Saturday, May 22, 2010

WAHAI HATI..... DENGARLAH... ..

Siapa yang tidak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Indahnya wajah pula bergantung kepada mata yang melihatnya. Mata yang menilai pula mendapat tafsiran tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cergas adalah akal yang dipandu oleh kasih kepada Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan Iman?
Tidak seorang pun yang dapat menafikan betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun, lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: "Maha Suci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka."

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaun gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meninggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin ingin merasakan bahawa keindahan itu adalah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa keindahan itu adalah riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya. Namun, tidak ramai yang mengetahuitentang wujudnya suatu keindahan hakiki. Indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang kepada ibu dan ayah.

Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya. Hatinya berbisik lagi..... "Ya Allah, banyaknya nikmatMu padaku. Tapi, sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyak jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai..... sedikitnya doaku untuk mereka.
Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih."

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah milikilah ia denagn ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita perolehi. Tidak seperti keindahan dunia ini, yang hanya bersifat sementara...

7 tips untuk ceria.

Bayangkan seseorang yang berwajah ceria. senyum selalu. airmukanya manis. ucapannya berhikmah. tidak menyakitkan hati orang yang mendengarnya. walau rupanya tidak cantik tetapi perwatakannya membuatkan dia sejuk mata memandang.
bandingkan dengan yang ini. wajahnya kusut sentiasa bermasalah. melihat sahaja wajahnya yang masam murung dan tidak bermaya, membuatkan hati kita terus tertekan. udahlah begitu , ditambah pula dengan mulut berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan menyindir-nyindir. bagaimana dengan orang sekelilingnya?
lalu, yang mana satu pilihan kita? mahu menjadi dia dalam senario 1 atau 2? kerana kita boleh memilih. Allah itu adil. diberi jalan . diberi pilihan dan disediakan balasan.
lalu, atas pilihan kita juga , kita mahu menjadi orang yang bagaimana.
7 tips untuk ceria.
1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali.
masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.
2. niatkan dalam hati
ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)
3. maafkan
diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.
4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam
sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.
5. senyum selalu.
kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.
6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik.
jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.
7. sayangilah orang lain.
sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

> BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
> "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud
> "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
> Penyayang."
>
> KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
>
> 1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
> BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah
> BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap
> wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
>
> 2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu,
> suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
> Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
> BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
>
> 3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka
> semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut
> bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar
> semua syaitan.
>
> 4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
> BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi
> ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas
> sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
>
> 5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
> mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan
> sesuatu perkara yang baik.
>
> 6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf
> dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL
> Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud
> berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
> malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap
> hari."
>
> 7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
> (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa
> yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
> kehebatannya. "
>
> 8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
> BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga
> yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang
> tuanya.
>
> 9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka
> akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
>
> 10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21
> kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari
> gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
> bala.
>
> 11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50
> kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
> ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
> kehebatan kepada si pembaca.
>
>
>
> Sabda Rasulluah, "siapa
>
> yang menyampaikan satu ilmu dan orang
>
> yang mengamalkannya maka dia akan
>
> beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Kenapa Allah lebih cinta org MUDA yg berTaUBaT berbanding org tua?

Assalammualaikum. ..

Bismillahir rahman nirrahim...

Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan
kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan
memohon keampunan. Manusia tidak sunyi
daripada melakukan salah dan silap, maka perlu
sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah.
Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat
sentiasa menunggu permohonan taubat daripada
hamba-Nya.

Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang
berusia muda agar gemar bertaubat, tidak
menunggu usia tua kerana usia muda tidak
menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.
Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa
mengingati hal kematian dan berusaha untuk
menyediakan bekalan untuknya. Sesungguhnya,
Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang
muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa
mengikut ketentuan-Nya.

Orang muda tidak dapat dinafikan mudah
terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan
perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh
persekitaran banyak membawa anak-anak muda
ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata
tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan
mereka daripada sudut pandangan agama. Agak
sukar menemui orang muda yang memiliki
ketekunan beribadah dan benar-benar beramal
soleh.

Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang
muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang
bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia
berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat
sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda
sudah berusaha membersihkan diri dan
mempunyai kesedaran yang mendalam untuk
menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.
Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan
Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-
hambaNya pada bila-bila masa.

ALLAH berfirman yang maksudnya:

"…Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya
Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang
berbuat baik."
(al-Baqarah: 195)

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih
kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang
yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya
baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja
kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah
kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan
kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah.
Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang
Allah.

Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman yang
maksudnya:

"Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku
lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
"Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi
aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih
cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku
cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta
lagi orang muda yang bertaubat."

Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang
seluas-luasnya kepada hamba-Nya untuk
bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari
terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum
nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu
itu pintu taubat sudah pun tertutup

Kekasih Allah Kekasih Kita








Hatinya bergelumang dalam lautan sepi. Hidupnya terasa kosong apabila berjauhan dengan Rasulullah s.a.w.. Tiada ungkapan mengagungkan Allah, tiada alunan ayat-ayat suci Al-Quran dari Rasulullah. Saban hari dia duduk termenung menanti kedatangan Rasulullah yang tak kunjung tiba.

“Wahai Umar Al-Khattab, bagaimana jika Rasulullah dapat ditangkap lalu dibunuh oleh orang-orang Quraisy?” Dia menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan Rasulullah dalam perjalanan hijrah. “Yakinlah, Nabi Muhammad sentiasa dilindungi Allah. Sebab inilah baginda menyuruh kita berhijrah. Mungkin esok ataupun lusa baginda akan sampai.”


Keesokan harinya dia diberitahu akan ketibaan Rasulullah ke Madinah. Bilal melonjak gembira lalu mengkhabarkan berita itu kepada penduduk Madinah. Wajahnya sentiasa dipagut senyuman. Tidak lekang dengan senyuman.

“Kamu kelihatan begitu gembira wahai Bilal,
” usik Uzer, sahabatnya.

Bilal membalas, “Rasulullah akan datang ke Madinah. Itu yang membuatkan saya gembira. Saya berdoa siang dan malam supaya perjalanannya selamat.”

“Rindu kamu pada Rasulullah mengalahkan rindu kepada seorang kekasih,” usik Uzer lagi.

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."

Riwayat Al-Sajary daripada Anas

“Rasulullah itu kekasih Allah. Kekasih kita juga. Baginda selayaknya menjadi orang yang kita rindui,”
ujar Bilal.

Pengumandang seruan langit, juruazan yang tersanjung. Bilal bin Rabah, hidup dan matinya dalam kerinduan kepada Rasulullah, kekasih Allah.

Thursday, May 20, 2010

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita


19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.






5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

http://img171.imageshack.us/img171/3226/sitinurhaliza6mx3.jpg


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

paradise


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Monday, May 17, 2010

Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu

Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.

Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.

Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai contoh:

Nabi Adam as. yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang.

Nabi Idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga Nabi Nuh as. merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam. Begitu juga Nabi Salleh as. merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan Nabi Luth as. adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.

Nabi Yusuf as. anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil. Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan. Begitu juga Nabi Syuaib as. keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan awan panas daripada langit.

Nabi Musa as. dan Nabi Harun as. diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat. Kemudian Nabi Daud as.dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.

Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daparipada mensyirikkannya. Kemudian Nabi Ilyas as. merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang golongan 'Bintang Enam' dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa golongan 'Bintang Enam' mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.

Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as. diutus kepada bangsa golongan 'Bintang Enam', agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa golongan 'Bintang Enam' sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya:

"Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ".

(Surah Ali Imran ayat 59)

Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani golongan 'Bintang Enam').

Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:

Firman Allah SWT maksudnya:

"Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".

(Surah Maryam ayat 30)

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus".

(Surah Maryam ayat 36)

Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya.

Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazaret daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT.

Di antara orang-orang golongan 'Bintang Enam' tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke atas langit.

Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya:

"Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam.

Padahal Al Masih sendiri berkata:

'Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.'

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.

Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa.

Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

(Surah Al Maidah ayat 72-73)

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".

Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.

Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata:

'Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.'

Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata:

'ini ialah sihir yang jelas nyata'.".

(Surah As Saaf ayat 6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya:

"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

(Surah Al Ahzab ayat, 40

Selamatkan Gaza atau Palestin?




Dunia Palestin tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestin di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.

Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestin sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestin ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel yang tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestin. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan rundingan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta.



Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini? Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir? Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalisme.

Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestin. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestin. Inilah dia semangat nasionalisme! Semangat nasionalisme menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab.

Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestin yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan. Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestin wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestin walaupun sejengkal!

Hanya dengan pengerahan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu barulah kekuasaan Yahudi dapat dicabut dari bumi Palestin dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestin, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat!

Pesanan editor: Setiap dari kita juga mempunyai peranan masing-masing, ingatlah doa itu senjata mukmin disertakan dengan secalit usaha termasuklah memboikot barang-barang Yahudi Zionis dan memberi bantuan kewangan dsbnya kepada mereka.

TERIMA KASIH GURU





Masih jelas diminda

bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Protokol Doa






Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya.

Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:

1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab atau alasan
4. Tawasul
4. Pasrah

Cuba saudara perhatikan contoh doa buat kekasih di akhir artikel ini dan bacakanlah untuk sekali. Terasa ketenangannya. Saudara boleh mengubahkannya untuk memohon hajat lain yang tertentu. Namun setiap doa mesti mengikut protokol.

