Tuesday, November 23, 2010

Kata-kata Khulafa Ar Rasyidin



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .

Ali r.a berkata "Kalaulah tidak kerana 5 perkara , semua manusia boleh menjadi orang-orang soleh" . Antara 5 perkara itu ialah :

  1. Senang menerima kejahilan diri
  2. Tamak kepada dunia
  3. Kedekut dengan kelebihan rezeki
  4. Suka menunjuk dengan beramal
  5. Merasa ta'jub dengan pendapat sendiri

Saidina Abu Bakar pernah berkata : Sesiapa masuk kubur dengan ketiadaan bekal, adaah seperti mereka yang hendak menyeberangi lautan dengan ketiadaan perahu .

Saidina Umar al Khattab : Kemuliaan dunia adalah dengan harta dan kemuliaan akhirat adalah dengan amal soleh .

Saidina Usman : Hai saudaraku ! Adalah kamu berdukacita kerana dunia itu menjadi kegelapan di dalam hatimu , dan kamu berdukacita kerana akhirat itu menjadi cahaya di dalam hatimu .

Saidina Ali : Sesiapa yang menuntut ilmu seolah-olah menuntut syurga , dan sesiapa yang menuntut maksiat seolah-olah menuntut neraka .

Wassalam :) Semoga bermanfaat .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...