Tuesday, December 27, 2011

Kisah Hati Yang Lembut



Manusia dijadikan daripada tanah. Ada tanah yang lembut dan ada yang keras . Tanah yang disiram sentiasa akan menjadi lembut manakala tanah yang panas kering akan terbakar justeru keras sekali. Jiwa dan hati yang dibiarkan kotor akan menyebabkan manusia itu menjadi keras dalam erti kata keras benar hatinya. Syaitan yang dijadikan daripada unsur api itu telah berjaya membakar hati yang juga mengeraskan jiwanya. Keraslah hatinya , mudahlah kerjanya…

Mengapa perlu dan pentingnya berhati lembut? Kerana manusia berkasih sayang dengan hati yang lembut. Manusia bertolak ansur, bantu- membantu dengan hati yang lembut. Tiada satu amal ibadah pun, dan amal kebaikan sesama manusia dapat terlaksana dengan sempurna mungkin tanpa hadirnya sekeping hati yang lembut.

Apatah lagi bila manusia itu melaksanakan amal ibadah kepada pencipta Nya. Sudah semestinya perlukan hati yang lembut. Masakan dengan hati yang keras manusia dapat melaksanakan ibadah dengan sepenuh jiwa dan raganya. Mengalir & berlinang air matanya ketika mana seseorang mukmin yang berhati lembut itu menjalani ibadah tahajudnya disepertiga malam…

Linangan air mata itu seolah-olah penambah dan penyejuk jiwa-jiwa dan hati manusia yang penuh dengan keegoan dan keangkuhan. Namun dihadapan Pencipta Nya, tunduk, sujud dan berserah, menghambakan sepenuh jiwa raganya, mengharap kasih sayang dan redhaNya yang maha luas, lebih luas dari seisi dunia.

Sejauh manakah kita tangisi diri kita ini yang penuh dengan kelemahan, kealpaan dek keasyikan nikmat dunia yang seringkali membuatkan kita lebih cenderung tertawa dari menangis..Mengapakah begitu sukar kita menjiwai amal ibadah kita lantas sukarnya untuk kita mengalirkan air mata ketika mana kita sujud dan bertahajud kepada Allah S.W.T.?..Kerana kita jarang sekali memberi tumpuan untuk memberi makana


n rohani atau makanan jiwa malah sedikit sekali rawatan dan penawar yang kita berikan ketika ia sedang sakit malah merintih oleh penyakit-penyakit hati..namun tiada diambil pusing sedikitpun oleh si empunya hati..

Lembut dan bersih sucikan lah hati serta jiwa kita..Bersihkanlah ia dengan istighfar & selawat serta zikrullah lantaran banyak dosa dan noda yang membuatkan titik-titik hitam dihati berakar umbi penyebab kepada segala amalan kita yang seolah tidak langsung berbekas dan tidak berjiwa..

Sepertimana tanah yang perlu dibersihkan sebelum bercucuk tanam begitu jugalah diibaratkan hati-hati manusia yang perlu dibersihkan sebelum ditabur dengan biji-biji benih amalan yang hidup subur malah mengeluarkan buah-buah ketakwaan. Bersih, tanam, baja, jaga & pelihara barulah ada hasilnya. Begitulah konsep hidup yang telah Allah tetapkan untuk kita renungi, fahami dan fikirkan. Lembut hati lembutlah jiwanya, lembut jiwa, hiduplah jiwanya, hidup jiwanya hiduplah amalanya, hidup amalanya barulah ada hasil iaitu iman & takwa. Subhanallah!.

Sunday, December 18, 2011

IN-TEAM - KU SERAH CINTA (MV) NASYID




Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Monday, December 12, 2011

Bercinta Sebelum vs Selepas Kahwin .


Assalamualikum sahabat yang ana kasihi lagi sayangi tetibe nak share tajuk ni jom kita sama2 baca dan hayati Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.

Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.

Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.

Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Ungkapan-Ungkapan romantis seperti

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".

Renungilah Firman-Firman ALLAH:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Thursday, November 10, 2011

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA DI DALAM RAHIM


Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya: apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaaikat bertanya: "Ya Tuhanku! air benih akan dsempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! darah seketul ini akan dsempurnakan atau tidak? - Ya Tuhanku! daging segumpal ini akan dsempurnakan atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) selaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Allah swt mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

1) sesuatu yang bergantung atau melekat
2) pacat atau lintah
3) suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud :-

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.

Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.

Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh.

Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang?

Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Friday, October 28, 2011

Adab Memasak

Asslalumaikum. Semoga bermanfaat


Biarlah setiap amalan bernilai ibadah dan dalam usaha menjaga perut kerana makanan akan menjadi darah daging dan intipati ibadah.

1) mulakan dengan berwuduk dan tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca:

'Dan ingatlah ketika pemuda pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Ya Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.' (Kahfi, ayat 10)

Memasak Nasi

2) Sewaktu menyukat beras, ringankanlah mulut untuk membaca:

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi ALLAH akan kekal..." (An Nahl, 96)


Masak lauk

3) Apabila sesi potong memotong, mulakan dengan basmallah apabila tangan nak memotong sayur/ ikan, amalkan membaca:

"Dia (Musa) menjawab, 'Dia (ALLAH) berfirman, (sapi) itu adalah sapi betina yang belum oernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak (pula) untuk mengairi tanaman, sehat dan tanpa belang. Sekarang barulah engkau menerangkan (hal) yang sebenarnya lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan (perintah) itu. (Al Baqarah, 71)

Nak tulis ayat tetapi tiada applikasi tulisan Al Quran dalam laptop ni =)

Apabila memasak untuk sesuatu majlis yang besar, risau anggaran tidak cukup, makan terkurang atau terlebih tetamu datang, insyaALLAH boleh amalkan surah Al Kautsar sebelum menghidang makanan. Dengan izin ALLAH pasti dicukupkan keperluannya.

Thursday, October 20, 2011

setahun yang lepas huhuhuhuh..........

assalamualikum



genap setahun sudah peristiwa ni berlaku



macam tak cya lak dh setahun benda ni berlaku...



rasa cam minggu lepas je berlaku....syukran adik2 yang tersayang



ainul terima kasih tgu alg kat hospital dr petang sampai ke malam..



macam kan kita tgok kat hospital 2...



hehehhe..nak gelak pun ada padalah sakit...



kena cucuk lak..



kena x-ray..



cian adik along sorang ni....kena tggu lama..



..nak tgu jumpa doktor 2 satu hal punya la lama...



aku lak bising tgok org2 yg sakit kat citu...



syu syukran tlong anto n amik alg dr hospital...



siti, n adik2 pssi sudi bantu along



time ni....



susah nak cari sahabat seperti antum...



antum adalah sahabat yang terbaik...(sobb2)


tak di lupa juga pak cik yang hantar sy ke hospital...aku berdegil tak mau ke hospital....
selepas di paksa oleh 2 org sahabt ni ke hospital jugak la..


bukannye ape takut kena cucuk..


pe yang di takuti belaku jugak..


takut kena jangkitan kuman...



teringat peristiwa jatuh moto samapi kaki tak boleh begerak...



sampai hari ni naik je moto nampak je makhluk 2 mesti kaki ni dh tak tentu arah..



hata bila berjalan kaki nampak je dari jauh sanggup pusing tempat yg jauh...



jantung bergegup laju yg teramat..



takut...

Wednesday, October 19, 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNg






Assalammualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini, umurku telah pun mencecah 25 tahun. 25 tahun. Ya…25 tahun..
aku masih boleh menikmati udara dunia Allah ni ...
terima kasih ya allah...
mak anak mak ni dah dewasa dah mak...
terasa masih dalam dakapan mak...
rindunya saat2 2...
mak anak mak dah dewasa....
terima kasih mak...
mak terima kasih yang terhingga mak bertarung nyawa melahirkan anak mak ni...
ni satu lg anak mak ni inginkan dari mak...
mak nak senyum... nak mak sihat...


sebab.........
ano sayang mak


ano sayang mak sangat-sangat


sayang sayang sayang yang teramat sangat


terasa nak peluk mak sekarang.........

