Sunday, May 15, 2011

Hati,


Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

SIBUKNYE KAMU.....................

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.

Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya.

Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah. Ketika orang ramai sibuk beribadah seperti mana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat, zaman tabi'in dan zaman solafus soleh. Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita. Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja. Tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat.

Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah, tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu. Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? nak sambut menantu dan menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk. Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih. Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah. Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,

"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah. Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah. Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik itu berada dalam niat ibadah. Hati elemen yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda,

"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Kenal, kasih dan korban

Kenal, kasih dan korban. Itulah kunci dalam tarbiyyah(pendidikan). Kenal membuahkan kasih, kasih pula melahirkan pengorbanan. Pengorbanan itulah hasil tarbiyyah yang paling gah. Segah tembok besar negeri China, sekadar dijerit dan disalak tidak mungkin roboh menyembah bumi.

Terpegun kita mendengar cerita-cerita pengorbanan. Seronok didengar, bersemangat selepas mendengar, tapi bila sampai kepada giliran kita, kita lari mencicit kebelakang. Pengorbanan hanyalah sekadar laungan lantang di mulut. Cerita pengorbanan hanyalah untuk diakhiri dengan aliran air mata sahaja.

Susah benar untuk membentuk kenal. Manusia bermacam ragam. Kenal bukanlah sekadar tahu nama, asal dari mana, ambil bidang apa, tetapi kenal itu adalah kenal yang sedalam-dalamnya, luas maksudnya. Naqib saya di sekolah dahulu, mendefinisikan kenal yang paling hebat ialah masuk ke rumah sahabat dan menjejak tandas dirumahnya, lalu melangsaikan hajat disitu. Ketawa besar kami dikala itu.

Maka itulah kenal yang tersangat ajaib. Daripada kenal yang sangat ajaib ini, kasih berputik memekar. Kasih itulah yang dikatakan ukhuwwah. Kasih inilah fitrah manusia. Semua tahu kasih tidak boleh dibuat-buat, apatah lagi dipaksa-paksa. Kasih tidak mungkin terjadi dengan taburan dan lontaran wang ringgit, tidak juga dengan tawaran habuan kesenangan dunia tetapi ianya terlahir dari kenal yang mendalam.

Nabi S.A.W pesan kepada kita,

"Tidaklah beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" - Hadits Riwayat al-Tirmidzi

Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik insan yang memiliki teladan sifat kasih. Baginda mengasihi sahabat , sahabat pula teramat-amat mengasihi baginda. Sehinggakan Umar tidak dapat menerima kemangkatan Baginda, lalu Abu Bakar memujuk-mujuk Umar.

Sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah wafat tetapi siapa yang menyembah Allah swt Dia kekal abadi.

Kenyataan Abu Bakar dibantu oleh firman Allah swt yang bermaksud:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? – (Ali Imran : 144.)

Demikianlah sebuah kasih agung yang terukir didalam sejarah.

Bermula dengan kasih, akan tertonjol pengorbanan di penghujungnya. Namun malang, banyak manusia tersalah memberi kasih, diakhirnya tersalah memberi pengorbanan. Adapun di IPT semakin banyak pengorbanan belayar di bahtera-bahtera haram tanpa lesen L, P mahupun kompeten. Buahnya ialah rencana-rencana di dada akhbar, bayi dicampak dalam tong sampah. Paling durjana, bayi dibakar.

Tapi, itulah pengorbanan. Bermula dari kenal, kemudian berputik kasih. Sifirnya mudah, salah kenal, maka kasihnya juga akan tersalur ke jalan yang salah.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pernah cakap,

"Tarbiyyah yang paling ulung ialah tarbiyyah yang mampu melahirkan manusia yang sanggup berkorban"

Justeru, pengorbanan yang sepertimana yang perlu tertanam dalam diri umat ini? Sedangkan kita digolongkan sebagai umat terbaik, dengan beberapa kriteria mudah yang Allah gariskan, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada-Nya.

Sebelum kita mulakan langkah berkorban. Ayuh kita kenal apa yang perlu kita korbankan berdasarkan status kita sebagai umat terbaik. Kita mesti kenal dan tahu kenapa kita mesti berkorban.

Jomlah kita kenali perjuangan kita. Semestinya, jelasnya kenal kita ini kepada perjuangan akan membawa kepada muncul kasih untuk menghulurkan pengorbanan ke arah meng-izzah-kan Islam. Kenal dengan orang-orang yang berjuang akan dapat menyemai kasih dan menyuburkan Ukhuwah Islamiyah.

Datanglah tohmahan, ujian, tawaran dunia, emas, wang ringgit. Kesemua itu dikesampingkan apabila kenal dengan perjuangan. Datanglah keletihan, semua itu lenyap sama sekali dek kerana Ukhuwah Islamiyyah meleburkannya. Itulah keramatnya kenal, kasih dan korban.

Tapi awas, jika terus berkorban tanpa bermula dengan kenal yang baik. Maka jangan hairanlah, satu hari nanti pengorbanan itu hanyalah sekerat jalan saja. Gugur tiada pusara, menjadi bualan orang, malu sepanjang zaman!

