Monday, July 4, 2011

Bubur biji nangka

assalamualikum sahabat yang ana kasihi lg ana syngi jom masak2 lg hehehhe

buat kuih ni untuk minum petang tadi… sedap lemak manis rasanya, cuma masa nak menggentel tu yg amik masa sket maklumlah nak kena buat kecik2 barulah comel kan…. tu pun dah jadi macam2 saiz ada! kuih biji nangka yg x sama saiz… x kesahla kan asalkan dapat makan n sedap gitu…untuk juadah berbuka jap td....alhamdulillah lepas kempunan

meh tengok resepinya .

Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • sagu

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...