Wednesday, February 10, 2010

wahai hati


WAHAI HATI..... DENGARLAH... ..

Siapa yang tidak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Indahnya wajah pula bergantung kepada mata yang melihatnya. Mata yang menilai pula mendapat tafsiran tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cergas adalah akal yang dipandu oleh kasih kepada Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan Iman?

Tidak seorang pun yang dapat menafikan betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun, lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: "Maha Suci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka."

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaun gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meninggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin ingin merasakan bahawa keindahan itu adalah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya. Namun, tidak ramai yang mengetahuitentang wujudnya suatu keindahan hakiki. Indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang kepada ibu dan ayah.

Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya. Hatinya berbisik lagi..... "Ya Allah, banyaknya nikmatMu padaku. Tapi, sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyak jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai..... sedikitnya doaku untuk mereka.

Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih."

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah milikilah ia denagn ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita perolehi. Tidak seperti keindahan dunia ini, yang hanya bersifat sementara... ..

Sunday, February 7, 2010

Pakar astronomi mendedahkan, Bintang bakal musnah bumi

LONDON: Pakar astronomi mendedahkan semalam yang sebutir bintang dijangka meletup begitu kuat hingga dapat memusnahkan bumi.
Ia akan musnah sendiri dalam letupan yang dikenali sebagai supernova dengan kekuatan yang sama dengan 20 bilion bilion bilion mega tan bahan letupan. Kajian terbaru menunjukkan bintang itu, T Pyxidis, berada lebih dekat dengan jangkaan sebelum ini, 3,260 tahun cahaya, satu lompatan pendek dalam kiraan galaksi.
Kesan letupan termonuklear itu boleh memusnahkan lapisan ozon bumi yang menjadi penghalang radiasi berbahaya. Jika keadaan itu berlaku, kehidupan di bumi akan rentung.
Senario hari kiamat itu didedahkan semalam oleh pakar astronomi dari Universiti Villanova di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka berkata, satelit penjelajah ultraviolet antarabangsa menunjukkan kepada mereka bahawa T Pyxidis sebenarnya terdiri daripada dua bintang, satu digelar kenit putih yang menyedut gas dan semakin membesar. Apabila mencapai berat kritikal, ia akan meletup sendiri. Ia akan bercahaya seperti semua bintang lain dalam galaksi yang disatukan.


Pakar berkata, teleskop angkasa lepas Hubble merakamkan gambar bintang itu dengan beberapa siri letupan kecil yang dipanggil novas.
Letupan itu sering berlaku setiap 20 tahun bermula pada 1890 tetapi terhenti selepas 1967.
Ini bermakna letupan untuk 20 tahun berikutnya sudah tertangguh, kata saintis, Edward M Sion, Patrick Godon dan Timothy McClain dari Perstuan Astronomi di Washington.
Robin Scagell, Naib Presiden Persatuan Astronomi Popular berkata: “Bintang itu mungkin menjadi supernova sedikit masa lagi. Bagaimanapun, tempoh itu masih terlalu jauh. Jangan bimbang.” - Agensi

TANDA DOA DIMAKBULKAN


1. Terasa sesuatu yang menakutkan

2. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)

3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa
berdoa


Disamping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang yang dalam keadaan seperti berikut:

1. Orang yang terdesak

2. Orang yang kena zalim

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim

MUTIARA IMAN


Buat panduan bersama..... . Beberapa perkara yang perlu diketahui:-

1. Istimewanya menolong orang
Menolong orang adalah lebih baik daripada berikhtikaf selama sebulan di Masjid Nabawi.

2. Hebatnya akal
Manusia sentiasa ada kelebihan samaada didunia dan diakhirat.

3. Mendapat selawat malaikat
Seseorang muslim yang mengucapkan salam sesama muslim dan menjawab kembali salam itu, malaikat akan memberi selawat sebanyak 70 kali keatasnya

4. Perniagaan ibadat
Ibadat itu seperti berniaga dimana kedainya adalah bersunyi-sunyian, modalnya adalah takwa dan keuntungannya adalah syurga.

