Wednesday, October 19, 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNg






Assalammualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini, umurku telah pun mencecah 25 tahun. 25 tahun. Ya…25 tahun..
aku masih boleh menikmati udara dunia Allah ni ...
terima kasih ya allah...
mak anak mak ni dah dewasa dah mak...
terasa masih dalam dakapan mak...
rindunya saat2 2...
mak anak mak dah dewasa....
terima kasih mak...
mak terima kasih yang terhingga mak bertarung nyawa melahirkan anak mak ni...
ni satu lg anak mak ni inginkan dari mak...
mak nak senyum... nak mak sihat...


sebab.........
ano sayang mak


ano sayang mak sangat-sangat


sayang sayang sayang yang teramat sangat


terasa nak peluk mak sekarang.........

Tahu tak Sanah helwah tue apa???
Dalam bahasa Arab...sanah helwah tue bermaksud selamat hari lahir!=)
Dalam bahasa Mandarin pulak...korang boleh cakap Shen ri kuai le!

aKu memikirkan, bukankah ianya merupakan satu tempoh yang lama? 25 tahun ini jika diberikan kepada seorang jurutera atau arkitek, mungkin 5-6 buah bangunan hebat2 mampu didirikannya. Dan 25 tahun ini jika diberikan kepada seorang peladang, mungkin sudah berjaya mewujudkan kilang dan perniagaan dari hasil perladangan dengan cemerlang.
Namun diri ini kembali berfikir, dengan 25 tahun yang telah Allah kurniakan kepada diri ini..

Apakah yang telah aku perbuatkan dengannya?

Dengan apakah ku habiskan umur muda ku ini?

Untuk apa telah aku laburkan dengan umur yang panjang ini?

Allahu Akbar!!

Diri ini mula merasa kosong ketika mengimbau kembali masa 25 tahun lalu, sehingga ke hari ini, apakah sumbangan besar yang telah ku berikan kepada ISLAM? Apakah yang telah aku korbankan buat kepentingan Islam?? Apakah aku mampu berhadapan dengan Allah jika ditakdirkan pada umur 25 tahun ini aku dipanggil untuk menghadapNYA? Apakah yang akanku jawab?


Allahummaghfirli dzunubi, Allahummaghfirli dzunubi, Allahummaghfirli dzunubi…

Ampunkan diri ini, Ya Allah. Kerana masa muda yang Kau kurniakan kepadaku, tidakku menggunakan sepenuhnya untuk agamaMu. Tidakku manfaatkan sepenuhnya untuk perjuangan di jalanMu…


Teringatku pada sebuah hadith Nabi yang ada memberitakan bahawa, di akhirat nanti, setiap kita akan dipertanggungjawabkan tentang umur kita di hadapan Allah s.w.t. Sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia perolehi dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya". (HR Tarmizi)


4 perkara yang ditekankan:

Persoalan umur, di mana di habiskan.

Tentang ilmu yang dipelajari, adakah dimanfaatkannya.

Mengenai harta, dari mana asalnya dan di mana dibelanjakan.

Tubuh badan dan kemudaannya, untuk apa dipergunakan.


Muhasabah diri membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada setiap jiwa. Begitu juga diri ini. Apabila dimuhasabah kembali, diri ini merasa bersyukur yang amat kerana Allah melorongkanku ke jalan yang diredhaiNya dan menjadi di kalangan golongan yang mempertahankan dan memperjuangkan agamaNya di muka bumi ini. Alhamdulillah. Moga inilah jalan perjuanganku hingga ke akhir hayat ini. Jalan ini ku temui ketika umurku telah mencapai 19-20 tahun. Allah memberikan kesempatan untukku merasai manisnya kehidupan jika kita berintima’ dengan jemaah Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Hakim dari Jabir r.a.: Maksudnya:

"Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalnya kepada Allah".


Aku lantas berdoa agar diri ini termasuk di kalangan hamba yang baik amalannya. Dan hamba yang memanfaatkan nikmat umur ini untuk agamaNya dan bagi mencapai redhaNya. Amin. Mudah-mudahan umurku yang akan ku habisi nanti dapatku isi dengan segala amalan2 soleh dan dengan merasai nikmat perjuangan, dakwah dan tarbiyah di jalan agama Allah. Doakanlah diri ini, sahabat..


Ku berdoa kepada Allah agar diri ini termasuk di kalangan hamba2 Nya yang mana jikalau diberi umur yang tidak panjang sekalipun, tetap menghasilkan manfaat yang besar kepada seluruh umat manusia, serta lebih baik amalannya jika dibandingkan dengan mereka yang dikurniakan umur yang panjang, namun tiada manfaat padanya. Inilah antara tanda2 umur itu diberkati. Dan moga Allah memberkati umur yang dikurniakan kepada diriku jua..amin.


ku teringat pada hadith Nabi yang juga familiar dan ada yang telah menasyidkannya. Iaitu sabda Nabi Muhammad SAW bersabda:


"Rebutah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua, dan kaya kamu sebelum miskin". (HR Hakim dan Baihaqi)


Maka, dalam menyambut hari lahir atau memperingati hari ini, sambutlah dan ingatilah ia dengan penuh kesyukuran dan rasa kegembiraan yang selayaknya selain cuba memuhasabah dan melakukan post-mortem terhadap masa2 yang telah kita lalui agar masa yang akan kita hadapi dan lalui selepas ini lebih baik daripada masa yang pernah kita lalui sebelum ini. InsyaALlah, sama2 kita usahakan.


Ila huna faqad kalami al-yaum, wassalam….

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...