Tahu tak Sanah helwah tue apa???
Dalam bahasa Arab...sanah helwah tue bermaksud selamat hari lahir!=)
Dalam bahasa Mandarin pulak...korang boleh cakap Shen ri kuai le!

aKu memikirkan, bukankah ianya merupakan satu tempoh yang lama? 25 tahun ini jika diberikan kepada seorang jurutera atau arkitek, mungkin 5-6 buah bangunan hebat2 mampu didirikannya. Dan 25 tahun ini jika diberikan kepada seorang peladang, mungkin sudah berjaya mewujudkan kilang dan perniagaan dari hasil perladangan dengan cemerlang.
Namun diri ini kembali berfikir, dengan 25 tahun yang telah Allah kurniakan kepada diri ini..

Apakah yang telah aku perbuatkan dengannya?

Dengan apakah ku habiskan umur muda ku ini?

Untuk apa telah aku laburkan dengan umur yang panjang ini?

Allahu Akbar!!

Diri ini mula merasa kosong ketika mengimbau kembali masa 25 tahun lalu, sehingga ke hari ini, apakah sumbangan besar yang telah ku berikan kepada ISLAM? Apakah yang telah aku korbankan buat kepentingan Islam?? Apakah aku mampu berhadapan dengan Allah jika ditakdirkan pada umur 25 tahun ini aku dipanggil untuk menghadapNYA? Apakah yang akanku jawab?


Allahummaghfirli dzunubi, Allahummaghfirli dzunubi, Allahummaghfirli dzunubi…

Ampunkan diri ini, Ya Allah. Kerana masa muda yang Kau kurniakan kepadaku, tidakku menggunakan sepenuhnya untuk agamaMu. Tidakku manfaatkan sepenuhnya untuk perjuangan di jalanMu…


Teringatku pada sebuah hadith Nabi yang ada memberitakan bahawa, di akhirat nanti, setiap kita akan dipertanggungjawabkan tentang umur kita di hadapan Allah s.w.t. Sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya". (HR Tarmizi)


4 perkara yang ditekankan:

Persoalan umur, di mana di habiskan.

Tentang ilmu yang dipelajari, adakah dimanfaatkannya.

Mengenai harta, dari mana asalnya dan di mana dibelanjakan.

Tubuh badan dan kemudaannya, untuk apa dipergunakan.


Muhasabah diri membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada setiap jiwa. Begitu juga diri ini. Apabila dimuhasabah kembali, diri ini merasa bersyukur yang amat kerana Allah melorongkanku ke jalan yang diredhaiNya dan menjadi di kalangan golongan yang mempertahankan dan memperjuangkan agamaNya di muka bumi ini. Alhamdulillah. Moga inilah jalan perjuanganku hingga ke akhir hayat ini. Jalan ini ku temui ketika umurku telah mencapai 19-20 tahun. Allah memberikan kesempatan untukku merasai manisnya kehidupan jika kita berintima’ dengan jemaah Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Hakim dari Jabir r.a.: Maksudnya:

"Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah".


Aku lantas berdoa agar diri ini termasuk di kalangan hamba yang baik amalannya. Dan hamba yang memanfaatkan nikmat umur ini untuk agamaNya dan bagi mencapai redhaNya. Amin. Mudah-mudahan umurku yang akan ku habisi nanti dapatku isi dengan segala amalan2 soleh dan dengan merasai nikmat perjuangan, dakwah dan tarbiyah di jalan agama Allah. Doakanlah diri ini, sahabat..


Ku berdoa kepada Allah agar diri ini termasuk di kalangan hamba2 Nya yang mana jikalau diberi umur yang tidak panjang sekalipun, tetap menghasilkan manfaat yang besar kepada seluruh umat manusia, serta lebih baik amalannya jika dibandingkan dengan mereka yang dikurniakan umur yang panjang, namun tiada manfaat padanya. Inilah antara tanda2 umur itu diberkati. Dan moga Allah memberkati umur yang dikurniakan kepada diriku jua..amin.


ku teringat pada hadith Nabi yang juga familiar dan ada yang telah menasyidkannya. Iaitu sabda Nabi Muhammad SAW bersabda:


"Rebutah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua, dan kaya kamu sebelum miskin". (HR Hakim dan Baihaqi)


Maka, dalam menyambut hari lahir atau memperingati hari ini, sambutlah dan ingatilah ia dengan penuh kesyukuran dan rasa kegembiraan yang selayaknya selain cuba memuhasabah dan melakukan post-mortem terhadap masa2 yang telah kita lalui agar masa yang akan kita hadapi dan lalui selepas ini lebih baik daripada masa yang pernah kita lalui sebelum ini. InsyaALlah, sama2 kita usahakan.


