Monday, August 2, 2010

Semina Hak Wanita Menurut Perundangan Islam


Dewasa ini seringkali kedengaran isu penceraian dan masalah rumahtangga menjadi tajuk utama di dada akhbar. Dan acapkali yang menjadi mangsa dalam permasalahan rumahtangga adalah para isteri atau wanita. Kebanyakan wanita juga mungkin kurang atau ada yang langsung tidak tahu apakah hak mereka dalam perundangan Islam.

Seminar Hak Wanita Dalam Perundangan Islam bertujuan memberi pendedahan lengkap dan terperinci apakah hak-hak yang boleh dituntut bagi membela diri dan menegakkan kebenaran mengikut undang-undang Islam dan mengetahui prosedur-prosedur Mahkamah Syariah di Malaysia terutamanya dalam isu perceraian, tuntutan nafkah, poligami, pembahagian harta, seperti faraid, wasiat, hibah,harta sepencarian wang peningglan KWSP dan lain – lain.

Kebanyakan wanita akan mengambil sikap berdiam diri atau tidak kisah atau rela diperlakukan sewenang-wenangnya samada oleh para suami yang tidak bertanggungjawab atau apabila timbul masalah rumahtangga. Seminar ini juga berharap agar para wanita bersedia dan mengambil langkah sewajarnya serta bertindak dengan bijak apabila berlaku sebarang isu dalam rumahtangga.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kefahaman mengenai hak-hak wanita dalam Islam , khususnya dalam hal tuntutan nafkah, perceraian, isu poligami, pembahagian harta dan sebagainya.
2. Memberi kesedaran tentang hak-hak wanita dalam undang-undang Syariah di Malaysia.
3. Memberi ruang atau platform kepada wanita untuk berkongsi masalah berkaitan isu-isu wanita
4. Membincangkan bagaimana kaedah wanita bersama-sama dapat membantu rakan-rakan yang mengalami masalah.


Dalam seminar tersebut juga, kita akan sama-sama meninjau persoalan-persoalan yang seringkali bermain di fikiran wanita Islam seperti:

1. Adakah orang Islam dibenarkan meninggalkan wasiat?
2. Bagaimanakah pembahagian harta sekiranya suami meninggal dunia terutama jika tiada anak lelaki?
3. Kalau suami mahu berkahwin lagi adakah si isteri wajib membenarkanya?
4. Apakah hak isteri yang tidak bekerja terhadap harta sepencarian?
5. Apakah yang boleh dilakukan jika dipukul atau didera oleh suami?
6. Apakah yang dapat dilakukan sekiranya suami tidak memberikan kerjasama dalam urusan perceraian, nafkah dan sebagainya. Bagaimanakah mendapatkan khidmat peguam dan apakah tanggungjawab peguam?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...