Tuesday, December 27, 2011

Kisah Hati Yang Lembut



Manusia dijadikan daripada tanah. Ada tanah yang lembut dan ada yang keras . Tanah yang disiram sentiasa akan menjadi lembut manakala tanah yang panas kering akan terbakar justeru keras sekali. Jiwa dan hati yang dibiarkan kotor akan menyebabkan manusia itu menjadi keras dalam erti kata keras benar hatinya. Syaitan yang dijadikan daripada unsur api itu telah berjaya membakar hati yang juga mengeraskan jiwanya. Keraslah hatinya , mudahlah kerjanya…

Mengapa perlu dan pentingnya berhati lembut? Kerana manusia berkasih sayang dengan hati yang lembut. Manusia bertolak ansur, bantu- membantu dengan hati yang lembut. Tiada satu amal ibadah pun, dan amal kebaikan sesama manusia dapat terlaksana dengan sempurna mungkin tanpa hadirnya sekeping hati yang lembut.

Apatah lagi bila manusia itu melaksanakan amal ibadah kepada pencipta Nya. Sudah semestinya perlukan hati yang lembut. Masakan dengan hati yang keras manusia dapat melaksanakan ibadah dengan sepenuh jiwa dan raganya. Mengalir & berlinang air matanya ketika mana seseorang mukmin yang berhati lembut itu menjalani ibadah tahajudnya disepertiga malam…

Linangan air mata itu seolah-olah penambah dan penyejuk jiwa-jiwa dan hati manusia yang penuh dengan keegoan dan keangkuhan. Namun dihadapan Pencipta Nya, tunduk, sujud dan berserah, menghambakan sepenuh jiwa raganya, mengharap kasih sayang dan redhaNya yang maha luas, lebih luas dari seisi dunia.

Sejauh manakah kita tangisi diri kita ini yang penuh dengan kelemahan, kealpaan dek keasyikan nikmat dunia yang seringkali membuatkan kita lebih cenderung tertawa dari menangis..Mengapakah begitu sukar kita menjiwai amal ibadah kita lantas sukarnya untuk kita mengalirkan air mata ketika mana kita sujud dan bertahajud kepada Allah S.W.T.?..Kerana kita jarang sekali memberi tumpuan untuk memberi makana


n rohani atau makanan jiwa malah sedikit sekali rawatan dan penawar yang kita berikan ketika ia sedang sakit malah merintih oleh penyakit-penyakit hati..namun tiada diambil pusing sedikitpun oleh si empunya hati..

Lembut dan bersih sucikan lah hati serta jiwa kita..Bersihkanlah ia dengan istighfar & selawat serta zikrullah lantaran banyak dosa dan noda yang membuatkan titik-titik hitam dihati berakar umbi penyebab kepada segala amalan kita yang seolah tidak langsung berbekas dan tidak berjiwa..

Sepertimana tanah yang perlu dibersihkan sebelum bercucuk tanam begitu jugalah diibaratkan hati-hati manusia yang perlu dibersihkan sebelum ditabur dengan biji-biji benih amalan yang hidup subur malah mengeluarkan buah-buah ketakwaan. Bersih, tanam, baja, jaga & pelihara barulah ada hasilnya. Begitulah konsep hidup yang telah Allah tetapkan untuk kita renungi, fahami dan fikirkan. Lembut hati lembutlah jiwanya, lembut jiwa, hiduplah jiwanya, hidup jiwanya hiduplah amalanya, hidup amalanya barulah ada hasil iaitu iman & takwa. Subhanallah!.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...