Ila huna faqad kalami al-yaum, wassalam….

Monday, October 17, 2011

si gadis yang di sayangi....



Di dunia moden hari ini…
Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya...
Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..
Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..
Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...
... Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,..
Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,..
Tanpa pakaian menjolok mata....

Susah???
Memanglah....
Jiwa muda....
Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Rapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...
Kamu sudah pun menjadi perhatian...

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,...
Biar tidak up to date,..
Biar tidak bergaya..

Yang Penting..
Hati.. Dan Amalannya..
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya..
Masallah..
Wanita..

INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA..
JAGA LAH SEGALA AMALAN MU..
INSYALLAH.. DIRI MU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA..

~Jom Solat Malam~

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang ana kasihi lg ana sayangi kerana allah..ari ni ana nak share pasal solat malam..selalu kita lakukan solat sunat di siang hari sepeti solat sunat duha solat sunat rawatib tp ari ni ana nak solat malam...sealu kita dengar dalam kuliah solat di sepetiga malam adalah lebih khusuk kerana waktu 2 la waktu yang tenang n sunyi dapat kita dekat dengan pencipta....






ya allah sapa tak mahu kan kalo diri kita ni dekat dengan pencipta......rasa kecintaan kita akan membuak2 merasa kecintaan pencipta mendengar setiap butir yang keluar dari mulut kita setiap rintihan yang di lafazkan setiap sujud dengan rasa kehambaan(no riak )..ya allah sahabat yang ana sayangi lagi ana kasihi....tidakkan sahabat semua mahu merasai kecintaan kedamaian ketika sujud..kita melafazkan ayat-ayat al-quran serta dengan makna yang difahami pastinye shabat semua akan menagis..kerana air mata ni tidak akan tertahan untuk mengalir...mehayati ayat-yat yang dibaca..ya yallah hamba mu ini sangat la kerdil..dengar lah rintahan hambamu ini ya allah...



Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.

~Jom Solat Malam~

Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik,untuk mencari keredhaaNYA di tengah manusia lain dibuai mimpi indah2....amin

Tuesday, October 11, 2011

khasiat buah delima



Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.




Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Sunday, October 9, 2011

Hatiku Resah Dan Gelisah...

Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan
gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan
dan kemalasan; dan aku berlindung padaMu dari sikap
pengecutdan bakhil: dan aku berlindung pada-Mu dari
cengkaman hutang dan penindasan orang.


Hurm….Kenapa nie? Kenapa? Kenapa hatiku begitu resah dan gelisah? Kenapa nafas ku lain macam je nie??? Aduhai…Adakah ada sesuatu yang akan terjadi?

Kepala mula dah pening…Dalam hati memang dah tak tenang..Sejak seminggu dh lagi..Kenapa jadi begini? Ya Allah..Kau tenangkanlah jiwaku……


Aku? Aku dah tak larat..Badanku mula terasa letih…nak demam lg ke ni!!!! Kenapa??? Hurm.. Tiba-tiba je gelisah nie? ya allah...

Tuesday, October 4, 2011

senyum yang ikhlas & menceriakan itu ibadah





Allahumma, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan
gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan
dan kemalasan; dan aku berlindung padaMu dari sikap
pengecutdan bakhil: dan aku berlindung pada-Mu dari
cengkaman hutang dan penindasan orang.


Hidup ini terlalu singkat utk kite melakar kesedihan. Jadinya, kite perlulah ceria dan gembira selalu. Senyum selalu. Senyum itu mudah, tapi tak semua anggap ia mudah. Kan?^^....



Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah hari-hari,
Ceriamu bersemi,
Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,
Ku tersenyum
Kemesraan terjalin...


Susahke nak senyum? senang kan? hihi... tak kene bayar pun kan? hehe.... Cuba kite happy kan jiwa dan hati kita. Tengok langit, luas tak? aman tak? tengok burung, ceria tak mereka bercerita... Tengok ikan di akuarium...menari-nari tak mereka di dalam akuarium itu.... Cuba tengok people senyum... cantik tak wajah?
Kalau orang tak nak senyum...tarik dua-dua belah hujng mulut die....hihi...(jangan buat, nanti kene marah pulak)...







