Sunday, October 10, 2010

Mawar oh Mawar


Mawar oh Mawar

Hangat warnanya
menggamit mata
basah kelopaknya
menggiur rasa.

Sungguhpun
merah kelopaknya tak harum bau
hijau perdunya tak manis madu
namun, dedurinya lembut tak meluka
mesra menyambut jejari semua.

Sungguhpun
pabila dirayu sang bayu
ia bergoyang mengelak jua
ke kiri dan ke kanan menggeleng malu
namun, sipunya kaku menipu
gelengnya tak sungguh dan lesu.

Kerana dia
kembang mawar bukan organik
ditempa dari bahan plastik
cantik kerana warna hipokrit
adunan licik tinta sintatik.

Fikrul Mustanir
28 Sept 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...