Thursday, November 11, 2010

bekecil hati

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


Dari Haritha bin an-Nukman berkata, "Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku:

1. Kepercayaan kepada sial.
2. Hasad dengki.
3. Prasangka.


Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut?

Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur (ramalan sial) hendaklah dihapuskan." - (Hadis Riwayat at-Tabrani)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...