Hidup ini terlalu singkat utk kite bersedih, berduka, menangis.... Jadinya gembiralah selalu. Doa selalu. Tanda kehambaan kita pada Allah swt. Kalau kite tak dapat ape yang kita target,nak, harapkan, ucapkanlah alhamdulillah juga. katakan pada hati... "ini jalan terbaik dari-MU untukku". Maka dengan itu, kita akan sentiasa bersyukur dan gembira selalu dalam menjalani hari-hari mendatang. Bila kita mensyukuri segala nikmatNYA, hati pasti tenang, dan senyuman pun akan mudah terukir. try lah^^....





Setiap hari, lakukan at least 3 perkara baik dalam hidup kite. Buatlah ape pun, janji amalan yang baik. Basahkan lidah dengan astagfirullah dan berselawat pada Nabi kita Muhammad saw. Jangan jemu utk sentiasa bertaubat padaNYA. Kite sering melakukan kesilapan, itu tanda kita sebagai manusia. Dan jika taubat tak jemu mengiringi, itu rasa kehambaan kita pada-NYA....^^























Monday, October 3, 2011

Nak dapat yang SOLEH, kena jadi SOLEHAH dahulu..




Nak dapat yang SOLEH,




kena jadi SOLEHAH dahulu..



Jika mahu mendapatkan yang soleh,




kurangkan agenda menCARI si Soleh,



tetapi berusahalah menJADI yang solehah



Jika inginkan yang solehah,



Janganlah cerewet menCARI yang solehah,




tetapi berusahalah menJADI yang soleh.



Bertemu yang solehah,


solehahnya belum tentu kekal.




Bertemu yang soleh,




solehnya boleh berubah..




kerana si soleh dan si solehah ialah insan biasa,



Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses menJADI,bukan menCARI..





Bukan tak cinta,

namun ia tahu batas.

Bukan ingin berdusta,

namun menjaga hati dan mata.

Bukan ingin bersembunyi,

namun menjaga kesucian diri.

Mutiara di dasar lautan,

hanya tangan halal yang berhak menyentuhnya.

Cinta selepas akad nikah..

MasyaAllah.!

SAHABATKU




Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,
Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,
Percintaan di awal musim merupakan percintaan di
Musim bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim
Itu berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi Allah,
Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan
menyuburkan ikatan itu dengan cara yang matang dan
dengan kawalan iman demi untuk keizzahan islam
tercinta.....

ukhtukum fillah..

Tuesday, September 27, 2011

Lau Kana Bainana (Lirik Arab-Melayu)

Monday, September 26, 2011

MIZAM

































MIZAM mengandungi elemen semulajadi yang diperlukan oleh tubuh manusia hasil dari kombinasi khazanah alam. Kandungan mineral putih yang telah wujud secara semulajadi sejak jutaan tahun lalu merupakan sumber yang bersih serta bebas dari sebarang pencemaran alam.

Suatu ketika dahulu ia dianggap sebagai emas putih kerana ia hanya menjadi hidangan golongan istana. Selama beratus-ratus tahun lamanya, para penyelidik perubatan telah mengetahui bahawa mineral semulajadi paling lengkap dan seimbang ini mempunyai kesan yang amat positif terhadap kesihatan tubuh badan manusia.
Air zamzam juga ialah penawar bagi segala penyakit dan perlindungan bagi setiap ketakutan dan

kesedihan, sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya. Ada yg tahu akan penawarnya itu serta ada pula yg tidak tahu mengenainya…’
AMBER merupakan ANTIOKSIDAN, selain itu ia juga berfungsi sebagai PENYINGKIR TOKSIN DAN RACUN dalam badan manusia termasuklah Pewarna Tiruan, Perasa Tiruan dan Pengawet Tiruan yang mana digunakan secara Berleluasa Dalam makanan MODEN hari ini. AMBER memainkan peranan dengan menyerap segala toksin dan racun dalam badan manusia terutama dalam usus serta sistem pencernaan makanan dan disingkirkan melalui sistem perkumuhan dan juga liang peluh.

