Saturday, May 22, 2010

Kenapa Allah lebih cinta org MUDA yg berTaUBaT berbanding org tua?

Assalammualaikum. ..

Bismillahir rahman nirrahim...

Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan
kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan
memohon keampunan. Manusia tidak sunyi
daripada melakukan salah dan silap, maka perlu
sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah.
Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat
sentiasa menunggu permohonan taubat daripada
hamba-Nya.

Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang
berusia muda agar gemar bertaubat, tidak
menunggu usia tua kerana usia muda tidak
menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.
Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa
mengingati hal kematian dan berusaha untuk
menyediakan bekalan untuknya. Sesungguhnya,
Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang
muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa
mengikut ketentuan-Nya.

Orang muda tidak dapat dinafikan mudah
terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan
perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh
persekitaran banyak membawa anak-anak muda
ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata
tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan
mereka daripada sudut pandangan agama. Agak
sukar menemui orang muda yang memiliki
ketekunan beribadah dan benar-benar beramal
soleh.

Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang
muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang
bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia
berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat
sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda
sudah berusaha membersihkan diri dan
mempunyai kesedaran yang mendalam untuk
menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.
Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan
Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-
hambaNya pada bila-bila masa.

ALLAH berfirman yang maksudnya:

"…Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya
Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang
berbuat baik."
(al-Baqarah: 195)

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih
kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang
yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya
baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja
kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah
kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan
kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah.
Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang
Allah.

Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman yang
maksudnya:

"Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku
lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
"Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi
aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih
cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku
cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta
lagi orang muda yang bertaubat."

Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang
seluas-luasnya kepada hamba-Nya untuk
bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari
terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum
nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu
itu pintu taubat sudah pun tertutup

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...