Wednesday, March 17, 2010

gambar landskap seni bina berunsurkan islamic

salam salam perjuagan untuk senua sahabat yang ana kasihi kerana allah ana sedikit perkongsian untuk sahabat semua
kalo-kalo cuti ni sahabat da masa nak wat langskap kat umah sahabat- sahabat ni ana ada sikit contoh langskap yang berrungsurkan islamic




Ianya mempengaruhi landskap asli dan ciptaan dengan beberapa prinsip surga (paradise garden). Orang Islam tertarik dengan taman kerana dalam Al-Quran terdapat 42 ayat yang menganjurkan membuat taman yang mempunyai kaitan dengan ilmu kedoktoran (Dr.Omar Amin Hoesin/Kurtur Islam)


7 Prinsip Rekabentuk Landskap


a. Wujudnya Allah dengan terbukti dengan adanya unsur-unsur asli.

b. Taman-taman itu mestilah indah seperti hadiah untuk orang baik-baik. Di mana ianya dilengkapi dengan air yang mengalir dan dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang boleh memulihkan rohani dan jasmani para pengguna.
c. Taman-taman jangan simetrik (bersamaan) yang menunjukkan ianya seolah-oleh tidak boleh diubah langsung. Tetapi sepatutnya boleh diubah mengikut generasi dan simetrik itu menyaingi kesempurnaan rekabentuk ciptaan Tuhan.
d. Apabila merekabentuk, ianya mestilah sesuai dengan skala manusia (ketinggian, tempat, fungsi dan emosi).
e. Taman-taman msetilah mempunyai naungan ‘shape tree’, berbunga dan berbuah yang unik mata memandang, wangi-wangian yang boleh merangsangkan deria bau dan digunakan sebagai ubat-ubatan.
f. Ruang-ruang dalam taman mestilah mengalir dari ruang-ruang ke satu ruang. Ruang-ruang tersebut mestilah ‘simple’, cantik dan membawa erti serta memberi ransangan kepada pemikiran.
g. Keseluruhan rekabentuk adalah ringkas, tidak rumit dan tidak mempunyai skala yang besar.














Zaman Islam (Cordoba, Seville; Spain) (700- 1300)

Geografi:

Sama seperti timur tengah: panas & kering serta permukaan landskap (rugged and inarable)

Sejarah:

Islam dibawa dari Mekah. Konsep taman Islam yang berasal dari timur tengah di bawa dari satu tamadun ke tamadun yang lain dan akhir sekali di bawa ke Eropah terutamanya Spanyol melalu Afrika Utara oleh orang-orang Moor.

Kebudayaan:

Tamadun Islam memberi banyak sumbangan kepada sains dunia. Bidang matematik (algebra), astronomi, astrologi dan sains merupakan sumbangan Islam yang utama (belief in scientific evidence rather than miracles).

Ilmu yang dipunyai oleh Aristotle berasal dari ilmu-ilmu Abdul Sina (Avicenna).

Berbeza dengan zaman “middle ages”, ia menekankan kehidupan di luar rumah. Setiap rumah mempunyai “courtyard” di mana aktiviti harian dijalankan.

Ekspresi rekabentuk:

· Islam melarang rekaan yang menyerupai manusia atau binatang. Geometri merupakan ciri utama rekabentuk.

· Ilham rekabentuk banyak diambil dari quran (paradise garden);

· Air merupakan sumber utama landskap islam sebagai agen penyejukan.

· Kitaran udara sejuk melalui lorong;

· Kontras cahaya dan bayang;

· Bukaan tingkap yang banyak;

· Pengunaan glazed tiles;



1 comments:

En. Hamdi said...

salam..boleh tak sy nk tau rujukan artikel ni.nk msuk dlm bibliografi kajian..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...