Secara tidak langsung apabila AMBER menyingkirkan Toksin dan Racun dalam badan, ini akan membolehkan badan menyerap segala zat dan mineral yang terkandung dalam air zamzam dan juga mineral asli dalam produk MIZAM dengan lebih cepat dan menyeluruh. Ini membolehkan tubuh mendapat kesan yang baik, lebih sihat, cerdas dan cergas

Monday, September 19, 2011

Jamuan hari raya

Asslamualikum lepas jugak hajat nak buat makan2 kat rumah ..
walaupun tak sempat nak ajak semua maaf di pinta...
dan terima kasih yang sudi hadir..
ke jamuan hari raya.
alhamdulillah.

Tuesday, September 13, 2011

Sangkar Hati-UNIC

Lontong Johor

Assalamualaikum


Untuk nak buat nasik himpit, biasanya sukatan nya ialah seperti berikut:

1. Biasanya maklang akan ukur separuh size plastic yang kita gunakan itu. Contohnya plastic yg digunakan ialah 3x6 inci. Makan tinggalkan basi untuk nak staple atau nak lekatkan hujung plastic supaya beras tak keluar.

2. Jadinya ukuran sebenar kita akan guna ialah 3x 5 inci. Cuci beras dan masukkan beras sampai 3x2.5 inci. Sealkan plastic itu pada ukuran 5 inci. Cucukkan menggunakan garfu pada plastic. Jangan cucuk banyak sangat sebab kalau banyak sangat air masuk, nanti nasi jadi lembik sangat.

3. Rebus lebihkurang 3 jam.

Peringatan:

Plastic yang digunakan hendaklah yang tebal sedikit dan tahan panas.



Ini nasi impit. Lembut jadinya kalau ukurannya betul!

Ini nasi impit yang dah di potonglaa...




Kuah Lodeh


1-2 biji lada merah dihiris.
3 ulas bawang puti, 4 biji bawang merah, se inci halia di tumbuk atau blend hingga lumat
2 sdb lada kering
kacang panjang di potong serong lebih kurang 1 inci panjang
1/4 bj kobis di potong 1 inci persegi
sebiji lobak merah
suun
1 biji terung dibelah 2 dah dipotong serong
1-1.5 biji kelapa di perah santannya, jangan terlalu cair ya...nanti kuah dia jadik lebih cair bila masuk sayur!
3 sdb udang kering direndam dan ditmbuk lumat
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
2-3 keping tauhu di ptong 3 segi (jadik 4) dan digoreng
1-2 keping tempeh di goreng dengan garam kunyith
garam secukupnya dan kunyit serbuk untuk mewarnakannya
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis, bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga naik baunya.

2. Kemudian masukkan santan.

3. Apabila santan mendidih, masukkan lobak. kacang dan terung. Seeloknya masukkan terung dahulu kerana terung mengambil masa yang lama untuk lembut.

4. Apabila terung sudah lembut baru masukkan kobis dan tauhu dan suun, garam dan kunyit. Masukkan jugak asam gelugor tadi.

5. Apabila dah mendidih, angkatlah. Jangan letak lama2 sangat atas api, nanti lodo jadiknya sayur tu. Lodo tu tau tak apa? Lembik and tak sedap!

6. Biasanya maklang tak campurkan tempeh sekali sebab tempeh menyebabkan lodeh cepat basi!




Ini Masak Lodeh...


Kuah kacang

4 biji bawang merah diblend
3 ulas bawang putih jugak diblend
6 sdb lada kering yang telah diblend
3 batang serai diblend
3-4 sdb gula merah
sedikit garam
sekepal asam jawa diambil airnya menjadi 2 cawan
1.5 cawan kacang tanah digoreng dan di tumbuk atau blend kasar
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

1. Panaskan minyak. Biasalahkan.

2. Tumiskan bahan2 blend dan bila dah gareing atau naik bau, masukkan air asam.

3. Masukkan kacang tanah.

4. Masukkan garam. Ingat masak atas api kecil dan hendaklah sentiasa di kacau sebab takut hangus!

5. Apabila telah naik minyak(minyak dah keluar dari kacang), apinya bolehlah ditutup.
Ini kuah kacang


So, dah cukup semuanya, bolehlah makan lontong kita ni.....Sedap jugak kalau ada sambal tumis ikan bilis, rendang daging, rendang ayam dan telur rebus. Kalau nak rasa macam raya...nyanyilah lagu Raya...ha..ha...

