http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/coy.jpg&h=235&w=355&zc=1

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Kerabu epal hijau




simple n x payan nak masak...menu malas2 hari ni, ...
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 biji apple hijau (disagat halus panjang)
  • 1 biji cili merah (dihiris halus)
  • 3 biji cili padi (dihiris halus)
  • 2 ulas bwg merah (dihiris halus)
  • 1 btg kecil carrot (disagat halus panjang)
  • sedikit daun ketumbar
  • sedikit parutan lemon
  • sedikit jus lemon
  • sedikit garam
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Gaulkan mereka then siap utk dihidang... mudah sajaaa..... :D
  2. Selamat Mencuba ! :D

Bubur biji nangka

assalamualikum sahabat yang ana kasihi lg ana syngi jom masak2 lg hehehhe

buat kuih ni untuk minum petang tadi… sedap lemak manis rasanya, cuma masa nak menggentel tu yg amik masa sket maklumlah nak kena buat kecik2 barulah comel kan…. tu pun dah jadi macam2 saiz ada! kuih biji nangka yg x sama saiz… x kesahla kan asalkan dapat makan n sedap gitu…untuk juadah berbuka jap td....alhamdulillah lepas kempunan

meh tengok resepinya .

Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • sagu

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan.

Sunday, July 3, 2011

IKAN PEKASAM GORENG








salam sahabat semua.. nak share kar cni tentang ikan pekasam yg baru ana nikmati di rumah sahabt ana..ya allah sedapnye...ni de resepi cam ner nak goreng ikan pekasam ni bg lg sedap hehehe....





BAHAN-BAHAN :


2 ekor ikan pekasam


1 bji bawang besar


3 biji cili kering





CARA MEMASAK :


Potong bawang besar dan cili kering.Panas kan minyak dan goreng ikan pekasam dahulu sampai masak dan angkat ikan pekasam ni. Buang sedikit minyak ikan ini dan terus masukkan bawang besar dan cili kering , goreng sampai bawang menjadi layu .Angkat bawang dan cili serta terus taburkan ke atas ikan pekasam yang sudah di goreng terdahulu tadi. Dah pun siap hmmm sedap....

Perbuatan maksiat melemahkan kekuatan hati..


MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

Lagi kesan-kesan buruk dari perbuatan maksiat adalah seperti berikut:

* Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

* Keterasingan antara Allah

Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

* Keterasingan antara manusia

Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

* Allah akan menyulitkan urusannya

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

* Kegelapan dalam hati

Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

* Maksiat melemahkan kekuatan hati

Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

* Malas mengerjakan ibadat

Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

* Terbiasa berbuat dosa

Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketabahan Itu Milik Siapa?????????

Ketabahan Itu Milik Siapa?


sabartabahkanhati.jpgFirman AllahSWT yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah,supaya kamu beruntung" (Al Imran:200)


Ketabahan merupakan satu perkara yang amat perlu dalam persediaan kita untuk mewujudkan hasrat untuk mencapai kejayaan hidup dunia dan akhirat.

Akar umbi ketabahan ialah kekuatan. Kekuatan kehendak,kemahuan dan hasrat bila dipadukan akan menjadi satu gabungan kekuatan yang tidak akan dapat dikalahkan. Individu yang memiliki kehendak yang kuat,diseiringkan dengan daya ketahanan yang penuh ketabahan,melayakkan mereka sebagai latarbelakang penunjang keyakinan mereka,maka mereka seperti memperolehi sasaran tujuan mereka itu.


Sebahagian besar individu bersedia untuk melemparkan jauh-jauh sasaran dan tujuan mereka apabila mereka melihat gajala-gejala timbulnya halangan-halangan dan kegagalan dalam usaha mereka. Mereka segera menyerah ketabahan kepada keadaan. Hanya individu tertentu sahaja yang mampu maju terus ke hadapan meskipun menghadapi tribulasi yang hebat, akhirnya mereka berjaya mencapai cita-cita mereka.
Ibnu Qayyim berpendapat;

"Tidak ada satu perkara yang amat susah daripada ketabahan dan kesabaran samada pada perkara yang disukai atau dibenci oleh individu,terutamanya apabila melalui detik-detik kesempitan dan kesusahan hidup ini setelah melayari hamparan kebahagiaan dan kesenangan,maka ketika itulah amat memerlukan bekalan untuk meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup ini iaitu bekalan ketabahan di atas ketentuan Qada' dan Qadar AllahSWT."

