Wednesday, May 30, 2012

ya allah izinkan aku mengecapi bahgiamu..




Dalam asyiknya dengkuran yang bergema,
Ada seorang hamba yang masih tegar berdiri,
Terkumat kamit mulutnya, lambat-lambat gerak bibirnya,
Matanya rapat dipejamkan,
sehingga ada air yang berlinang di kelopak matanya.

Aku memerhati dari jauh,
Entah mengapa aku ingin sekali memerhati dan memahami,
Apa yang sedang dia cuba lakukan,
Makin lama aku selami, rupa-rupanya dia adalah aku.

Itu adalah aku yang cuba khusyuk,
Itu adalah aku yang cuba melupakan sekejap realiti ini,
Hanya pada saat ini saja,
Tetapi, jelas sekali aku masih gagal,
Kerna ada sesuatu yang mula berbisik di kedua belah telingaku,
Hati yang mula dijentik dengan pelbagai perasaan,
Aku lemas dalam lamunan,
Fikiranku semakin dibawa melayang jauh entah ke mana,
Jauh, sangat jauh..

Rupa-rupanya aku kini terpenjara dalam rasa sesalanku sendiri,
Aku melihat dosa-dosa semalam yang telah aku lukiskan,
Asyiknya aku bergelumang dengan dosa tika itu,
Tapi, pekatnya malam itu telah membuatkan aku tersungkur,
Aku rebah, aku menjadi resah, aku makin gelisah.

Tatkala aku meraba-raba dalam kegelapan itu,
Tiba-tiba, aku terdengar satu kalimah,
ALLAHUAKHBAR…
Aku terpana, aku terkesima,
Laungan azan yang berkemundang itu telah mengetuk pintu hatiku,
Entah dari mana datangnya kudrat untuk aku bangkit,
Cepat-cepat aku bangun,
Bangun untuk membersihkan diri aku ini,
Ingin aku buangkan semua palitan lumpur dosa dan noda yang menyelaputi,
Aku malu, kerana satu masa lalu,
Aku turutkan hawa nafsuku sehingga aku berpaling dari menerima cintaMu.

ALLAH..
Baru aku mengerti kini, bahawa sesungguhnya cintaMu itu terlalu agung,
cinta yang disandarkan padaMu tidak akan pernah sesekali menyakitkan,
dan malam ini, di tikar sejadah usang aku kini kembali,
kembali untuk aku mengubati kesakitan ini.

Tuhan, berikan aku secebis keampunan dariMu,
Aku mohon, aku merayu dengan sepenuh pengharapan,
Masihkah ada tempat untuk aku kembali?
Dalam khayalan itu, aku terus melengkapkan rukuk dan sujudku,
Lantas tanganku tadah, jiwaku berserah,
Dengan harapan yang penuh keinsafan, lalu hatiku berbicara,
Tuhan, izinkan aku kembali..

Monday, May 21, 2012

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): CINTA TANPA NODA

Sebarkan Bahagia ( Blog Fatimah Syarha ): CINTA TANPA NODA: Marilah kita bersatu dengan si dia dengan kenangan cinta tanpa noda ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA... Tak mampu...

Sunday, May 20, 2012

perjalanan yang amat menyeronokkan

asslamualikum 
sahabat2 yang ana kasihi kerana allah....


perjalanan yang sungguh menyeronokkan terima kasih ya allah 
memberi nikmat ukhwah ini...


perjalanan dari ip-mj - hkk - mukk - spi - pp - mn - mg dan berakhir ke .............
huhuhu kalo ke kl ni dh sampai kot hehehe


perjalanan yang amat menyeronokan 
pengorbanan kalian ana takkan lupe sampai bile2...
walaupun ape yang berlaku ingat jgn lupe GPS IMAN...


pesanan dari penaja sentiasa bermanis muka dalam senang atau susah huhuhuhu..kekuatan ukhwah diuji untuk menguji sejauh mane ukhwah kita semua...


ukhwah ini tidak akan telerai walaupun badai melanda ingat ye wahai sahabat-sahabat yang ana kasihi.




Tuesday, May 8, 2012

UNIC - Langkah Tercipta

Du'a ft.Ustaz Amal - Sahaja Aku Mencintai-Mu (Lirik)

ketakutan.........keberanian .............kesungguhan

assalamualikum
sahabat yang ana kasihi kerana allah...
ana rasa sangat teruja n bersyukur kehahdrat ilahi kerana memberi kesempatan kepada ana untuk melihat
kekuasaan Mu...

ketakutan, mimpi ngeri yang membelenggu ana sekian lama telah terhapus dengan sedikit demi sedikit..permulaan Allah je yang tahu bertapa debarnya jantung ini nak menghadapi...nak menyaksikan...
kuatkan semgat demi Allah..demi  Islam..

sesungguhnya ketakutan n mimpi ngeri yang ana hadapi membuatkan ana tak mampu untuk pergi....kerana kehampaan yang tidak dapt di bendung membuat ana terus menyepikan diri....maaf bukan niat ana untuk berbuat sedemikian....ana ada sebab musababnya............

alhamdulillah syukur Ya Allah engkau memberi kesempatan ini untuk aku buktikan untuk aku mengatasi ketakutan, kelemahan ini...doakan ana sentiasa Istiqamah.....

Sunday, April 29, 2012

nak jadi tin kosong or tin yang berisi......

asslamualikum sahabat yang ana kasihi kerana allah..
terasa sayu takkala memikirkan masa yang yang telah belaku...

adakah kita nak jadi
 tin yang kosong dgan bunyi sahaja gah tapi takde ape2..
atau kita nak jadi ting yang penuh dengan sarat isinya..
pikrkan sahabat2....??????????

jawab la sendiri....fikir dengan  fikiran yang positif ...
sejauh mane hidup ini jika kita hanya menerima .....
bila n kapan n kita untuk memberi .....???????

ayat ni terngiang di dalam kepala ana......
tatkala seorg ustazah bercakap melihat adik2 yang dikasihi seperti berada didalam mimpi...
tidak berpijak dialam realiti....


sejauh mane AGAMA Yang kita anuti,
AGAMA yang kita pertahankan kita biar AGAMA kita diperlekahkan oleh mereka yang jalil....
dimana antum............akhi..............ukhti..........
ayuh kita semarakan jihad kita kerana ALLAH,

wahai adikku yang disayangi kerana allah buka la mata antum2 semua sedarla sayang....
lihat la keadaan sekeliling mu..lihat..lihat..lihat...

lihat la sayang..lihat la dengan iman...lihat la....

berkata benar walaupun ia pahit......





Thursday, April 26, 2012

asam pedas huhuhu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kerat ikan krmbung, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa (@ serbuk perasa)
3/4 cawan cili kisar
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masa tumis ni kan letak 1/2 camca teh garam dan sedikit serbuk perasa (jika guna).
  2. Tuang air secukupnya. Kacau dan tambah sawi jeruk (tos dan perah). Bila mendidih, masukkan ikan dan tuang jus asam jawa, kacau perlahan dan sederhanakan api. Biar mendidih hingga ikan masak.
  3. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan bila ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan ulam-ulamman..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...