Kenapa perempuan cantik pakai tudung?


Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia nak tutup aurat.



2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.



3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia cantik.



4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.



5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.



5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia anak solehah…



6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..



7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dia hormati orang lain..



8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab takut apabile dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..



9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..



10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab tak nak menyusahkan orang lain..



11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dapat pahala..



12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..



13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..



14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..



15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab mendengar suruhan Nabi…



16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki.. Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).



17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..



18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab patuh pada suami..



19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab paling penting.. Dia orang Islam…



20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.

Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran.. Nak berpegang pada apa lagi..??



21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung.. Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…



22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu… Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…



23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2… Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .



24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?

Sebab … … Banyak lagi sebab…



pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?



p/s: cantik itu subjektif…

semua org dilahirkan cantik…

apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?

Monday, September 12, 2011

Method Dakwah Remaja



Bismillahirahmanirohim...

Firman ALLAH s.w.t :

Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya.an nisa, ayat 63

Berdasarkan kepada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t menyarankan kita supaya kita menyampaikan sesuatu mesej dakwah kepada manusia dengan menggunakan perkataan yang baik dan bersopan santun.

Jika kita melihat aspek dakwah pada hari ini, kebanyakan manusia seperti para penceramah motivasi banyak menggunakan kaedah saintifik dan teknologi untuk menarik perhatian seseorang manusia yang ingin didakwahkan.

Ya, jika kita memahami kita dapat melihat bahawa adalah menjadi kepentingan untuk kita semua memahami seseorang sebelum kita terus berdakwah kepada individu terbabit. Justeru, adalah sangat penting untuk kita mengenali usluk dakwah 'trend sekarang'...namun masih mengekalkan teknik yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Prinsip 5T yang telah diperkenalkan oleh baginda amat sesuai untuk dipraktikkan pada zaman ini :-

T1 ..: TAZKIYAH yang membawa maksud penyucian jiwa melalui pembinaan potensi hati sesuai dengan hadith bahawa dalam diri manusia terdapat seketul daging yang bernama hati sekiranya daging itu baik, maka baiklah keseluruhannya dan sebaliknya.

T2 ..: TARGHIB bermaksud rangsangan positif yang membangunkan jiwa manusia. Contoh : tayangan-tayangan gambar pelajar cemerlang SPM 2008-Nik Nur Madihah

T3 ..: TARHIB bermaksud menimbulkan rasa kewaspadaan dalam jiwa terhadap dosa dan amalan-amalan buruk. contoh : tontonan video "Mat rempit tersepit"

T4 ..: TANZIR bermaksud menimbulkan rasa takut terhadap ancaman-ancaman telah dijanjikan oleh Allah. Contoh : tontonan video "tanda-tanda qiamat seperti tsunami"

T5 ..: TABSYIR bermaksud gerak nurani untuk melakukan kebaikan melalui janji-janji yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Contoh : tontonan video " cerita keinsafan daripada filem Kun Fayakun"

Semua ini adalah konsep semata-mata namun perlulah dipraktikkan dengan jayanya agar method dakwah sebegini dapat memberikan kesan dan kesedaran kepada madu' kita...
Wallahualam...

Wednesday, September 7, 2011

UNIC - Kau Kawan, Sahabat dan Teman



lagu ni khas untuk semua shabat yang ana sayangi..huhu rindu sangat huhuh

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama..

Thursday, August 18, 2011

SOLAT ISTIKHARAH


Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..





DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH



Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:



إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:



Maksudnya:

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ



فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ



اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي



أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ



فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ



وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي



أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ



فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.







Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.



قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.



Maksudnya:

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.





v BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH



q Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.



q Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.



q Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:



وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ



وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ



Maksudnya:

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216



q Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:



Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.



q Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.



q Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.





v RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH


Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

4) Membaca doa Istikharah

Wednesday, August 17, 2011

dotttttttttttt

assalamualikum..
ya allah dugaan ape yang engkau turunkan kepada hambamu ini ya allah...
setelah 3 bulan aku bersabar ya allah setiap minggu ya allah..
adakah ini kafarah keatas dosa aku ya allah..