MENGUJI DIRI ANDA DALAM SOAL KETABAHAN


Tidak memiliki daya tahan atau kurang bersikap tabah itu sering menjadi sebab utama kegagalan individu. Secara umumnya,ini adalah merupakan kelemahan yang banyak dialami oleh manusia. Sikap ini merupakan kelemahan yang tidak dapat diatasi oleh manusia itu sendiri. Sukar atau mudahnya mengatasi kekurangan daya tahan ini bergantung kepada besar atau kecilnya hasrat individu itu. Titik tolak daripada semua hasil yang akan dicapai ialah hasrat. Hendaklah berpegang teguh dan istiqamah dengan hasrat yang hendak dicapai. Hasrat yang lemah akan menghasilkan natijah yang lemah,ibarat nyalaan api yang kecil sehingga dapat mengeluarkan kepanasan yang kecil dan sedikit sahaja.

Kalau anda menemui diri anda dalam keadaan 'kurang ketabahan',kelemahan ini anda akan dapat atasi dengan cara membentuk hasrat yang lebih besar lagi dalam diri anda. Lantaran itulah, untuk melaksanakan cita-cita ke arah sasaran yang tepat memerlukan bahan bakar iaitu : hasrat yang bernyala-nyala. Cita-cita tidak akan menjadi kenyataan apabila anda memilih sikap yang negatif, malas atau tidak bersemangat.

Apabila anda merasa diri anda lemah atau kurang bersemangat,maka yakinilah bahawa anda masih belum memiliki 'kesedaran yang mendalam' ke arah usaha untuk mencapai kejayaan. Sewajarnya anda memiliki sifat ini terlebih dahulu sebelum anda yakin akan mendapatkan kejayaan dan merasai kemenangan dalam perjuangan hidup ini.

Sedarilah bahawa semua orang yang berjaya pada mulanya memang mengalami kehidupan yang pahit. Perjuangan memerlukan tenaga, menuntut pengorbanan agar boleh bertahan untuk hidup sebagai seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Detik yang menentukan kekuatan seseorang ialah ketika dia mengalami krisis.

Sesungguhnya ketabahan memerlukan kesabaran. Kesabaran adalah natijah daripada mujahadah dalam diri individu itu. Sesiapa yang berjaya mempertahankan kesabarannya dengan ketaatan kepada AllahSWT,sabar menanggung kesulitan dan menjauhi maksiat,maka dia telah memiliki ketabahan hakiki dan akan mengecapi hasrat yang dikehendakinya. Firman AllahSWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az Zummar:10)


MEMANJAT MELALUI TEMBOK KEGAGALAN

Seorang pujangga menasihatkan: "Di atas kegagalan anda semalam,binalah bangunan kehidupan untuk hari esok. Letakkan bata-bata tujuan yang teguh,sediakan puing-puing raksaksa dari kejatuhan yang silam. Ukirlah menara-menara keazaman yang hebat bagi membenam lembah-lembah airmata kehampaan."

Segelintir manusia sedar bahawa berdasarkan pengalaman mereka betapa tingginya nilai ketabahan itu. Mereka adalah orang-orang yang menerima kegagalan itu sebagai satu keadaan yang sifatnya adalah sementara sahaja,begitu juga bagi mereka yang menghadapi mehnah dalam perjuangan. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai hasrat yang kuat,sehingga ketabahan yang mereka terapkan itu akhirnya mengubah kegagalan dan mehnah perjuangan sebagai pendorong utama mencapai kejayaan yang gilang gemilang.

Hasil kejayaan samada: individu yang jatuh terbenam dalam kegagalan yang tidak muncul kembali ke permukaan atau individu yang menerima kegagalan itu sebagai hukuman yang dapat mendorong mereka ke arah berusaha dengan lebih tekun lagi. Golongan kedua inilah sangat beruntung nasib mereka, kerana mereka belajar dan menerima kenyataan sebagai satu muhasabah dan pemangkin kejayaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta benda,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah:155)

ANDA MAMPU MELATIH DIRI ANDA SENDIRI UNTUK BERSIKAP TABAH

Ketabahan adalah sikap yang berkaitan dengan minda dan spiritual individu, oleh sebab itulah setiap individu dapat membina dan memupuknya berdasarkan langkah-langkah tertentu,antaranya;

1. Adanya ketegasan dalam penentuan sasaran dan tujuan hidup
Langkah pertama yang paling penting untuk dapat membina dan memupuk sikap tabah ialah apabila kita benar-benar menyedari apa yang kita 'kehendaki' dan 'ingin capai','sebab' sesuatu motif yang kuat itu sehingga dapat mendorong seseorang untuk mengatasi segala kesusahan.