Saturday, May 14, 2011

lawatan ke rumah org tua

assalamualikum sahabat semua....apa kabar moga-moga sihat2 selalu..ana nak share dgan sahabat semua...lawatan ke rumah orang tua-tua di gopeng perak....

sedih sangat ana tengok opah yang terlantar dikatil....
yang dah nyanyok....
tapi masih berharap anak dan cucu hadir ziarah mereka...

tersentuh hati ana bila opah ni cakap opah rindu anak opah...
tak sampai ati ana nak tengok wajah tua yang sarat degan kerinduan..
yang amat merindui anaknya..





Terasa sedih tengok org2 tua yg tinggal kt c2...
opah tak nak duduk kat cni opah nak duduk rumah opah...
tp anak anak opah hantar jugak ke cni,,
ye la opah ni pengotor tak boleh duduk dengan depa..
apalah erti hari ibu seandainya mereka tidah pernah menghargai ibu................
ibu sepatutnya perlu diingati dan dihargai setiap hari, bukannya hanya pada hari ibu sahaja... Berilah sedikit perhormatan terhadap ibu yang telah membesarkan kita anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya hari ini..........



MAK BLH JAGA 10 ORANG ANAK TP 10 ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJGA SEORANG IBU...........

hiba ati ana mendengar ungkapan seorang ibu....
hargaila ibu bapa antum semua selagi mereka masih ada hayat
berbakti lah kepada mereka....

MAK SY SAYANG MAK......MAK SY SAYANG MAK......MAK SY SAYANG MAK......
MAK SY SAYANG MAK......MAK SY SAYANG MAK......MAK SY SAYANG MAK......
MAK SY SAYANG MAK......MAK SY SAYANG MAK......MAK SY SAYANG MAK......

33 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna.... istiqamah.....


istiqamah.....
1.Solat tepat waktu
2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah,
4.alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5.Tidak mengeluh dengan masalah r...emeh kehid...upan hariannya.
6.Bercakap dengan rendah suara.
7.Lembut dan halus tingkahlakunya.
8.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
11.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12.Pandai mengambil hati orang tua.
13.Menghormati dan taat ibubapa.
14.Kesayangan keluarga dan tetangga.
15.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
17.Rambut tak diwarnakan.
18.Banyak dan murah dengan senyuman.
19.Banyak mendengar dari bercakap.
20.Senyuman adalah ketawanya.
21.Tidak ketawa terbahak-bahak.
22.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah. 24.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat. 25.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya. 28.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
29.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
30.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
31.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain. 32.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
33.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit tangan, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki. oleh Kalam Musafir

Monday, May 9, 2011

Kecelaruan Emosi


Pada saatnya mata tak lagi mampu menitiskan,

Pada saat bibir tak lagi mampu meluahkan,

Pada saat jiwa tak lagi mampu bertahan...

Penalah teman setia luahan perasaan.

Hanya daripadaNya aku memohon kekuatan.

Ya Rabbi Ana al 'Abd...




Lidah terkelu...

Mencari-cari kata-kata yg klise untuk menggambarkan kesedihan.
Tiada kata lagi yg layak terucap.

Pada saat ini,hanyalah hati yg boleh berkata-kata.

Sedang pena tak lagi mampu memberi kesan.

Ujian ini benar-benar menguji.

Khuatir diri ini takkan termampu...

Serahkan semuanya pd Allah.

Entah berapa kali sy cuba pujuk diri.
Tapi entahlah...
Kenapa tak pernah nak lega?
ya allah......

Memaafkan Untuk Syurga





Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat

Wednesday, May 4, 2011

Puisi Doa dan Cinta Buat Ibu

























Aku Mencintaimu ibu..
Ibu..
Kau memberikan separuh hidupmu..
Memberikan banyak cinta untukku sepanjang hidupmu..
Menjadi tempat mengaduku..
Kau memberikan semangat untukku..
Memberikan waktumu untukku..
Hanya kau wanita yang paling kucintai di dunia ini..




Ibu..
Hanya kau yang mempunyai waktu untuk mencintaiku..
Ibu..
Hanya air matamu yang mengalir untukku..
Ibu..
Hanya engkau yang menyerahkan nyawamu untuk menyelamatkanku..

Hanya ada uluran tanganmu ketika aku menangis..
Hanya ada senyummu ketika aku bersedih..
Hanya ada tawamu ketika aku senang..

Ibu..
Hanya engkau yang ada dalam hatiku
Ibu..
Seandainya aku bisa menghapus air matamu..
Seandainya ibu tahu aku juga merasakan pedihnya hatimu..
Aku merasakan jika ibu sedang sedih..
Tapi gadis kecilmu ini tidak dapat berbuat seperti yang ibu lakukan padaku..

Ibu..
Seandainya aku bisa menggantikan kesedihan ibu dengan tawaku..
Seandainya aku bisa memberikan nyawa ini walau hanya separuh dari nyawaku..
Seperti yang ibu lakukan ketika melahirkan aku..

Seandainya aku bisa menjadi tempat mengadumu..
Seperti aku yang bisa mengadu padamu..

Aku hanya ingin menyapu air matamu, ibu….
Aku juga ingin merasakan perih dan pedih yang ibu rasakan
Ibu..
Sejuta cintaku
Sejuta kasihku
Sejuta perhatianku
Dan sejuta sujudku ditelapak kakimu…

Allah
Angkatlah beban ibuku…
Hanya Engkau yang bisa
Karena hanya Engkau tempat mengadu ibuku..

Ibu
Aku mencintaimu dengan sepenuh hati dan jiwaku

Hanya untuk ibu seorang..

Puisi Doa dan Cinta Buat Ibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...