Thursday, August 2, 2012

...Nasi Kabsa...


Nasi Kabsa




assalamualiku sahabat2 yang ana kasihi kerana allah 
emm ari nie teringat nasi nie masa mkn kat restoren zam zam shah alam 
sedapnye
makan tak ingat dh sape de kiri kanan...haahhaha malu dh habis makan 
br pandang bos hahahahah
sedap tak terkata t leh p lg hehehe.
nie mai kita try buat...

Nasi Kabsa

Bahan :

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang

3 pot/cwn beras basmati - cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot - diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam @ kering - dicucuk bahagian tengahnya 
1 biji lada bengala merah (red capsicum) -  dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji @ serbuk
2 biji cili merah -  jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)





Cara penyediaan:


Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis,
 bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih 
dan bawang besar dan goreng sehingga wangi. 


Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan
 rempah kabsa dan goreng sebentar.


Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.





Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 
 


Masukkan karot, capsicum, cili merah,
 kismis dan beras.





Masukkan air panas secukupnya dan masaklah
 nasi sehingga masak. 
 


Kacau @ gembur nasi bila nasi betul2 masak,
 selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.


Nota :

Untuk lemon kering tu gantikan dgn sedikit perahan lemon.

Untuk sukatan air, setelah ayam masak,
 terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi 
 kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. 

Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras.
 tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...