Tuesday, June 12, 2012

buat PARA AN-NISA yang berasa LEMAH






Ketika diri berasa letih dan lemah,kita mencari sumber kekuatan dan tenaga.
Ketika rasa keseorangan dan kesepian,hati tercari-cari di mana sumber teman dan kasih sayang.
Di saat kita tiada tempat bergantung kita tiada tempat bergantung,hati teringat kepada Dia,kita seru nama Dia lalu Dia hadir mengisi kekosongan hati dan jiwa kita melebihi cinta yang kita berikan selama ini.
Di saat hati bersedih dalam kedukaan,Dialah penawar hakiki.Kehadirannya mula dirasai.
Dialah Allah yang sentiasa menyapa minda dan rasa.
Dialah AR-RAHMAN(Maha Pemurah) AR-RAHIM (Maha Penyayang).


An-nisa…Saya bukan orang yang tabah juga..sebelum ini saya selalu menangis tapi Allah tetap menjadi tempat mengadu.Saya harap kata-kata dan perbuatan saya dapat membuatkan orang lain bersemangat,walaupun saya sebenarnya saya lemah juga.Lepas ini an-nisa rajin-rajinkanlah diri dengan membaca majalah dakwah untuk kita tambah ilmu.Kita kena berjuang..lagipun kita menjadi contoh kepada yang lain.Kita kena menjaga tingkah laku,percakapan dan penampilan sebagai penuntut ilmu Islam.“Sesiapa yang dapat merungkai kemusykilan saudaranya insyaAllah barang tentu Allah memberi laluan mudah kepadanya..” InsyaAllah dengan membantu an-nisa,Allah membantu aqlini juga..Orang yang berusaha tuntut ilmu lebih baik berbanding orang yang tak mahu mencari ilmu.

Kelemahan bukan untuk dirintihkan tapi tapi peluang keemasan untuk saling melengkapkan.Ingatlah mafhum sabda junjungan:“Jika Allah mencintai sesuatu kaum,Dia akan mengujinya.Sesiapa yang redha dengan Allah,Allah redha dengannya.”


APABILA ALLAH BERIKAN KITA SUATU SITUASI,DIA TELAH MEMASTIKAN KITA CUKUP KUAT UNTUK MENGHADAPINYA


An-nisa,di samping berusaha,banyakkan berdoa,jangan dikatakan sebagai hamba Allah yang sombong.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “hendaklah setiap daripada kamu memohon kepada Allah apa-apa yang dia perlukan,walaupun meminta daripadaNya tali kasutnya yang terputus.”(Mishkat al-Masabih,hadis hasan)

Tambahan lagi,an-nisa,bila kita berusaha menuntut ilmu Allah itu dikira kita memperjuangkan agamaNya,walaupun kita bukan atau belum lagi menjadi ustazah,orang akan tetap gelar kita ustazah kerana kita memperjuangkan agama Allah dan berusaha sebarkannya.Orang yang menghargai ilmu yang kita sebarkan akan bersyukur dan mendoakan yang baik-baik untuk kita.Malah,kita disayangi ramai kerana Allah mengangkat darjat kita di mata insan-insan lain.

Allah berfirman dalam Surah Muhammad,ayat 7 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman,kalau kamu membela agama Allah,nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Lepas ini kita sama-sama berusaha dan jangan cepat mengalah,tanggungjawab kita besar.Lepas ini juga kita sama-sama perbaiki diri dari segi pergaulan,percakapan dan penampilan.Biar orang cakap kita kolot sebab kita tutup aurat.Biar orang kata kita lembut atau lembik dan biar kita hanya bercakap perkara yang tak sia-sia.Kalau kesabaran kita diuji kerana sikap kawan,kita berterus terang padanya dengan cara yang baik dan elakkan membuka aib orang dan pekakkan telinga bila orang lain mengumpat sebab walaupun kita melabuhkan tudung dan pakaian tapi kita menyertai orang yang mengumpat,sekelip mata orang pandang rendah pada kita.Kita sama-sama mencari keredhaan Allah dan jadi wanita solehah.Wanita solehah hadirnya bagai angin,sepintas lalu tetapi mendamaikan hati…Kita berusaha sama-sama ya an-nisa??Jangan risau..kita tak keseorangan.Jangan jadikan orang yang tidak baik sebagai ikutan tapi kita sendiri berusaha jadi baik,sebab Allah sentiasa melindungi kita,insyaAllah.

ALLAH SEDIAKAN UJIAN DALAM BENTUK PENGALAMAN YANG MEMBUATKAN SI HAMBA MENYEDARI KELEMAHAN DIRINYA LALU MENCARI ALLAH YANG MAHA KUAT SEBAGAI TEMPAT PERGANTUNGAN DAN PERSANDARAN.
FIRMAN ALLAH: “MAHA SUCI ALLAH YANG MENGUASAI (SEGALA) KERAJAAN.DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU” (AL-MULK: 1)

Jangan lupa an-nisa..walau sekecil-kecil ujian yang datang,Allah nak uji kesabaran dan keimanan kita.Jangan berhenti berdoa sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya.Hal yang terindah bagi wanita bukan pada saat dia tersenyum bahagia sahaja tetapi saat air matanya menitis dalam doa.Bukan juga kerana kata-katanya yang indah tetapi saat bibirnya basah dengan zikrullah.Bukan kerana kecantikan yang mempesona tetapi sujudnya dia pada Allah.Bukan kerana keelokan tubuhnya tetapi kerana keteguhannya dalam menutup aurat.Jaga kesucian hati dengan banyak berzikir untuk menerima nasihat kerana “orang yang selalu menyediakan dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah;orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain,tandanya ia akan menerima kemuliaan daripada Allah,berasa dirinya hina dalam ibadat dan bertaat kepada Allah taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan lebih menghindarkan diri daripada nasihat.” (nasihat lukamnul hakim kepada anaknya)Uhibbukum fillah,an-nisa..mencintai kalian kerana Allah..


ADAKALANYA ALLAH MENGHANTAR HAMBANYA YANG LAIN UNTUK MENYEDARKAN BAHAWA FIKIRAN DAN PERASAAN KITA SEDANG MULA MEMBIAS MENJAUHI JALAN KEBAHAGIAAN


An-nisa..setiap yang berlaku ada hikmahnya,mula-mula saya rasa hiba bila berjauhan dari tempat yang saya harapkan tetapi saya faham sebab mungkin Allah menentukan sesuatu yang halus untuk kita semua.Saya tak mulia seperti yang awak katakan walaupun saya berkata-kata tentang agama,tapi saya harap harap memperoleh rakan seperjuangan dalam memperbaiki diri.Saya masih dalam hijrah fillah,insyaAlllah ALLAH SWT membantu kita.Salam imtihan buat para an-nisa..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...