5. Jangan marah
Syaitan sangat suka menguasai anak Adam yang dalam keadaan marah.

6. Takwa yang dipandang
Tiada perbezaan diantara orang yang berkulit hitam atau putih, kaya atau miskin melainkan ketakwaan yang membezakannya.

7. Kesenangan di syurga.
Didalam syurga terdapat kesenangan yang tidak tergambar oleh mata, tidak terdengar oleh telinga dan tidak terlintas dihati manusia.

8. Jatuhlah dosa.
Seseorang yang sembahyang akan diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua-dua belah bahunya, maka apabila rukuk/sujud maka berjatuhkanlah semua dosa dosa uang diletakkan itu.

9. Bacaan sebelum tidur.
Apabila duduk ditempat tidur, maka bacakanlah ayat Kursyi hingga akhir nescaya akan dilindungi Allah dari syaitan yang durjana hinggalah ke pagi.

10. Orang paling kuat
Orang paling kuat adalah orang yang boleh bangun pada tengah malam untuk bertahajjud kepada Allah dan boleh bangun untuk Subuh.

11. 2 nikmat
2 nikmat yang sering manusia tertipu tentangnya iaitu waktu sihat dan waktu lapang.

12. Istimewanya Jumaat
Hari Jumaat adalah hari Adam masuk syurga dan dikeluarkan dia darinya serta pada hari itu jugalah terjadinya Kiamat tidak pada hari-hari lain.

13. Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda Kiamat ialah apabila hapusnya ilmu agama, berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan bermaharajalelanya perzinaan.

14. Orang yang baik
Orang yang baik tidak dianggap baik sekiranya meninggalkan dunianya kerana Akhirat dan tidak juga meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya. Sehinggalah mereka perolehi kedua-duanya sekali.

15. Istimewanya orang sakit
Sakit seorang hamba yang sakit lebih 3 hari ,maka keluar dosa-dosanya sebagaimana baru lahir dari kandungan ibunya.

16. Rumah dermawan
Rasulullah pernah bersabda sesungguhnya didalam syurga ada rumah yang bernama rumah orang yang dermawan.

17. Martabat disisi Allah
Siapa merendahkan martabat diri kepada Allah, maka Allah mengangkatnya kepada yang tinggi disisinya.

18. Dilarang prasangka
Jauhkanlah diri daripada buruk prasangka kerana prasangka itu adalah perbicaraan yang paling buruk.

19. Ubat hati
Ubat hati yang luka adalah iman yang kuat.

20. Supaya rezeki datang
Hubungkanlah kasih sayang sesamamu, nescaya rezekimu berdatangan dari jurusan yang tidak terduga.

21. Istimewanya al-Quran
5 macam unatuk mengubat hati iaitu duduk dekat orang soleh, membaca Al-Quran, mengosongkan perut, bangun waktu malam untuk bersujud kpd. Allah dan merendah diri kepada Allah.
"

Friday, February 5, 2010

Cabar Diri Untuk Berjaya


Cabar Diri Untuk Berjaya



Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.

Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti;

Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri.

Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris

Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara

Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.


Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri.

Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan.

Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi:


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.

Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula.

Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain:

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak.

Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa. Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Tak cemburukah kita?


3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati:


Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata,

“Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”.

Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?

Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK!

Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif:


Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif.

Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?

Mengapa nasib aku sentiasa malang?

Kenapalah orang semua tak suka aku?

Apalah nak jadi dengan aku ni?


Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?

Siapa yang boleh bantu aku?


Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda:

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita.

Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa;

Tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

Tips untuk memperbaiki solat kita






Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam
Ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan
Kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat:

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
Oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya
yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh
adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya
adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri
agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn
Penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti
Di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90
darjah).

Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal
hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru Diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....
illallahh... " ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan
sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan
sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah
dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa. Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak
jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di
dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika
diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah,
tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita
sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah
aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg
berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...