Wednesday, May 5, 2010

Naskah mama






Hari ini sama seperti hari-hari semalam.Mama masih terbaring kaku.Cuma kadang-kadang terdengar sayup-sayup alunan zikrullah bersilih ganti dengan deruan nafas mama.Wajah pucat mama , ku pandang sepi.Mama cuba mengukirkan senyuman taktala pandangan mata kami bertaut.Namun senyuman mama tak lagi seceria dulu.Aku tahu mama sedang berlawan dengan kesakitannya.Penyakit barah yang ditanggung mama sudah sampai ke tahap akhir.Kata doktor segalanya sudah tersurat.Kami hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa.

Sejak mama sakit kuat cuma aku yang berada di sisi mama.Itu permintaan mama.Walaupun along dan angah menawarkan diri untuk menjaga mama, tetapi mama menolak.Mungkin mama tak mahu membebankan mereka kerana mereka sendiri terikat dengan urusan kerja.Aku pula sedang menuggu keputusan spm dan tidak terikat dengan mana-mana urusan.Jadi tanggungjawab aku Cuma pada mama. Sejujurnya aku kagum dengan mama.Mama tak pernah mengeluh walaupun mama menghidapi penyakit yang bagi aku tiada penyembuhnya.Mama juga tidak seperti makcik Hanim, rakan sebilik mama di hospital yang akan menghentakkan kepalanya pada meja pabila di serang rasa sakit.Sebaliknya mama akan berzikir berulang-ulang kali sambil jari jemarinya kejap menggenggam tanganku.Aku tahu mama menanggung kesakitan yang teramat sangat.Aku sebak melihat mama terpaksa menanggung kesakitan. Saat itu, kolam airmataku mula pecah.

Pernah suatu ketika mama memelukku sambil membisikkan sesuatu pabila mama melihat aku menangis. “Amani tak patut menangis sayang.Sebenarnya Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita.Lebih berat dugaan yang kita hadapi, lebih banyak kasih sayang Allah kepada kita.Allah sayang mama, sebab itu Allah uji mama.Allah kurniakan pada mama anak-anak yang hebat dan sentiasa berada di sisi mama. Insyaallah, mama dapat tempuhi ujian Allah ini..”

Mama Mengeratkan lagi pelukannya.Buat entah ke berapa kalinya, air mata aku tumpah di bahu mama.Aku sayangkan mama.Aku tak sanggup kehilangan mama !!!!


Saban hari aku setia menemani mama.Aku jadi semakin akrab dengan mama.Aku kesal kerana aku jarang berbual, bermesra dan bersama dengan mama sebelum ini.Aku anak yang pentingkan diri. Aku pernah merajuk berhari-hari dengan mama kerana teguran mama.
“Mama tak nak Amani lalai dan tewas dengan bisikan nafsu duniawi.Amani adalah amanah Allah buat mama.Jadi, mama mahukan yang terbaik buat anak mama.Walaupun Amani tak macam along, angah, achik dan adik, mama tetap sayangkan Amani.Tak ada apa-apa yang boleh mengubah kasih sayang mama pada Amani kerna mama sedar iman tak boleh di warisi..”
Aku tersentak sewaktu mendengar kata-kata mama.

Memang benar..Aku tak seperti adik beradik aku yang lain.Aku tak bertudung labuh seperti angah dan adik.Aku juga melakarkan sejarah kerana menjadi satu-satunya anak mama yang memilih menyambung pelajaran bukan dari sekolah beraliran agama.Natijahnya, aku makin hanyut di buai kenikmatan duniawi. Namun, aku bersyukur kerana sekarang aku kembali rapat dengan mama.Aku juga semakin matang.Jauh di sudut hati aku bersyukur kerana Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima Hidayah-Nya.Tekadku Cuma satu.Aku ingin menjadi anak perempuan mama yang solehah.Aku tak sanggup mengkhianati kasih sayang mama dengan membuka mana2 pintu neraka buat mama.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa serta kekhilafan daku Ya Allah.Teguhkanlah imanku agar hamba-Mu ini sentiasa terpimpin di jalan yang di redhai-Mu.Amin.”

Hari demi hari mama semakin berjaya membentuk aku mengikut acuan islam.Kesihatan mama pula semakin membimbangkan aku.Walaupun mama hanya mampu berbaring, mama tak pernah jadikan semua itu alas an untuk berhenti beribadah pada Allah.Taktala sakit mama menyerang, mama tetap setia dengan alunan zikrullahnya.Mama benar-benar mengabdikan diri pada Dia Yang Maha Esa.Aku insaf melihat kesungguhan mama beribadah pada-Nya.Aku insaf !!!!