2.Mempunyai hasrat yang bernyala-nyala
Apabila kita memiliki hasrat yang kuat untuk memperolehi sesuatu matlamat,maka dengan mudah sahaja kita mendapatkannya serta mempertahankan sikap tabah supaya sentiasa dapat bertahan.

3.Memiliki rasa percaya kepada diri sendiri
Apabila memiliki rasa percaya kepada diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu perancangan,ini akan mendorong individu untuk melaksanakan sehingga selesai dengan sepenuh ketabahan hati dan fikiran tanpa tergugat.

4.Kemampuan menyusun perancangan yang jelas lagi tegas
Perancangan yang tersusun rapi, sekalipun mempunyai banyak kelemahan kerana kurang praktikal akan memberi landasan yang kuat bagi seseorang untuk bersikap tabah mengatasi segala kesulitan.

5.Menguasai ilmu pengetahuan dengan cermat

Apabila seseorang itu menguasai selok belok perancangan yang jelas,samada berdasarkan pengalamannya atau pengamatannya sendiri,maka pengetahuan yang dia miliki itu dapat mendorong kepada satu sikap yang berani dan tabah. Sebaliknya dengan pengetahuan yang serba kekurangan hanya akan lebih banyak meneka sahaja dan bukan menunaikan tugasnya berdasarkan ilmu pengetahuan yang dikuasainya.
Dengan menguasai ilmu pengetahuan itu secara mantap,maka dia dapat menikmati daya tahu yang mantap.

6.Menjalin kerjasama yang erat dengan orang lain

Sikap ini akan dapat memupuk daya tahan yang kuat dalam dirinya. Untuk itu sewajarnyalah membina rasa simpati,saling memahami dan kerjasama yang harmonis dengan orang lain.

7.Memiliki daya kemahuan yang kuat
Dengan memiliki satu tujuan yang tegas dan jelas,seseorang itu akan memilih daya tahan yang kuat dalam memperjuangkan tujuan itu berdasarkan kemahuan yang kuat.

8.Memupuk kebiasaan yang kuat
Ketabahan itu sebenarnya adalah natijah daripada sesuatu kebiasaan. Kebiasaan itu kita jadikan sebahagian daripada pengalaman seharian kita yang merupakan unsur pembentukan kebiasaan yang kuat itu. Contohnya: rasa takut adalah musuh yang paling utama dan bahaya daripada semua musuh rohaniah kita, kita hapuskanlah secara efektif dengan memintasnya berulangkali dengan sikap keberanian.

MEMBENTUK KEBIASAAN UNTUK MEMILIKI KETABAHAN

Untuk mencapainya hanya dua perkara yang diperlukan ialah masa dan usaha. Langkah yang diperlukan:
1. Satu tujuan yang pasti,yang didukungi oleh hasrat yang bernyala-nyala untuk memenuhinya.
2.Satu perancangan yang jelas yang dizahirkan dalam bentuk tindakan yang berterusan.
3.Satu fikiran jalan yang tertutup kepada semua pengaruh yang negatif dan mematahkan semangat.
4. Mengadakan jalinan yang baik dengan seseorang atau golongan individu yang sentiasa memberi semangat kepada nada baik dalam perancangan mahupun tujuan.

Langkah yang berharga ini merupakan jaminan tiket untuk memasuki gelanggang imbalan yang cukup mahal harganya bagi apa yang kita cita-citakan dalam hidup kita.

IDOLA KETABAHAN

RasulullahSAW merupakanpemimpin terunggul dan kaunselor yang terbijak didunia. Ketabahan baginda SAW dengan memiliki kemantapan iman,keikhlasan yang tinggi kerana AllahSWT serta kesungguhan usaha dan konsep tawakkal yang hakiki telah mencetuskan kejayaan kepada masyarakat Islam dan menggemilangkan Islam seantero dunia. Suntikan ketabahan yang dipamerkan oleh RasulullahSAW ini telah melahirkan Generasi Rabbani yang tahan uji,istiqamah dengan prinsip perjuangan dan memiliki motivasi yang timggi untuk maju di dunia dan akhirat serta berjaya menggenggam dunia di tangan mereka dan meletakakn akhirat di hati mereka.

