Tuesday, May 4, 2010

Dedikasi Untuk Naqibah




Malam itu...
Kita bertiga.
Aku pandang dalamm wajah- wajahmu di kesamaran...
Inginku dekat. Namun kubimbang mengganggu lenaan...
Sungguh tenang...
Baru sekejap kurasakan. Baru sebentar cuma.akak…
Mengukir bicara hikmah buatku… yang di persimpangan.
Kau memujukku.
‘ Usah rasa sendiri...
... Akak sepertimu dik!'

ALLAHUAKBAR...
KAU menghantarku siapa ini.
Yang wajahnya anggun tersembunyi di balik tirai syurga.
Yang hikmahnya sungguh bermakna...

Matamu bundar melirikku sayu.
Menanti kalamku.
Ucapmu...
‘ Anti berhutang dengan kami malam ini. Persoalan yang dua tadi siang.
... Kami menanti anti. Bicaralah...'
Oh ALLAH... Siapa mereka ini...
Pertama kali membuatku tidak dapat. sembunyi di balik senyuman.
Lalu kupalingkan wajah. Menahan sedayanya. Tidak ingin kubebankan!
Oh ALLAH...
Hebatnya getaran jiwa kala itu kuketepikan!

‘ Anti ini...
... Jawapan anti asyik dengan senyuman. Pandai pula mematah balik soalan pada kami ye.
...Ok... Kami boleh menanti... '
Oh akak... Lebarnya senyumanmu waktu itu. Menghiburkan hatiku.
Gelak tawamu. Ceria wajahmu. bercerita. Kita bahagia bukan?

Dan tiba... Kuterpaku diam mendalam.
Bila kau selak rahsia kisah hidupmu.
Untukku selam fikiran... mengambil pelajaran.
Agar tidak merasa sebak seorang...
Sungguh. kau percayai aku. Tanpa ragu. Tanda kasihmu.

Aku syukur...
Kerana kau ada.
Di sini. Dekat denganku...
Faham jiwaku.
Tepat dugamu.
Tanpa perlu kulafaz,
Kau temui di mana aku.

Langsung buatku tenang...
Tenang dari ombak hati yang menggulung...
Bila berkongsi rahsia rasa...
Setulus cinta yang kita ada.

Kupandang lama wajah- wajahmu di ambang cahaya...
Ingin kuabadikan dalam episod cinta yang kekal,
Ingin kurakam dan putar kembali pita ini bila- bila,
Saat termanis,
Saat kupunya ukhti berdua,
Memimpin jalananku...
Bersama sahabat satu fikrah.

Kita kini satu hati.
Menuju YANG SATU...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...