selepas sahur henset tak putus2 menerima meseg Pagi ini d kejutkn dgn pemergian seorg shbt yg meninggal dunia pd mlm td (xcident) innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
bELIAU tlh ke rahmatullah pada hari ahad bersamaan 7 ramadhan di Port Klang dan tlh di hantar ke Hospital Klang.
Arwah seorg yg bgus,bersemngat,ambl berat kt shbt2... terkenang kembali kenangan silam..sewaktu di alam kampus. ..di balik heningan pagi yang mencengkam, cebisan-cebisan kenagan saat sama2 berjuang di medan ilmu dan PSSI serta kamsis PUO suatu masa dulu mula terimbau satu persatu... Hadirmu dalam limpahan memori kami takkan pernah dipadam.. .InsyaAllah, perginya arwah Faiz sebagai salah seorang pemuda mujahid yg sentiasa merentasi jalan2 dakwah.. .Allah menyayanginya...
terduduk sekejap mendengar berita pemergian beliau akibat kemalangan..
terus bersiap untuk pulang ke ipoh...tak sangka tp kematian itu pasti tidak terlewat walaupun sesaat..
Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:
Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan air matamu Maka di atas tulangku yang hancur luluh Nyalakanlah obor buat umat mulia ini Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku Taman-taman di syurga bangga menerimaku Burung-burung berkicau riang menyambut ku Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya Janganlah gentar berkelana ke alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar..
...semoga Allah menempatkan Muhamad Faiz Noorzailand dikalangan org yg beriman & disis Nya...(Adakalanya Dia mmberi sblm sempat kita menadah tgnm krn DIA mengerti keperluan hambaNYA, adakalanya DIA mengambil semula tanpa mmberitahu krn DIA sntiasa tahu apa yg terbaikutk kita & smg kita sntiasa dikurniakn segala yg terbaik drpd NYA).. Al-Fatihah buatnya....
"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."
"Ya Allah bahawasanya waktu duha itu duha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika di atas bumi, keluarkanlah, jika sukar memudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."
"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak,janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq,hari kiamat itu haq,nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya pepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim, Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah."
Followers
HATIKU~HATIMU
"Carilah hatimu di 3 tempat.
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi jika tidak kau temui,
carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga,
carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.
jika kau tidak temui juga,
maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"
0 comments:
Post a Comment