Natijahnya,manusia melihat hamparan keizzahan Islam yang menghijau di bumi ini dengan beridolakan Nabi Muhammad SAW dan berpegang teguh dengan Al Quran dan Sunnah.

Firman AllahSWT yang bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?." (Al Ankabut:2)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal masih belum nyata bagi orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar." (Al Imran:142)

Sabda RasulullahSAW yang bermaksud:
"Orang yang banyak mengalami ujian ialah para anbiya',kemudian yang lebih mulia-mulia,kemudian mulia-mulia. Seseorang itu akan diuji mengikut agamanya. Jika dia kuat berpegang dengan agamanya maka ujiannya adalah hebat(kuat). Jika agamanya lembut maka ujian adalah mengikut kadar agamanya itu."

Keberanian dan Ketabahan Rasulullah..



MediaMuslim.Info – Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam mempunyai keberanian yang mengagumkan dan tiada tandingannya dalam membela agama dan menegakkan kalimatullah Ta’ala. Beliau mempergunakan nikmat-nikmat Alloh Subhanahu wa Ta’ala yang dicurahkan atas beliau pada tempat yang semestinya. ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha telah mengungkapkan hal itu dalam sebuah hadits, yang artinya: “Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah sama sekali memukul seorangpun kecuali dalam rangka berjihad di jalan Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Beliau tidak pernah memukul pelayan dan kaum wanita.” (HR: Muslim)

Di antara bukti keberanian beliau adalah kegigihan beliau dalam mendakwahkan agama Islam seorang diri menghadapi kaum kafir Quraisy dan pemuka-pemuka-nya. Demikian juga keteguhan beliau di atas keyakinan tersebut hingga Alloh Subhanahu wa Ta’ala menurunkan pertolongan-Nya. Beliau tidak pernah mengeluh atau berkata: “Tidak ada yang sudi menyertaiku, sedangkan orang-orang semuanya memusuhiku.” Akan tetapi beliau bersandar serta bertawakkal kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala dan tetap meneruskan perjuangan dakwah beliau.

Beliau adalah seorang pemberani dan sangat teguh dalam memegang dan melaksanakan pendirian. Ketika orang-orang lari bercerai berai, beliau tetap teguh bagaikan karang.

Beliau mengasingkan diri untuk beribadah di gua Hira’ selama beberapa tahun. Kala itu beliau belum merasakan gangguan dan orang-orang Quraisy pun belum memerangi beliau. Kaum kafir itu tidak menembakkan sebatang anak panah pun dari busurnya kecuali setelah beliau menyebarkan aqidah tauhid dan memerintahkan untuk memurnikan ibadah mereka kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala semata. Beliau sangat mengherankan ucapan kaum kafir sebagaimana yang difirmankan Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Katakanlah: “Siapakah yang memberi rizki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan” Maka mereka menjawab:”Alloh”. Maka katakanlah: “Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?” (QS: Yunus: 31)

Sementara itu mereka menjadikan berhala-berhala sebagai perantara antara mereka dengan Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Sebagaimana yang Alloh Subhanahu wa Ta’ala firmankan, yang artinya: “Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya”. (QS: Az-Zumar: 3)

Padahal mereka juga meyakini tauhid Rububiyah, sebagaimana yang diungkapkan Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Katakanlah: “Siapakah yang memberikan rizki kepada kalian dari langit dan bumi?” mereka akan menjawab: “Alloh”.