Sunday, August 14, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



assalamualikum untuk sahabat yang ana kasihi kerana allah...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Ciri-Ciri Isteri Solehah



asslamualikum ari ni ana nak post ciri-ciri isteri solehah buat sahabat yang ana kasihi kerana allah terutama cik arifah...
ifa baca kat cni yek..
moga2 barokah..
perkahwinan anti..insyaAllah..

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Sunday, August 7, 2011

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali



assalamualikum...

selepas sahur henset tak putus2 menerima meseg Pagi ini d kejutkn dgn pemergian seorg shbt yg meninggal dunia pd mlm td (xcident)
innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

bELIAU tlh ke rahmatullah pada hari ahad bersamaan 7 ramadhan di Port Klang dan tlh di hantar ke Hospital Klang.

Arwah seorg yg bgus,bersemngat,ambl berat kt shbt2...
terkenang kembali kenangan silam..sewaktu di alam kampus.
..di balik heningan pagi yang mencengkam, cebisan-cebisan kenagan saat sama2 berjuang di medan ilmu dan PSSI serta kamsis PUO suatu masa dulu mula terimbau satu persatu... Hadirmu dalam limpahan memori kami takkan pernah dipadam..
.InsyaAllah, perginya arwah Faiz sebagai salah seorang pemuda mujahid yg sentiasa merentasi jalan2 dakwah..
.Allah menyayanginya...


terduduk sekejap mendengar berita pemergian beliau akibat kemalangan..

terus bersiap untuk pulang ke ipoh...tak sangka tp kematian itu pasti tidak terlewat walaupun sesaat..

Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..

...semoga Allah menempatkan Muhamad Faiz Noorzailand dikalangan org yg beriman & disis Nya...(Adakalanya Dia mmberi sblm sempat kita menadah tgnm krn DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa mmberitahu krn DIA sntiasa tahu apa yg terbaikutk kita & smg kita sntiasa dikurniakn segala yg terbaik drpd NYA)..
Al-Fatihah​ buatnya....

"PENGADUANKU...LURUSKANLAH HATI KU YA RABBI..."

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

muhasabah diri

assalamualikum
"Aku menasihati diriku yang aku adalah seperti sepacal binatang..yang sangat hina dan aku katakan pada hatiku..islam tidak memerlukan aku..tetapi aku yang memerlukan islam dalam hidupku...kemudian aku berkata pula pada rohku..ketahuilah roh yang hina..sebenarnya kita tidak akan bahagia di dunia ini jika tiada kasih sayang dariNYA...bersyukur dan bersabarlah..ALLAH sentiasa dengan kita wahai rohku..Wahai roh yang hina..kita punya matlamat.. kita mesti teruskan perjuangan ini walaupun ku tahu begitu sakitnya menangung segalanya..tapi matlamat kita adalah Redhanya..manalah tahu kita adalah pencinta yang MAHA SATU.."


"tidak ada kebahagiaan yang tinggal bagiku...kecuali dalam takdir ALLAH.."Pernah ada sahabat bertanya padanya.."Apakah yang tuan inginkan dari kehidupan dunia ini..." maka umar menjawab..."Apa yang ALLAH telah tetapkan untukku di atas muka bumi ini...itulah yang aku inginkan dalam hi...dupku...aku redha denga ketentuan dariNYA untukku...."


"Mata hatiku akan terus bercahaya dengan cahaya iman jangan ada yang berani menghalang..pasti menyesal di kemudian hari..kerana mata hatiku dijaga oleh MAHA PENJAGA..menderitalah bagi yang tidak mahu memahami..
kerana aku adalah impian firdausi.."

Friday, August 5, 2011

oooo balik kampung

assalamualikum jom balik kg berbuka n puasa di kg..ya allah tak sabo nye nak balik..
suria tgu org tau kita balik sekali.heheheh..
cepat pujuk bos awak 2 hehehhee...

Sunday, July 31, 2011

salam..

assalamualikum...


ya allah dugaanmu di awal ramadan....


ya allah kau berikanlah aku kesihatan yg mencukupi untuk aku memperbyakkan amalan di bulan mu yang mulia ini...ya allah..

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN DAN BERAMAL DI DALAMNYA

Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Ahmad)
Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

>Keistimewaan Bulan Ramadhan>Bulan yang penuh Barakah>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...