Monday, October 4, 2010

Sedikit pesanan untuk semua..

sepertimana yang kita semua ketahui, wanita adalah golongan yang paling mudah untuk masuk syurga Allah swt. Di dalam nota ini deterangkan sedikit sebanyak mengenai kelebihan-kelebihan wanita dan pesanan-pesanan yang bermanfaat untuk golongan hawa. Mungkin nota ini sedikit sebanyak mampu membantu anda semua InsyaAllah. Hanya sekadar pesanan, yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan..

PESANAN UNTUK WANITA

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim).

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat Ahmad, Ibnu Habban, Thabrani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur bagiya. (Riwayat Tarmizi).

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan (meminta maaf) kepada suaminya (Riwayat Hassan).

7. Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah saw : Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10. Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberi dia minum sungai syurga, diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya, "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa pada siang hari dan beribadah pada malam hari.

12. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknyam Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14. Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

PESANAN UNTUK LELAKI

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"

1. Wanita ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan "aku membuat itu keranamu".

3. Wanita hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita baraqah ada dua makna. Pertama yang sepanjang hari mengilat dan menghias mukanya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Ghazalli

wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...