Assalamualaikum w.b.t.
Saban hari kita diberitakan dengan masalah-masalah sosial di kalangan belia kita pada hari ini. Lumba haram, zina, hiburan melampau, arak, dadah, seks bebas, dan lain-lain lagi masalah yang menimpa belia pada hari ini, sudah cukup memberi gambaran menakutkan tentang pemimpin pada masa hadapan. Statistik menunjukkan yang belia di Malaysia berjumlah lebih kurang 11.8 juta iaitu mewakili 42% daripada jumlah penduduk Malaysia masa kini. Dan dalam masa yang sama, 81 000 orang anak luar luar nikah telah didaftarkan. Ini tidak termasuk anak yang dibunuh, dibuang, dilupuskan dan lain-lain lagi. Kritikal, amat kritikal keadaan belia masa kini.
Pabila dipandang kembali kepada sirah Rasulullah SAW, kita dapat melihat bagaimana belia pada ketika itu memainkan peranan yang cukup besar dalam penyebaran agama Islam. Mus'ab b Umair ra yang ditugaskna ke Madinah adalah seorang belia. Ali b Abu Talib ra yang menggantikan tempat Rasulullah SAW pada malam hijrah adalah seorang belia. Usamah b Zaid ra yang memimpin pasukan Islam menentang Rom juga seorang belia. Siapa lagi? Zaid b Tsabit ra menjadi penulis wahyu dalam usia lebih muda dari belia. Terlalu banyak perwira yang muncuk di zaman itu dari kalangan golongan belia.
Sebagai, seorang belia Muslim yang hidup di zaman penuh cabaran ini, kita seharusnya mempunyai pendirian yang tersendiri. Belia seharusnya mempunyai objektif untuk menjadi orang yang terbaik dan mengesani orang disekelilingnya. Belia merupakan agen perubahan yang terbesar kerana belia mempunyai beberapa sifat yang tidak dimiliki oleh golongan lain iaitu
* bercita-cita tinggi
* berdarah panas(semangat)
* idealisme yang luas
* sedia berkorban dan menabur jasa
* mempunyai kekuatan fizikal
Proses perubahan yang perlu dilalui untuk seorang belia hendaklan melalui proses tarbiyyah dan pengalamn hidup. Perubahan orang-orang disekelilingnya juga perlu untuk menyokong aspirasi perjuangan yang difahami oleh belia tersebut.
Antara ciri-ciri yang diperlukan adalah
* banyak berfikir tentang umat lebih daripada fikirkan diri sendiri
* memahami dakwah yang betul
* menyakini hanya satu jalan yang boleh menyelamatkan mereka, iaitu Islam
* memerlukan pengorbanan
* menyakini fikrah Islam yang tulin
* menjadi pendita di malam hari dan satria disiangnya
Dan kepada belia-belia yang telah sedar dengan potensi dirinya sebagai seorang belia Muslim kontemporari, ini adalah antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan
* ceritakan hakikat Islam dengan jelas kepada rakan lain
* mengajak rakan beramal dengan Islam yang syumul
* menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama
* berjuang terus hingga dijemput menemui Allah SWT
* mecapai antara 2 kebaikan, iaitu antara menang ataupun syahid
Juga peringatan kepada belia yang masih teragak-agak dan berdolak-dalih, ketahuilah yang pasukan ini akan terus berjalan meninggalkannya dengan beramal tanpa mengira sedikit ataupun ramai jumlahnya. Dan pasti, di masa-masa akan datang akan ada belia-belia lain yang siap untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.
Ingatlah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Ayuh belia! Ayuh pemuda! Rebutlah peluang yang terbentang luas di hadapan kita. Perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain.
Mari menjadi belia Muslim kontemporari!
Permulaan Hijrah
3 years ago
0 comments:
Post a Comment