1.Tawasul :

Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Sesungguhnya memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi.

2. Khusus :

Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui.

Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan salah satu rezeki.

Di dalam memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;

SMART

1. Specific (khusus)
2. Measurable (boleh dikira)
3. Achievable (mampu dicapai)
4. Realistic (Realistik)
5. Timeline (Tempoh masa)


Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART.

Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul hanya RM100 , adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dalam 'Timeline' yang kita inginkan.

Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi menunaikan haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART. Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.

3. Sebab atau Alasan :

Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita.

4. Tawasul :


Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata;

“Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”

Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.

5. Pasrah :


Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkan ini, bilakah Allah akan memberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak. Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari.

Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan.

Perniagaan kecil-kecilan kita semakin membesar. Jika kita belum pandai berdoa dan cara mengerjakan haji, ada sahaja jalan ke arah itu yang Allah akan berikan. Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil.

Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN.

Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itulah kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita.

Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku” atau “Ya Allah, panjangkanlah umur aku”. Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.

“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Amin".

Ini adalah satu contoh doa yang ringkas mengikut protokol doa. Saudara boleh menyusunnya semula dengan lebih baik dengan tawasul yang lebih banyak. Doa yang umum tidak melihatkan kita bersungguh di dalam mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yang dinyatakan. Semoga segala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.



DOA UNTUK KEKASIH

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".

Luahan Sepi






Dunia,
Dengarkan ini.
Aku bukan anak seni,
Aku bukan terdidik dengan indahnya puisi.

Aku,
cuma anak desa.

Remaja yang kurang serba-serbi,
Kurang dari zahirnya juga ilmunya.

Tetapi,
Aku hanya ada satu iltizam.
Aku benar ingin bebas dari kepompong ini,
Kemelut yang sering aku tangisi.

Seksanya ibuku,
Payahnya ayahandaku,
Mengerah tulang bersama keringat,
Kadang berendam titisan suci,
Demi anak-anak tercinta.

Bagaimana aku ingin pergi daripada sepi ini,
Sedangkan hanya sekelumit isi di jari.

Aku bukan pengubah puisi,
Aku bukan pencetus tradisi.
Aku sekadar insan terpinggir,
Ditinggal jauh dek kemodenan.

Apa yang tinggal,
Secebis kudrat tersisa ini.
Aku gagahkan menapak bersamanya,
Untuk bangun mencapai mimpi,
Memahat di hati kalian.

Anak ini ingin berbakti,
Juga berbudi kepada yang sudi,
Untuk kalian tercinta.

Izinkan aku pergi,
Demi mengejar semua realiti.
Aku bukan serikandi istana Melaka,
Sekadar gadis sepi bersama si Pencipta.

MUJAHIDAH...TERUSKAN MUJAHADAH MU






Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta


Doa Yang Menolak Zina

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.

Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.



Solat.

Doa.

Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:

“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar;
dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar.
Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”
[Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?


ENGKAU DAN DOAMU

Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?

Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.

“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata:
Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta.
Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Doa menyaring hasrat hati.

Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.


HATI YANG IKHLAS

Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
[Yusuf 12: 34]

Allah Maha Mendengar permintaanmu.

Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.

Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.

“Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina”
[Ghafir 40: 60]

Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.

Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.

Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!
Doa membunuh hati yang sambil lewa!

Wednesday, May 12, 2010

..Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatanMu menerusi kudratMu serta aku minta padaMu sebahagian dari limpah kurniaMu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berKUASA sedangkan aku TIDAK berKUASA, Engkau amat mengeTAHUi sedangkan aku TIDAK mengeTAHUI dan Engkau amat mengetahui segala yang GHAIB...."

Tuesday, May 11, 2010

10 Peringatan Bumi





Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

kenapa?!

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku...

Cerpen Keinsafan

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang. Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalanraya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 4 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja.Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlalu , Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman.Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30malam, Zakiah membuka mata.Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib. "Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya.
Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas diamemberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan. Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib.Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarking kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun. "Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashidmudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjagasemula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan. "Abang tidur?" tegur Zakiah. "Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni." Kalau abang letih, biar Kiah bawak." Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak mmbantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licinmengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas kebawah. Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar.
Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri. "Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal keranakaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiahdan dirinya. "Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya. "Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu. "Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat." "Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur. Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah... selamatkanlah aku..." Bunyi siren agak melegak an Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabilasalah seorang anggota bomba bersuara. "Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situkebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. "Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya. "Tuan... tolong saya tuan..." "Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..."
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..." "Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam.
Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim. "Sudah tentulah pada Allah." "Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!" Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.
"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikansembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka.
Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri. "Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.
"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang..." Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...