Monday, November 1, 2010

INILAH MASANYA YA AKHI WA UKHTI..





















Assalamualaikum dan Alhamdulillah..

Kian jauh ia meninggalkan daku,terasa betapa bernilainya detik itu.

Catatan ini di buat terutamanya sebagai tazkirah kepada diriku yang senantiasa sahaja alpa dengan kepantasan peredaran masa.

Wahai diriku,
Masa berlalu dengan cepat,secepat awan di langit dan selaju tiupan angin.Di saat-saat keseronokan,masa dirasakan berlalu begitu pantas sekali.Cuma di waktu kesedihan atau kedukaan datang melanda,maka masa yang berlalu di saat-saat begini dirasakan terlalu lama.Tetapi hakikatnya semuanya sama..

Wahai diriku,
Hidup ini berakhir dengan mati,
Panjang pendek..
Kesudahannya sama!

Aku bercita-cita supaya umur remaja ku berulang kembali...
Tetapi cita-cita hanyalah tinggal kenangan..
Masa yang berlalu pergi tidak akan dapat di ganti.

Akhirnya dunia ini akan ditinggalkan,kubur jua yang berdekatan.

Wahai diriku,
Masa itu adalah sahabat karibmu,
Menemanmu kala lahir lagi,dan tidak akan mati walaupun kamu tiada lagi!

Allahurabbi ia juga makhluk Ilahi,

Wahai diriku,
Tidak ada ertinya hidup ini,
Selain dari masa yang ada digunakan untuk beramal,
Semenjak dari lahir hinggalah ke saat terakhir!

Sewaktu jasad ini menghayun langkah meninggalkan dunia menuju ke alam baqa',di mana amal kamu?

Di saat semua yang terlibat bercita-cita dengan penuh harapan agar usianya disambungkan lagi untuk memeperbaiki dirinya dan cuba untuk mendapatkan semula masa keemasannya yang telah hilang.

Jasad in sudah terbujur kaku,mengeras di sudut sana.

Di mana amal kamu sebagai penolong sesudah mati?

Wahai diriku,
Janganlah harta benda melalaikan kamu,dan jangan sampai kawan-kawanmu,harta dan pangkat yang digelarkan kepada kamu , melalaikan kamu dari mengingati Allah.

Ingatlah kata putus dari ALLAH,

Dan tidak mungkin lagi Allah melewati ajal seseorang itu jika tiba masanya.Dan Allah tahu setiap apa yang kamu kerjakan (Surah Al-Munafiqun ; ayat 11)

Wahai diriku,
Adakah kau tidak pernah menyesal?

Melainkan penyesalan di setiap hari apabila jatuh mentari di ufuk barat,melabuhkan senjakala,semakin singkat umurmu,tetapi di mna pula amal soleh kamu pada hari ini?

Bertambahkah ia?

Wahai dirku,
Matanglah dalam mentadbir masa kerana ia lebih bahaya daripada tidak matang dalam menguruskan harta.Orang yang melanggar lampu isyarat boleh didenda sehingga RM300.00.Maka adalah lebih besar denda itu jika kamu sendiri yang melanggar masa yang ada dengan membazirnya begitu sahaja.

Di mana-mana sahaja kita dapat dengar dan lihat dengan mata kepala,tentang bagaimana orang-orang Islam membazirkan masa.Tiada siapapun yang boleh bertindak terhadap golongan ini selagi mereka tidak sedar dan insaf betapa bahayanya membazir masa!

Sungguh beruntung wahai diri,
Jika masa kosong ini diisi dengan pekerjaan yang baik.

Wahai diriku,
Mari kembali islah diri,

Masa itu hanya dua bahagia,
Untuk perhatian semua insan,
Masa yang berlalu buat peringatan,
Masa yang datang untuk renungan,

Pekerjaan hari ini ditangguh besok?
Kerana malas bukannya sibuk.
Siapa tahu hari besok,
Mungkin ajal datang menjenguk!

...Allahurabbi,kami telah menzalimi diri kami.Dan jika Kamu tidak mengampuni dan mengasihani kami,nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi! (aL-A'raf : ayat 23)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...