Wahai saudaraku, lihatlah praktek-praktek syirik yang bertebaran di seantero negeri-negeri kaum muslimin, seperti memohon kepada orang yang sudah mati, bertawassul dengan perantaraan mereka, bernadzar karena mereka, takut serta mengharap kepada mereka. Sampai-sampai terputus hubungan antara mereka dengan Alloh Subhanahu wa Ta’ala disebabkan kemusyrikan yang mereka lakukan. Mereka telah menempatkan orang-orang yang sudah mati setara dengan kedudukan Dzat Yang Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang artinya: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (se-suatu dengan) Alloh, maka pasti Alloh mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (QS: Al-Maidah: 72)

Sekarang kita beranjak dari rumah beliau menuju gunung yang berada di sebelah utara. Itulah gunung Uhud, disitulah terjadi peristiwa besar yang menunjukkan keperkasaan Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam dan keteguhan serta kesabaran beliau atas luka yang diderita pada peperangan tersebut. Pada waktu itu wajah beliau yang mulia terluka dan beberapa gigi beliau patah serta kepala beliau terkoyak.

Sahal bin Sa’ad menceritakan kepada kita tentang luka yang diderita beliau . Ia berkata: “Demi Alloh Subhanahu wa Ta’ala, aku benar-benar mengetahui siapakah yang mencuci luka Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam, siapakah yang menyiramkan airnya dan dengan apa luka itu diobati.” Ia melanjutkan: “Fathimah radhiyallahu ‘anha putri beliaulah yang mencuci luka tersebut, sementara Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu menyiramkan airnya dengan perisai. Namun ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha melihat siraman air tersebut hanya menambah deras darah yang mengucur dari luka beliau, ia segera mengambil secarik tikar lalu membakarnya kemudian membungkus luka tersebut hingga darah berhenti mengucur. Pada peristiwa itu gigi beliau patah, wajah beliau terluka dan kepala beliau terkoyak lebar.” (HR: Al-Bukhari)

Al-Abbas bin Abdul Muththalib radhiallaahu anhu menceritakan kepahlawanan Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam dalam peperangan Hunain. Ia berkata: “Ketika pasukan kaum muslimin tercerai berai, Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam justru memacu bighalnya ke arah pasukan kaum kafir, sementara aku terus memegang tali kekang bighal tersebut supaya tidak melaju dengan cepat. Saat itu beliau berkata: “Aku adalah seorang nabi bukanlah pendusta. Aku adalah cucu Abdul Muththalib.” (HR: Muslim)

Sementara itu, penunggang kuda yang gagah berani, yang sudah masyhur dan terkenal dengan kisah-kisah kepahlawanannya, yaitu Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu menceritakan keberanian Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai berikut: “Apabila dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kamipun berlindung di belakang Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam, tidak ada seorangpun yang paling dekat kepada musuh daripada beliau.” (HR. Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah , silakan lihat di dalam Shahih Muslim III / no.1401)

Kesabaran Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam dalam menyebarkan dakwah pantas dijadikan contoh dan teladan yang baik. Hingga akhirnya Alloh Subhanahu wa Ta’ala menegakkan pilar-pilar Islam dan melebarkan sayapnya di segenap pelosok jazirah Arab, negeri Syam dan negeri-negeri di seberang sungai Tigris. Hingga tidak tersisa satu rumahpun kecuali telah dimasuki cahaya Islam.

Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, yang artinya: “Sesungguhnya aku telah mendapat berbagai teror dan ancaman karena membela agama Alloh . Dan tidak ada seorangpun yang mendapat teror seperti itu. aku telah mendapat berbagai macam gangguan karena menegakkan agama Alloh . Dan tidak seorangpun yang mendapat gangguan seperti itu. Sehingga pernah kualami selama 30 hari 30 malam, aku dan Bilal tidak mempunyai sepotong makanan pun yang layak untuk dimakan manusia kecuali sedikit makanan yang hanya dapat dipergunakan untuk menutupi ketiak Bilal.” (HR: At-Tirmidzi dan Ahmad)

Walaupun harta dan ghanimah serta perbenda-haraan dunia dari kemenangan yang diberikan Alloh Subhanahu wa Ta’ala kepada beliau terus mengalir, namun Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam tidak mewariskan sesuatupun kepada umatnya, tidak dinar maupun dirham, beliau hanya mewariskan ilmu. Itulah warisan nubuwat, barangsiapa yang ingin mengambilnya, maka silakan maju untuk mengambilnya dan selamat berbahagia menerima warisan yang agung itu.

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan: “Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam tidak meninggalkan dinar, tidak pula dirham, tidak meninggalkan kambing, tidak pula unta. Beliau tidak mewasiatkan harta apapun.” (HR: Muslim)

(Sumber Rujukan: Sehari Di Kediaman Rasululloh Shallallahu’alaihi Wasallam, Asy-Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...