Friday, August 21, 2009

WAJIB BACA,ELAK BENCANA H1N1

Wajib baca ! Elakkkan bencana ! H1N1

Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.
Apa yg perlu tahu ?
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.virologi virus H1N1
incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakitpesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
cara serangan
virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapanvirus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
siapa yang berisiko1.orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok2. perempuan yg mengandung3 .orang yg ada astmatic4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas
simptom2
day 1 – rasa kurang sihat, tak bermayaday 2 – selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)day 3 – rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafasday 4 – sakit dada yg teruk……..jumpa doktor dengan segera…….
day 5 and above lung collapse @ koma
langkah2 kawalan1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.
Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.





Beza H1N1 & Influenza A Influenza A ini virusnya..H1N1 ini penyakitnya. Ada pelbagai penyakit lagi yg disebabkan Influenza A virus ini, termasuk H5N1, H3N2..dan macam2 lagi. yg menjadi 2009 outbreak ini, dipanggil 'H1N1 2009' atau swine flu. Dulu ada bnyk outbreak lagi, yg paling dasyat was 'spanish flu-1918-1919' pandermik
Rawatan Jika anda ada direct contact dengan pesakit H1N1 atau anda demam,sakit tekak, selsema...pergi panel klinik biasa, dapatkan rawatan DAN DAPATKAN SURAT REFERAL KE HOSPITAL. Doktor klinik swasta akan terus beri punya...tak bnyk soal. Dekat hospital, pergi emergency & dapatkan 'rapid test'. Prosedur yg dilakukan ialah dia gunakan putik kapas & jolok ikut hidung...ambil sampel & uji (dlm masa sejam dua..result dah keluar)..kalau positif Influenza A..maka anda akan diberikan rawatan 'Tamiflu'. Kalau anda tak sakit teruk, maka doktor akan suroh 'self-kuarantin' di rumah ajer..maksudnya anda ada H1N1 tahap satu, tapi boleh dirawat dengan Tamiflu sahaja.Jika anda beransur pulih maka, antibodi anda kuat & anda bebas H1N1.
TAPI INGAT, rapid test tadi tidak akan beritahu anda ada H1N1 atau tidak.. Jika keadaan kesihatan anda tidak berubah atau makin teruk..pergi balik ke hospital & terus ambil full test H1N1. Satu putik kapas panjang akan dimasukkan dlm tekak anda-dalam sehingga anda nak muntah..sampelnya diambil...result hanya akan diketahui selepas 3 hari. Jika anda positif H1N1, rawatan anti viral akan dibuat kepada anda & anda akan dikuarantin di hospital. Pada masa menunggu ni lah..yg bnyk kes kematian, terutamanya yg ada risiko obes, darah tinggi, pregnant, diabetes, baby & budak kecil, dll..so tak silap aku..kumpulan risiko ini akan terus dpt anti -viral
Mengapa tidak full test H1N1 & anti viral terus dibuat? Yg saya tahu..sebab test H1N1 ini mahal harganya..jadi Kementerian kata, setakat anda Influenza A ajer, memadailah 'rapid test' yg jauh lebih murah.
Mengapa tak anti viral terus? yg saya tahu..kalau anda tidak ada H1N1 & anda menjalani anti viral....ia akan memudaratkan sistem pertahanan badan semulajadi.. jadi jika anda ada influenza A, Tamiflu pun dah cukup. Tapi saya rasa anti-viral nih tak cukup...nak cover semua penduduk dunia..

SaLaM Ya RaMaDaN

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. . Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,



_,___

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Thursday, August 13, 2009

Salam Takziah, al-Fatihaah..,

[..] "..innalillah hiwa inna ilaihiroji'un..", dan takziah atas pemergian mengejut penyanyi nasyid terkenal, ustaz Asri, 40 tahun dari kumpulan Rabbani sebentar tadi semasa berada di RTM. Jenazah beliau masih di Pantai Medical Centre.

Semoga ALLAH meletakkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, dan menjadikan segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid sebagai 'ibadah bagi beliau. Moga juga ALLAH berikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan.

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah



  1. Kesabaran yang di sertai iman kepada allah membawa kemenangan

  1. Individu yang bahagia merupakan insane yang muahabah diri dan mengharapkan syafaat dan tuhannya dengan beramal soleh.

  1. Apabila memanjatkan sesuatu permohonan atau hajat kepada allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu, demikian juga dengan puasa dan solatmu.

  1. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan jangan menuntut sumpah daripada orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam doa.

  1. Taatilah kepada raja-rajamu serta berbanyakkanlah daripadfanya mulutmu ucapan syukur dan puji kepada allah.

  1. Jangan bersikap dengki terhadap orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan lama menikmati nasib yang baik.

  1. Barang siapa yang melampaui kesederhanaan sudah pasti tiada sesuatu pun akan memuaskannya.

Tanpa membahagi-bahagikan nikmatyang di perolehinya seorang itu tidak dapat bersyukur kehadrat allah atas nikmat-nikmat yang di perolehn ya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...