Sunday, March 20, 2011

Sesungguhnya, setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya

Assalamualaikum WBT

Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.

Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.

Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
Anda bagaimana? Pernah alami atau tidak cabaran dan dugaan yang perit dalam dunia ini? Adakah anda berjaya menghadapi dengan tabah dan tenang dugaan dan cabaran itu?

Sejak aku celik mengenal dunia sehingga sekarang, dah banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuh untuk teruskan kelangsungan hidup aku hari ini. Sebagai contoh, aku telah mengharugi cabaran ketika lahir di muka dunia, cabaran untuk hidup dari kaki selebar dua jari menjadi besar dan gagah, cabaran ketika duduk, jatuh dan mula untuk berjalan, cabaran semasa mula kenal alam persekolahan, cabaran dalam peperiksaan dan akhirnya sekarang cabaran dalam mencari kerja.

Biasalah, adat dan resam manusia. Lagi berusia dan lagi tua umur seseorang lagi besar dan lagi berat cabaran dan dugaan yang akan diredahi oleh manusia tersebut.

Tersentap aku melihat mak dan ayah, mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup. Mereka sudah mengharunginya sejak dari mempunyai anak seorang sehingga sekarang mempunyai enam anak dan tiga cucu, daripada menetap di negeri Pulau Pinang, berhijrah ke Johor Baharu kemudian ke Seremban, Melaka dan Perak akhirnya kembali ke negeri asal mereka, Pulau Pinang.

Sesungguhnya, cabaran dan dugaan itu mengajar diri kita dan menjadikan kita matang. Bak kata pepatah Melayu dulu – dulu, Kalau dah terhantuk baru nak terngadah. Bila dah terhantuk tak boleh nak buat apa, baru nak mengadu sakitnya. Apabila dah berada dalam situasi kesakitan, tak guna lagi dah nak mengadu dan mengenang nasib diri, sendiri cari pasal tak mahu nak berhati – hati.

Hidup diduna bak bola diatas padang, seperti tayar basikal yang bulat. Hari ini kita seronok dan kita selesa kerana berada diatas, TETAPI jangan alpa dan bongkak! Satu hari nanti, kita akan kembali berada dibawah jika tidak dapat hendak menjaga segala – galanya yang kita telah peroleh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...