Seperti biasa, menjelang hujung minggu along dan angah akan ke pulang ke kampung untuk melawat mama.Adik yang demam turut berada di rumah.Cuma Achik yang tak dapat pulang kerana sedang menduduki peperiksaan di universiti.Selepas makan malam, aku menjenguk mama di bilik.Wajah mama tampak berseri-seri.Aku cukup gembira dengan perubahan kesihatan mama. Selang beberapa minit kemudian, angah keluar dari bilik mama sambil membawa satu bungkusan. Kemudian angah cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.Waktu itu aku lihat wajah angah suram dan matanya berkaca.Aku keliru.. Adakah angah menangis, tapi mengapa ?

Malam itu, tepat pukul 2.30 pagi aku terjaga kerana dikejutkan dengan bunyi helaan nafas mama.Secepat kilat aku membuka lampu dan mengejutkan semua.Kemudian, aku menghampiri mama.Aku belai wajah cengkung mama sambil memanggil mama.Namun panggilanku sepi tanpa suara. Aku pegang kaki mama.Sejuk.. Aku semakin kalut.Adakah masa mama sudah tiba? Aku genggam tangan mama sambil hatiku berdoa berkali-kali.

“Ya Allah..Aku sayangkan mama.Aku masih perlukan mama di samping aku.Aku tak sanggup kehilangan mama.Ya Tuhan, izinkanlah mama untuk terus bernafas di bumi-Mu ini”

Aku lihat along berulang kali membisikkan kalimah syahadah di telinga mama.angah dan adik pula mengongoi-mengongoi memanggil mama.Namun, mama tak menunjukkan sebarang reaksi.Masyaallah…

Aku dapat rasakan genggaman tangan mama tidak lagi sekejap tadi.Jantungku berdegup kencang..!! Akhirnya nafas mama terhenti secara tiba2.Mama pergi menemui Pencipta-Nya.Serentak dengan itu along memeluk aku, angah dan adik sambil membisikkan kata2 semangat. “Adik-adik along mesti kuat semangat.Kita mesti redha dengan pemergian mama.Setiap yang hidup pasti akan mati.Kalau kita sayangkan mama, tingkatkan amalan kita. Insyaallah, kita akan bertemu mama di syurga kelak..”

Saat itu, aku seolah olah terapung di angkasa.Aku hanyut di buai perasaan sedih, pilu dan terseksa.Sedar-sedar, aku berada dalam pelukan along tanpa setitik airmata. Usai urusan pengkebumian mama, aku berbaring di atas katil mama.Aku pejamkan mata dan mula membayangkan mama memelukku seperti biasa.Waktu itu, air mata ku mula mengalir deras.Aku rindukan mama.Aku rindukan segala-galanya tentang mama.


Tiba-tiba angah muncul lalu menghulurkan bungkusan yang aku lihat semalam.Rupa-rupanya senaskah Al-Quran.Melihat aku yang terpinga-pinga, angah mula bersuara. “Semalam waktu angah berbual dengan mama, banyak yang mama pesan pada angah.Mama seolah-olah sedar masa mama sudah hampir.Mama suruh angah berikan quran ni pada Amani sebagai panduan untuk Amani teruskan kahidupan ini.Sebenarnya mama pilih Amani menemani mama sebab mama nak didik Amani agar tersedar dari mimpi-mimpi indah dunia ni.Alhamdulillah, angah bangga dengan amani.Nampaknya mama berjaya mendidik amani.”


Angah terus memelukku.Kami menangis bersama-sama.Namun jauh di sudut hatiku, tertanam satu azam.Aku tak akan mengsia-siakan pengorbanan mama. Akhirnya, aku semakin dekat dengan Dia Yang Maha Esa.Buat pertama kalinya, aku ikhlas mengikut jejak langkah angah dan adik dengan mengenakan jubah dan bertudung labuh.Aku semakin tenang dengan perubahan ini.Alhamdulillah..semuanya berkat kesungguhan mama.Aku temui Hidayah-Nya kerana mama.Sesungguhnya aku berbangga kerana dilahirkan oleh seorang wanita seperti MAK..mak anak mak ni teramat sayangkan mak....i love u mak....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...